Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Thursday 31 July 2008

Keputusan JK PAS Pusat

Berikut adalah Kenyataan Media Tuan Guru Presiden PAS setelah mempengerusikan mesyuarat JK PAS Pusat siang tadi bersekali dengan Majlis Syura Ulamak PAS:

PAS TOLAK TAWARAN UMNO TETAPI AKAN
TERUSKAN PERBINCANGAN DEMI KEPENTINGAN NEGARA DAN UMMAH
PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada di peringkat Pusat ataupun negeri-negeri. Oleh itu sebarang tawaran daripada Umno untuk mewujudkan kerajaan bersama disemua peringkat tidak lagi berbangkit.

Walaubagaimanapun PAS akan terus terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk parti-parti politik , NGO, institusi-institusi dan mana-mana individu demi kepentingan negara dan ummah .

Dalam pada itu PAS mengulangi pendiriannya kekal bersama Pakatan Rakyat dengan memainkan peranan yang aktif dan positif selaras dengan perjuangannya.

DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABD. HADI AWANG
PresidenParti Islam Se Malaysia (PAS)
31 Julai 2008

Wednesday 30 July 2008

Peruntukan Pilihan Raya Polis Hanya RM75 Juta, Bukan RM98 Juta Didakwa MCPF

KUALA LUMPUR: Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima RM98 juta sebagai peruntukan pilihan raya?

"Tidak," demikian tegas Pengarah Jabatan Logistik, Pesuruhjaya Datuk Mashuri Zainal ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Kata beliau, PDRM hanya diperuntukkan RM75 juta, bukannya RM98 juta yang dilaporkan oleh media memetik seorang exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Robert Phang Miow semalam.

Mashuri berkata, daripada RM75 juta yang diterima sebagai peruntukan pengurusan pasukan polis ketika pilihan raya umum ke-12 pada Mac lalu, sebanyak RM68 juta telah dibelanjakan dan masih terdapat baki kira-kira RM7 juta.

"PDRM tidak terima RM98 juta dan tiada penyelewengan dalam peruntukan yang disediakan," kata beliau.

Hari ini pegawai Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menemui Jabatan Logistik untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai isu berkenaan.

"Kami sudah pun menjelaskan isu ini," kata beliau sambil menambah, beberapa anggota polis yang didapati bertindak melanggar peraturan dalam penggunaan peruntukan itu telah pun dipindahkan sebelum ini.

Oleh itu, kata beliau tidak timbul isu penyelewengan dan penyalahgunaan wang berkenaan.
Hari ini BPR menerima dokumen-dokumen berhubung pembelian peralatan berkenaan daripada seorang exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Robert Phang Miow Sin.Semalam, Phang berkata, beliau pada 23 Julai lepas menerima lima salinan dokumen berhubung salah guna kuasa oleh Jabatan Logistik PDRM yang melibatkan kontrak RM98 juta, yang dilakukan semasa pilihan raya umum ke-12 membabitkan enam pegawai berpangkat dari ASP hingga CP.

Dokumen itu tidak menyatakan nama pengirimnya dan antara yang dikaitkan dengan salah guna kuasa adalah merujuk kepada pembelian pelbagai keperluan polis seperti kenderaan, pakaian seragam, anjing, dan sebagainya.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan semalam berkata satu jawatankuasa sudah ditubuhkan bagi menyiasat perkara itu dan sekurang-kurangnya 12 pegawai dan anggota sudah diarah bertukar.

Mashuri menjelaskan, peruntukan yang diterima itu tidak digunakan kesemuanya di peringkat pusat.

Sebaliknya menurut beliau, wang berkenaan diagihkan dalam bentuk waran kepada pasukan polis di seluruh negara iaitu kepada 15 kontinjen dan lima briged.

Mengenai pecahan dan jenis perbelanjaan, beliau berkata, RM30 juta digunakan untuk perbelanjaan perjalanan dan sara hidup,, RM418,045 (pengangkutan barang-barang), RM3.36 juta (perhubungan dan utiliti), RM2.75 juta (sewaan), RM1.8 juta (bahan-bahan makan dan minuman), RM16 juta (bekalan bahan mentah dan bahan untuk penyelenggaraan dan pembaikan kecil), RM8 juta (bekalan dan bahan-bahan lain), RM5 juta (penyelenggaraan dan pembaikan kecil dibeli) dan RM8 (perkhidmatan iktisas dan perkhidmatan lain dibeli dan hospitaliti).
Dalam pada itu Bernama melaporkan, segala dokumen berkaitan pembelian pelbagai peralatan tertentu oleh PDRM sejak awal tahun ini sedang diteliti oleh pegawai-pegawai BPR, kata Timbalan Ketua Pengarah BPR Datuk Abu Kassim Mohamed.
Beliau berkata, pihaknya sedang mengkaji dokumen-dokumen yang berkaitan untuk melihat sekiranya terdapat sebarang unsurunsur rasuah dalam urusan pembelian peralatan tersebut."BPR sedang kaji dokumen itu, jika ada elemen yang dilihat boleh diambil tindakan, kami akan ambil tindakan," katanya kepada pemberita di ibu pejabat BPR di sini, hari ini.Abu Kassim berkata siasatan akan diteruskan jika wujud asas yang kuat berhubung dakwaan itu.

Mala Fide' - Berniat Jahat

Terus terang saya begitu terperanjat dengan "kenakalan" mereka yang "mengadakan" poster Kabinet Bayangan Kerajaan PR ini. Ayat yang mula terpacul di minda dan rasa saya ialah : "siuman ke depa ni?" Lagi tergetus di hati saya : "kalau bukan bodoh maka sangat berniat jahat!". Saranan saya, hentikan SEGERA kebodohan dan kegilaan ini.


Let see betapa tidak siumannya.........


LETS SEE THE SHADOW GOVERNMENT In parliamentary governments, the largest opposition party often refers to itself as a shadow government in which top leaders of the opposition are prepared to assume certain ministries should their party come to power in an election.




Lets see our Malaysia PR shadow government…….any comments

Lihat juga di.....

Kekayaan Negara Dalam Kantong Pak Menteri, Sedangkan Rakyat Terus "Didera" Bahang Inflasi

Kadar inflasi negara pada bulan Jun 2008 ialah sebanyak 7.7% dan sekaligus mencatatkan rekod tertinggi sejak 26 tahun lalu. Kenaikan inflasi yang mendadak ini sekaligus mencetuskan spekulasi yang Bank Negara akan menaikkan kadar faedah dalam tempoh terdekat.
Datuk Shahrir Samad, Menteri di KPDN&HEP dipetik sebagai berkata :“Indeks Harga Pengguna untuk bulan Julai turut dijangka akan melebihi 7% dan berkemungkinan besar, Malaysia akan mengikut cara Thailand dan Indonesia yang sudahpun menaikkan kadar faedah mereka.”
Bila ditanya bilakah kerajaan akan menaikkan kadar faedah, Shahrir berkata :“50-50 dalam minggu ini dan jika tidak, mungkin pada Ogos ini”
Kali terakhir Malaysia mencatatkan kadar inflasi melebihi 6% ialah pada tahun 1998 dan pada waktu itu, kadar OPR semalaman negara telah dinaikkan sehingga 11%.
Setakat ini, Vietnam adalah negara yang mencatatkan kadar faedah tertinggi di rantau Asia iaitu setinggi 14% sejak bulan lalu.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada kenaikan mendadak kadar inflasi di Malaysia sekarang adalah disebabkan oleh kenaikan petrol sebanyak 41%, diesel sebanyak 68% dan juga tarif elektrik.
Untuk membendung kadar kenaikan inflasi daripada terus meningkat, maka pihak kerajaan terpaksa menaikkan kadar faedah dan sekaligus akan menyebabkan pertumbuhan ekonomi di negara ini menjadi lembab.
Beberapa penganalisis ekonomi berpendapat, negara ini sudah mula terasa kesan stagflasi dan rakyat akan lebih ketara merasakan kesan tersebut dalam masa sebulan dari sekarang.

Bravo Pak Lah, Congratulations To All BN Voters

Malaysia's Inflation Jumps to 26-Year High on Fuel (Update2)
By Stephanie Phang and Ranjeetha Pakiam

July 23 (Bloomberg) -- Malaysia's inflation accelerated to a 26-year high in June after the government increased fuel prices, spurring speculation the central bank will raise interest rates for the first time since April 2006.

Consumer prices rose 7.7 percent from a year earlier, after a 3.8 percent gain in May, Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Shahrir Abdul Samad told reporters today in Putrajaya, outside Kuala Lumpur. Inflation may stay above 7 percent in July, the minister added.

Malaysia may be forced to join neighboring Thailand and Indonesia in raising borrowing costs amid soaring oil and food prices, even as a U.S. slowdown threatens the region's economic expansion. Asian central banks need ``decisive tightening'' of monetary policies to combat inflation, the Asian Development Bank said yesterday.

``There are merits to considering upward adjustments to the monetary policy, no matter how small, just to contain heightened inflation expectations and to address the huge negative real interest rates,'' said Azrul Azwar Ahmad Tajudin, an economist at Bank Islam Malaysia Bhd. in Kuala Lumpur.

Bank Negara Malaysia, which has kept its policy rate at 3.5 percent for 17 straight meetings, may raise borrowing costs at its next review on July 25, according to 12 of 20 economists surveyed by Bloomberg News. The central bank may increase its inflation forecast for this year to 6 percent, Shahrir said, without elaborating.

`50-50 Chance'

The last time inflation was above 6 percent was June 1998, when the central bank's then benchmark three-month intervention rate was 11 percent. Malaysia's overnight policy rate, introduced in April 2004, is the second lowest in Asia according to Bloomberg data, together with Hong Kong's and Thailand's benchmark rates.

There's a ``50-50 chance'' that the central bank will raise interest rates this week, and if it doesn't, an increase at the next meeting in August is ``a foregone conclusion,'' Azrul said.

Thailand, the Philippines and Indonesia raised their benchmark rates in July, with Indonesia doing it for a third straight month, and India boosted borrowing costs twice in June. In Vietnam, the central bank raised its base rate to 14 percent last month, the highest in Asia.

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi announced a 41 percent increase in retail gasoline prices last month in a bid to trim government subsidies that keep pump costs artificially low as crude oil soared. Diesel prices went up 63 percent, and electricity rates rose in July.

Transport, Food

Price gains last month were led by a 20 percent jump in transport costs, the third-biggest component in the consumer price index. Housing and utility prices, the second-largest contributor, climbed 1.1 percent from a year earlier.

Food and beverages, the biggest component in the index, gained 10 percent, and alcohol and tobacco costs rose 9.2 percent. The price of rice, bread and other cereals surged 24 percent, and milk, cheese and eggs were 13 percent costlier.

Malaysia may be able to ease gains in food prices if the Southeast Asian nation improved delivery systems, especially in rural areas, Shahrir said today.

Shahrir said he would be proposing to the government that it increase the number of essential products with controlled prices. It was also ``about time'' that the basket of goods used to compile the consumer price index was reviewed, he said.

Prices at restaurants and hotels increased 6.7 percent, while the cost of recreation services and culture added 0.8 percent, according to today's report.

Consumer prices increased 3.7 percent in the first half of the year. Economists were expecting June's inflation rate to climb to 6.6 percent.

To contact the reporters on this story: Ranjeetha Pakiam in Kuala Lumpur at rpakiam@bloomberg.net; Stephanie Phang in Kuala Lumpur at sphang@bloomberg.net; Last Updated: July 23, 2008 05:56 EDT

Tuesday 29 July 2008

Muzakarah, Muslimat PAS setuju tetapi ...

Intan Abdullah Wed Jul 30, 08 7:58:57 am MYT

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Hrkh) - Dewan Muslimat PAS Pusat bersetuju mengadakan muzakarah bersama Wanita Umno berhubung hal kepentingan menjaga agama Islam dan memelihara kemaslahatan rakyat secara umumnya.

Setiausaha Muslimat PAS, Aiman Athirah Al-Jundi berkata Muslimat PAS lebih berminat dengan perbincangan mengenai usaha menjaga Islam dan menjaga kebajikan rakyat.
"Bagi Muslimat PAS, muzakarah ini dilihat untuk mencari persefahaman bagi menjaga Islam dan memelihara kepentingan rakyat secara umum," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily.

Beliau diminta mengulas mengenai cadangan Wanita Umno melalui Sekretariat Advokasi dan Pemerkasaan Wanita Islam (Senada) yang akan mengadakan muzakarah dengan Dewan Muslimat PAS bagi membincangkan isu-isu berkaitan wanita Islam di negara ini.

Walau bagaimnapun, muslimat melihat pelawaan itu lebih menggambarkan seolah-olah terdapat wujud usahasama mewujudkan kerjasama politik kedua-dua parti.

Tegasnya, kenyataan tersebut disokong oleh pendedahan Abdullah mengenai pertemuan-pertemuan yang dibuat bersama dengan pemimpin PAS.

"Muslimat sentiasa berwaspada dengan sebarang pertemuan mahupun kerjasama yang mahu dijalinkan dalam apa jua bentuk sekalipun setelah terdapat beberapa kenyataan daripada pemimpin Umno sebelum ini yang kelihatan 'bias'," katanya.

Hal ini digambarkan apabila Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali menawarkan kerjasama serta pelawaan

"Apabila mereka membuat pelbagai tawaran kepada PAS, ianya kelihatan seolah-olah PAS ini 'hubbun dunia' yakni cintakan pangkat dan kedudukan," tegasnya.

Dalam perkembangan lain, pihaknya menyatakan bahawa Muslimat kini lebih cenderung untuk mengadakan perbincangan bersama sayap wanita KeADILan dan DAP.

"Jika benar mereka ingin mewujudkan kerjasama itu, berikan dulu keadilan kepada para isteri dan anak-anak mangsa tahanan ISA, baru boleh bercakap mengenai kerjasama untuk kepentingan rakyat lain," ujarnya. - mks. _

Monday 28 July 2008

Permohonan Maaf Ketua Penerangan PAS berhubung isu muzakarah

Harakahdaily Mon Jul 28, 08 7:18:21 pm MYT

Kepada,
Semua ahli, penyokong dan pengundi PAS.
Pertamanya marilah kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya. Saya menuliskan surat terbuka ini adalah dengan tujuan untuk memohon maaf kepada semua ahli dan penyokong PAS si atas kenyataan saya baru-baru ini yang menafikan wujudnya sebarang pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno. Saya memohon berbanyak kemaafan di atas ketelanjuran ini.

Sebenarnya kenyataan yang saya buat sebelum ini bukanlah atas sifat pribadi saya, tetapi dibuat atas kapasiti sebagai Ketua Penerangan PAS berdasarkan keputusan parti yang mengarahkan saya berbuat demikian. Saya tidak menyalahkan pimpinan PAS yang mengarahkan saya berbuat demikian, tetapi ia adalah kesalahan beberapa individu yang gagal memberikan maklumat sebenar kepada pimpinan PAS. Tindakan mereka merahsiakan perkara-perkara tertentu berkaitan pertemuan dengan Umno telah menyebabkan pimpinan
PAS mengambil pendirian bahawa tiada pertemuan dan rundingan antara PAS dengan Umno.
Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka.
Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila �muzakarah� tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti.
Apabila bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo turut mendedahkan adanya rundingan khas selama 4 hari berturut-turut selepas pilihan raya baru-baru ini, saya berpandangan ia adalah tindakan peribadi individu tertentu tanpa melibatkan sebarang keputusan parti. Kerana itu, saya tidak mempunyai sebarang maklumat berkaitan rundingan yang disebut oleh Dr Mohamad Khir itu. Saya berharap individu yang terbabit ini turut membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan mengambil tanggungjawab di atas apa yang berlaku. Atau saya meminta Dr Mohamad Khir Toyo yang mengaku turut terlibat dalam pertemuan di antara Perdana Menteri dan beberapa pimpinan PAS agar dapat memperincikan butir-butir pertemuan tersebut supaya kita dapat sama-sama mengetahuinya.
Oleh kerana tindakan beberapa individu atas nama PAS tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan tidak pula memaklumkan tindakan mereka secara terperinci kepada parti, maka PAS mengarahkan saya membuat kenyataan menafikan adanya pertemuan dan rundingan tersebut. Ia adalah salah faham akibat adanya maklumat yang disembunyikan daripada pengetahuan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.
Saya sedar kesilapan yang telah saya lakukan apabila mengumumkan tiada sebarang pertemuan dan rundingan antara kedua-dua parti. Saya menerima banyak teguran dan kritikan di atas
"pembohongan" ini daripada ahli-ahli dan penyokong PAS baik yang Islam atau yang bukan Islam serta rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat. Kerana itu, dengan hati yang terbuka saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang saya tidak sengajakan itu. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang profesor Universiti Tempatan yang telah mengingatkan bahawa "jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita".
Saya amat sedar tentang hakikat sejarah berkaitan kerjasama PAS-Umno yang telahpun saya sebutkan dalam kolum saya di Harakah pada minggu lepas.
Saya mengakui bahawa sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia. Saya menyeru pimpinan PAS supaya jujur kepada ahli-ahli dan penyokong parti serta berusaha memperkukuhkan pakatan politik sedia ada. Saya mengajak ahli-ahli PAS memerhatikan hakikat sejarah yang ada supaya kesilapan itu tidak berulang.
Akhirnya, sekali lagi saya memanjatkan jutaan kemaafan kepada semua ahli dan penyokong PAS di atas ketelanjuran yang berlaku. Saya bersedia untuk menerima apa sahaja teguran dan kritikan membina untuk kebaikan bersama dan saya juga rela dihukum oleh ahli-ahli di atas kesilapan yang tidak sengaja saya lakukan ini.
Maafkanlah saya.
Sekian, wassalam.
Yang benar,
HAJI MAHFUZ HAJI OMARKetua Penerangan PAS PusatAhli Parlimen Pokok Sena.- tajdid _

Intelectual Dissorder? Saiful..Is That You??

Monday, July 28, 2008

Doktor: Tiada kesan Saiful diliwat
Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.Menurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.
Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.
Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam. Berita asal
Sumber : malaysiakini

Sunday 20 July 2008

MP PAS Pantau Kabinet Malaysia 2008


1. Dato Seri Abdul Hadi Awang (Marang) - Presiden PAS akan memantau Perdana Menteri

2. Haji Nasharudin Mat Isa (Bachok) - Timbalan Presiden PAS akan memantau Jabatan Perdana Menteri (Kehakiman dan Undang2), Kementerian Pertahanan dan FELDA.

3. Dato’ Kamarudin Jaffar (Tumpat) - Setiausaha Agung PAS akan memantau Kementerian Luar Negeri.

4. Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) - Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat akan memantau Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan Tinggi dan Badan Pencegah Rasuah (JPM)

5. Mahfuz Haji Omar (Pokok Sena) - Ketua Penerangan PAS Pusat akan memantau Kementerian Penerangan, Kementerian Kerjaraya dan Parlimen (JPM).

6. Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) - Bendahari PAS Pusat akan memantau Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Unit Perancangan Ekonomi JPM dan MTEN.

7. Dato Ab Halim bin Ab Rahman (Pengkalan Chepa) - AJK PAS Pusat akan memantau Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Suruhanjaya Pilihanraya (JPM).

8. Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor) - AJK PAS Pusatmemantau Kementerian Kewangan, Jabatam Audit Negara dan PIN serta Kerajaan Negeri Sembilan.

9. Dr Lo’ Lo’ Haji Mohd Ghazali (Titiwangsa) - AJK PAS Pusat akan memantau Kementerian Wilayah Persekutuan.

10. Dr Hjh Siti Mariah bt Mahmud (Kota Raja) - AJK PAS Pusat akan memantau Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

11. Dr Mujahid Haji Yusof Rawa (Parit Buntar) - AJK PAS Pusat akan memantau Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, SUHAKAM dan Kerajaan Pulau Pinang.

12. Siti Zailah bt Mohd Yusuf (Rantau Panjang) - Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat/ dan Ketua Dewan Muslimat PAS Kelantan akan memantau Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, JPM (Tabung Haji).

13. Dr Mohd Hayati bin Othman (Pendang) -AJK PAS Kawasan Pendang memantau Kementerian Kesihatan.

14. Dato Wan Abd Rahim Wan Abdullah (Kota Bharu) - YDP PAS Kawasan Kota Bharu memantau Kementerian Pelancongan dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Kerajaan Sarawak.

15.Khalid Abdul Samad (Shah Alam) - AJK PAS Pusat danYDP PAS Kawasan Shah Alam memantau Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Petronas.

16. Taib Azamuddin Md Taib (Baling) - AJK PAS Pusat memantau JPM (JAKIM), Jabatan Kehakiman Syariah dan Kementerian Pertanian, Industri Asas Tani.

17. Dr Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) - AJK PAS Kawasan Hulu Langat memantau Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kerajaan Melaka.

18.Muhammad bin Husin (Pasir Puteh) - AJK PAS Kawasan Pasir Puteh memantau Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kerajaan Pahang.

19. Roslan bin Shaharum (Bukit Gantang) - JK Penerangan PAS Perak memantau Kementerian Sumber Manusia, JPA.

20. Nasir Bin Zakaria (Padang Terap) - memantau Kementerian Pengangkutan dan Tenaga, Air dan Komunikasi.

21. Mohd Firdaus bin Jaafar (Jerai) - AJK Dewan Pemuda PAS Pusat akan memantau Kementerian Belia dan Sukan serta Kerajaan Sabah.

22. Che Uda bin Che Nik (Sik) - Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Perlis.

Sebarang persoalan dan cadangan untuk disampaikan kepada pemantau Kabinet Malaysia boleh diemailkan kepada email al_jundiathirah@yahoo.com


Pendirian TGNA Berhubung Muzakarah UMNO-PAS

KOTA BAHARU (Ahad, 20 Julai 2008) :

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin kanan parti, yang membuat pertemuan dengan pemimpin Umno, hanya boleh mengadakan pertemuan membabitkan perbincangan peribadi dan bukannya membabitkan isu politik kedua-dua parti.

Namun Menteri Besar Kelantan itu menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pemimpin Umno untuk membincangkan isu agama atas kapasiti peribadi tetapi tidak atas nama parti.Nik Abdul Aziz menyatakan pendiriannya bahawa beliau hanya boleh menerima jika pemimpin Pas bertemu dengan pemimpin Umno atas urusan peribadi seperti menyentuh isu agama yang memberi manfaat dalam membaiki sahsiah diri.

Beliau menolak sebarang tindakan bagi pihak pemimpin Pas untuk mengadakan pertemuan dengan Umno bagi membincangkan isu parti."Kalau nak jumpa jangan jumpa dengan parti. Bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dan individu, saya setuju," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini hari ini.Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini bahawa pertemuan bersama Pas sebenarnya telah diadakan sebanyak tiga kali dengan membincangkan beberapa isu yang berkait rapat dengan keagamaan.

Nik Aziz berkata beliau sendiri tidak tahu mengenai pertemuan tiga kali itu namun beliau pernah dimaklumkan sememangnya pernah wujud pertemuan antara Umno dan Pas tetapi lebih kepada isu agama dan peribadi.Beliau berkata, pertemuan antara parti dengan parti atau antara Umno dan Pas tidak perlu diadakan kerana sudah terbukti dengan perjanjian yang dibuat pada tahun 70-an, ketika era Perdana Menteri Tun Abdul Razak Hussein, Pas telah ditendang daripada parti gabungan.

"Jadi bagi saya untuk mengadakan pertemuan antara individu dengan individu saya setuju, dapat menyampaikan Islam secara langsung kepada individu terbabit," katanya.Mengenai muzakarah yang disarankan beliau, Nik Aziz berkata perlu ada orang ketiga sebagai Hakkam yang mengadilkan pertemuan itu sebagaimana perbincangan antara dua negara berjiran perlukan kepada negara ketiga.

"Kalau di peringkat dunia berbalah dan perbincangan yang hendak diadakan perlu pihak ketiga, PPB (Pertubuhan Bangsa-Bersatu) lah yang terbaik," katanya.Beliau tidak berminat untuk mengadakan pertemuan dengan nama parti dan sedia menerima pemimpin Umno yang mahu berbincang mengenai isu agama untuk kebaikan semua.


Sumber : Bernama (Ahad, 20 Julai 2008)

Bingung Rundingan FTA Malaysia-AS Diteruskan Meskipun mendapat Banyak Bantahan

SM Mohamed Idris Jul 17, 08 3:21pm

Kami amat terkejut dan berasa kecewa apabila mendapati kerajaan masih meneruskan rundingan perjanjian perdagangan bebas Amerika Syarikat-Malaysia (FTA) di sebalik semua bantahan dan fakta bahawa kerajaan Amerika Syarikat kini dalam masa peralihan. Pusingan terbaru rundingan bermula Isnin, 14 Julai di Washington, DC.

Masyarakat awam mempunyai beberapa kebimbangan yang tidak pernah ditangani dengan memuaskan oleh pihak kerajaan, contohnya dengan mengemukakan analisis manfaat kos yang lengkap. FTA ini akan memberikan kesan ketara terhadap semua sektor masyarakat dan ekonomi Malaysia. Kesan ke atas perusahaan kecil dan sederhana (SME) terutamanya akan terjejas teruk.

Kira-kira 99.2 peratus perusahaan yang wujud di Malaysia adalah SME. Menurut Pelan Induk Industri Ketiga, perkembangan persaingan dan semangat yang tidak mudah luntur SME adalah bahagian penting daripada inisiatif bagi Malaysia untuk mencapai status negara maju menjelang 2020. Bagaimanapun, SME adalah sektor paling terjejas oleh hampir semua bahagian yang dicadangkan dalam FTA Amerika Syarikat-Malaysia.

SME pertanian, contohnya penternak ayam dan penanam padi, akan mengalami kesukaran untuk bersaing dengan produk import kerana FTA akan menghapuskan hampir semua tarif Malaysia ke atas produk pertanian Amerika Syarikat. Produk pertanian ini mendapat subsidi yang tinggi dan dijual di bawah kos pengeluaran.

Bahagian hak intelektual juga akan meningkatkan kos bagi petani Malaysia yang pada masa depan akan diperangkap dengan dakwaan benih adalah di bawah hak persendirian. Pengeluaran SME juga akan berdepan dengan peningkatan persaingan kerana FTA Amerika Syarikat memerlukan penghapusan hampir semua tarif ke atas produk yang dikeluarkan daripada Amerika Syarikat.

Kehilangan perolehan kerajaan Malaysia daripada penghapusan tarif ini amat sukar untuk diperolehi daripada sumber lain menurut kajian FTA oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), jadi salah satu bidang perbelanjaan yang mungkin dipotong ialah bantuan kepada SME. SME dalam sektor perkhidmatan juga akan berhadapan dengan meningkatnya persaingan akibat FTA.

Malaysia sudah pun melihat apa yang berlaku apabila ia meliberalisasikan perkhidmatannya. Contohnya ialah pembukaan sektor peruncitan kepada pasar raya besar asing yang berkembang begitu cepat sehingga kedai runcit tempatan tidak dapat bersaing. Malaysia boleh mengembalikan semula keadaan ini dengan menghadkan di mana pasar raya besar dibuka kerana tidak terikat kepada sebarang FTA untuk membenarkan perkembangan tidak terkawal pasar raya besar asing.

SME yang bergantung sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada kontrak daripada kerajaan Malaysia juga akan turut terjejas jika Malaysia menerima tuntutan Amerika Syarikat supaya membuka perolehan kerajaan kepada syarikat Amerika melalui FTA. Apakah yang akan diperolehi oleh SME Malaysia daripada FTA Amerika Syarikat? Persidangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) mengenai Perdagangan dan Pembangunan menyatakan bahawa SME berdepan dengan pelbagai halangan yang mengurangkan kemampuan mereka untuk mendapat manfaat daripada perdagangan antarabangsa.

Malah SME Australia tidak menjangka untuk memperolehi manfaat yang banyak daripada FTA Amerika Syarikat-Australia. Seterusnya, bagi memastikan FTA Amerika Syarikat-Malaysia berkuatkuasa, ia mestilah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat. Kerajaan Amerika Syarikat menggunakan 'fast track authority' yang menghadkan Kongres untuk mengundi atau menentang seluruh FTA.

Bagaimanapun, kuasa ini tamat tempohnya pada 30 Jun 2007 dan tidak diperbaharui oleh Kongres. Penganalisis politik Amerika Syarikat menjelaskan bahawa bagi pelbagai alasan, Kongres tidak mungkin memperbaharuinya bagi presiden Bush. Ini bermakna jika Presiden Bush menandatangani FTA Amerika Syarikat-Malaysia, ia tidak mengikat Kongres atau presiden Amerika Syarikat pada masa depan.

Setiap ahli Kongres boleh membuat tuntutan seterusnya daripada Malaysia dalam usaha untuk meluluskannya dan Malaysia tidak berada dalam kedudukan untuk membuat tuntutan balas. Atas alasan ini, ramai pakar perdagangan dalam dan luar Malaysia bingung kenapa Malaysia meneruskan rundingan FTA ini.

Kami ulangi, untuk masa depan negara dan SME kita, kami menggesa kerajaan supaya menghentikan rundingan FTA Malaysia-Amerika Syarikat.

SM Mohamed Idris adalah presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Wednesday 16 July 2008

Amaran Kepada Anwar?: Lif Dinaiki DSWA & Anak Meletup, Berasap & Hampir Terjatuh


Khamis, 17 Julai 2008 •

Pejabat Anwar Ibrahim mengarahkan keselamatan rapi 24 jam menjaga keselamatan Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail dan seisi keluarga selepas terjadinya insiden menakutkan sedang mereka melawat Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur.

Lif yang dinaiki Dr Wan Azizah berserta dua anaknya, Nurul Nuha dan Nurul Iman tiba-tiba meletup, menyebabkan salah satu dari tali kabelnya terputus. Lif itu kemudiannya menjadi senget sebelum ia ditenggelami asap.

Kejadian itu berlaku sekitar jam 11.30 malam ketika Dr Wan Azizah dan dua anaknya itu mahu menghantar persalinan dan kegunaan mandi kepada Anwar Ibrahim yang ditahan semalaman di IPK Kuala Lumpur.

Anwar Ibrahim ditahan sekembalinya beliau dari Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan kesihatan.

Bomba dipanggil ke tempat kejadian dan mengambil masa hampir satu jam untuk membuka dan menyelamatkan keluarga Anwar Ibrahim.

Peguam Sivarasa Rasiah dalam satu sidang media di luar IPK berkata kejadian itu "mungkin disebabkan penyelenggaraan lif yang tidak baik".

Polis meminta maaf diatas kejadian tersebut, dan membenarkan Dr Wan Azizah membawa naik semua anaknya menemui Anwar Ibrahim. Sebelum itu, polis hanya membenarkan Dr Wan Azizah ditemani dua anaknya.

Monday 14 July 2008

Kenyataan Media


BERHUBUNG PENDIRIAN PRESIDEN PAS
BAGI MEMANTAPKAN KEDUDUKAN PAS DALAM PAKATAN RAKYAT


Dewan Muslimat mengucapkan terima kasih, syabas dan tahniah kepada YB. Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Presiden PAS di atas pendirian tegas beliau berhubung kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat.

Dewan Muslimat menyifatkan pendirian tersebut ( seperti yang dilaporkan menerusi wawancara penuh yang tersiar dalam Harakah keluaran 16-31 Julai 2008 ) sesungguhnya merupakan suatu yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh Muslimat PAS khususnya selepas kejayaan Barisan Alternatif mengambil alih 4 kerajaan negeri dan seterusnya mempertahankan Kerajaan PAS di Kelantan selepas Pilihan Raya Umum ke-12 empat bulan yang lepas.

Dewan Muslimat menyokong penuh dan berdiri teguh di belakang YB. Datuk Seri Tuan Guru Presiden dan seterusnya menyeru kepada semua khususnya para Muslimat dan amnya pendokong dan penyokong PAS di seluruh negara agar memahami dan menghormati pendirian tegas Presiden itu.

Dewan Muslimat meyakini bahawa Presiden sudah pun membuat pemerhatian yang terperinci serta mengambilkira semua faktor dan perkara sebelum mengeluarkan pendirian tersebut kepada khalayak rakyat.

Dewan Muslimat juga menyedari bahawa segala pendirian yang dikeluarkan oleh Presiden sebagai tidak bertentangan dengan hasrat dan perjuangan PAS selama ini. Hatta, pendirian itu juga jelas tidak bertentangan dengan syariat Islam dan kaedah-kaedah usul fiqh yang merentas dasar dan prinsip perjuangan PAS.

Bahkan pendirian tersebut seharusnya dilihat sebagai hakikat kebenaran dan kesucian perjuangan Islam itu sendiri yang bertitik tolak daripada kewajiban menyampaikan dakwah dan risalah Islam kepada seluruh ummat manusia tanpa mengira batasan kaum,agama, ideologi politik hatta latar belakang sosial seseorang itu.

Justeru, Dewan Muslimat menyelar percubaan dangkal dan nakal pihak-pihak tertentu yang cuba memfitnah PAS dan kepimpinan PAS bahawa kononnya mahu bergabung dengan UMNO demi kepentingan peribadi dan kuasa.

Dewan Muslimat juga menyokong penuh pendirian Presiden bahawa bangsa Melayu dan agama Islam harus terus menjadi teras utama kepada politik negara ini bagi menjamin kestabilan dan keutuhan negara. Walau bagaimanapun, agenda perpaduan nasional, kerajaan beramanah, adil, bersih dan berkebajikan kepada seluruh rakyat akan terus menjadi fokas utama perjuangan PAS bersama rakan-rakan gabungan di dalam Kerajaan Pakatan Rakyat.

Dewan Muslimat menginsafi bahawa tujuan perjuangan PAS sepertimana yang terkandung di dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS (Pindaan 2001) akan terus diberi keutamaan. Pada masa yang sama, penerimaan kaum-kaum lain terhadap perjuangan dan keadilan Islam yang dibawa oleh PAS akan terus diberikan perhatian bertepatan dengan slogan ”PAS For All”. Hakikat ini wajar difahami dan dihormati oleh keADILan dan juga DAP.

Sehubungan dengan itu juga, semua pihak disaran menyedari hakikat bahawa kehadiran PAS dalam persada dan percaturan politik tanah air bukanlah ”melukut di tepi gantang” sifatnya. ”Ada” atau ”Tiadanya” jentera PAS sesungguhnya MEMBERI KESAN kepada kejayaan keADILan mahupun DAP.

Penguasaan PAS terhadap kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu sejumlah 83 kerusi berbanding DAP 73 kerusi dan keADILan 40 kerusi wajar diberikan perhatian serius. Justeru, tidak bermakna apabila PAS hanya mempunyai kerusi Parlimen sejumlah 22, keADILan 31 dan DAP 28 maka PAS sewenang-wenangnya diletakkan seolah-olah parti yang tercorot di dalam mengambilkira apa jua KEPUTUSAN ataupun KEDUDUKANNYA di dalam politik Pakatan Rakyat.

Bahkan, Dewan Muslimat ingin menegaskan betapa PAS sudah terlalu banyak berkorban khususnya kepada keADILan di dalam pembahagian kerusi semasa PRU-12 yang lepas. Bukan setakat itu, PAS sudahpun menunaikan tanggungjawabnya membantu keADILan dan juga DAP sepanjang PRU-12 yang lepas dengan menggerakkan seluruh jenteranya untuk membantu kemenangan mereka dalam pilihan raya itu.

Mengambil kira semua realiti itu, Dewan Muslimat berpendapat adalah wajar Presiden PAS secara tegas dan fokus : kembali mengingatkan rakan-rakan gabungan yang lain agar mereka tidak terlupa kekuatan sebenar yang ada pada PAS. Justeru, prinsip dan dasar perjuangan PAS juga seharusnya dihormati dan ummat Islam dalam negara ini mesti diberikan ruang dan kebebasan untuk mempraktikkan Islam yang sebenarnya secara menyeluruh. Bukannya Islam dalam pemahaman UMNO dan bukan juga Islam dalam pemahaman sempit beberapa pihak yang lain.

Dewan Muslimat sangat prihatin dan memegang erat kata-kata yang pernah diungkap oleh bekas Presiden PAS, Almarhum Dato’ Ustaz Fadzil Mohd. Noor yang menegaskan bahawa : ”Islam mestilah diterima sepenuhnya dan Islam mestilah ditegakkan sepenuhnya. Bukan hak kita untuk membahagi-bahagikan Islam, bukan hak kita untuk mengurangkan Islam. Bagi kita Islam adalah Islam yang sepenuhnya. Bukan Islam campur nasionalisma, bukan Islam campur sosialisma, sebaliknya bukan Islam yang tolak pemerintahan, bukan Islam yang tolak politik, bukan Islam yang tolak negara. Islam yang kita (PAS) perjuangkan ialah Islam penuh yang diturunkan Allah Azza Wajalla.”

Akhirnya, Dewan Muslimat mendoakan agar Presiden, Timbalan Presiden dan seluruh kepimpinan PAS di peringkat Pusat bersama-sama dengan Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS di peringkat negeri agar diberi kekuatan, kesabaran dan hidayah daripada sisi Allah untuk terus memimpin perjuangan ini. Di samping terus mengadakan perbincangan yang lebih serius, terarah dan efektif bagi memperkukuhkan kerjasama di antara parti untuk kepentingan negara dan rakyat seluruhnya.


Hormat Daripada,
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat

14 Julai 2008, Kuala Lumpur

Sunday 13 July 2008

Petronas ke-8 paling untung di dunia

PETRONAS berada pada kedudukan kelapan syarikat paling untung di dunia tahun lalu dalam senarai Fortune Global 500 majalah perniagaan Fortune.

Di Asia pula, ia muncul syarikat paling untung, mengambil tempat pengeluar kereta terbesar dunia, Toyota Motor dari Jepun, yang mendahului senarai itu pada 2006.

Dalam senarai keseluruhan Fortune Global 500 yang menyenaraikan 500 syarikat terbesar dunia berdasarkan jumlah pendapatan pula, Petronas berada di kedudukan ke-95.

Di kalangan syarikat Asia, Petronas yang meraih pendapatan dalam nilai dolar Amerika Syarikat AS$66.218 bilion dan keuntungan AS$18.118 tahun lalu, berada di kedudukan ke-16 senarai berkenaan.


http://www.bharian. com.my/Current_ News/BH/Friday/ BeritaUtama/ 20080711081457/ Article/index_ html

Kenyataan Media



BERHUBUNG CADANGAN
PERLANTIKAN DCP DATUK ROBIAH ABDUL GHANI
SEBAGAI WANITA PERTAMA DI MALAYSIA YANG MENJADI KETUA POLIS NEGERI



Dewan Muslimat mengucapkan syabas dan tahniah kepada bekas Timbalan Ketua Polis Negeri Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani yang dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Pahang bagi menggantikan Datuk Ayob Mohamed yang bersara wajib pada September nanti. Dewan Muslimat menyifatkan perlantikan itu sebagai suatu penghormatan dan pengiktirafan terhadap kaum Hawa yang selama ini banyak menyumbang khidmat cemerlang dalam pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

Sehubungan dengan itu, menjadi harapan Dewan Muslimat agar dengan kehadiran beliau di peringkat ”pembuat keputusan” itu akan mampu memastikan terpeliharanya maruah dan penghormatan golongan wanita khususnya mereka yang ditahan reman bagi membantu siasatan terhadap mana-mana kes yang melibatkan tugas pihak polis.

Dewan Muslimat juga memandang serius terhadap beberapa kejadian salah guna kuasa mahupun pencabulan hak asasi manusia yang telah dilakukan oleh pihak polis ke atas para tahanan khususnya wanita dan kanak-kanak sepertimana yang telah beberapa kali dilaporkan oleh pihak media sebelum ini.

Bahkan pencabulan dan salah guna kuasa itu juga terkandung di dalam ”rahsia umum” Laporan Suruhanjaya DiRaja Penambahbaikan Perjalanan Dan Pengurusan Polis DiRaja Malaysia setebal 634 halaman.

Insiden menggemparkan di mana pihak polis menangkap seorang wanita yang menjual VCD Ceramah berkaitan Reformasi, menahannya sehingga enam hari tanpa memaklumkan kesalahan yang jelas dan seterusnya tindakan membogelkan tahanan tersebut serta mengarahnya ketuk ketampi di hadapan tahanan wanita yang lain jelas merupakan suatu pencabulan yang sesungguhnya tidak dapat dimaafkan oleh kita masyarakat yang bertamadun.

Dewan Muslimat turut meyakini jika sekiranya anggota dan pegawai polis wanita di semua peringkat mengambil iktibar daripada kejadian malang ini sudah tentu nasib dan maruah kaum wanita di Malaysia akan lebih terjamin serta dipelihara.

Dewan Muslimat justeru berharap agar dengan perlantikan Datuk Robiah Abdul Ghani sebagai Ketua Polis Negeri Pahang itu, pihak PDRM akan menjadi lebih peka terhadap kejadian malang yang menimpa kepada golongan wanita dan kanak-kanak dalam negara ini.

Peningkatan statistik kadar jenayah rogol misalnya yang membabitkan wanita iaitu 8-9 orang mangsa kes rogol setiap hari mesti diberikan penekanan dan perhatian. Demikian juga statistik kes kehilangan kanak-kanak yang mencecah 3-5 orang setiap hari merupakan suatu ancaman terhadap kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia.

Dewan Muslimat percaya walaupun hak sasi manusia terpakai pada semua orang tanpa mengira jantina dan umur, tetapi wanita dan kanak-kanak memerlukan layanan istimewa kerana status mereka yang ”lemah”. Undang-undang negara dan juga surat-surat cara antarabangsa mengiktiraf dan memperuntukkan perkara ini.

Dewan Muslimat juga ingin menegaskan bahawa menghormati dan memenuhi keperluan dan hak istimewa wanita dan kanak-kanak bermaksud menghormat dan memenuhi keperluan dan hak istimewa kira-kira lebih separuh daripada penduduk Malaysia.

Dengan kehadiran seorang wanita yang gigih dan dedikasih seperti Datuk Robiah Abdul Ghani di dalam kepimpinan tertinggi PDRM yang juga kita sifatkan sebagai peringkat bertaraf ”pembuat keputusan” itu sesungguhnya diharapkan menjadi suatu kelebihan kepada beliau untuk membuktikan keprihatinan yang tinggi bagi memastikan keselamatan rakyat.

Ini kerana Dewan Muslimat percaya bahawa secara semulajadinya dan tabi’e nya seorang wanita itu mempunyai daya keprihatinan, sensitiviti dan fokus pertanggungjawaban yang lebih tinggi berbanding kaum lelaki. Justeru, kekuatan itu seharusnya dapat membantu beliau menjalankan tugas dan tanggungjawabnya menjaga keselamatan dan keamanan rakyat khususnya di negeri Pahang secara lebih kreatif dan efektif.



Akhirnya, Dewan Muslimat mengucapkan syabas dan tahniah kepada DCP Datuk Robiah Abdul Ghani atas perlantikan tersebut dan mendoakan agar beliau diberi kekuatan dan hidayah daripada Allah untuk menunaikan tanggungjawab dan amanah itu dengan penuh ketaqwaan.


Hormat Daripada,
AIMAN ATHIRAH AL JUNDI
Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat

14 Julai 2008, Kuala Lumpur

Thursday 10 July 2008

Relevankah Meneruskan Kerjasama Pakatan Rakyat?

Saya sangat berharap agar PROTES 678 tidak menjadi polemik perpecahan dalaman PAS dan dalaman Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri. Walau bagaimanapun, pimpinan tertinggi PAS diharap dan disarankan agar mengambil langkah untuk re-treat kerjasama dan tahalluf siasih PAS dengan rakan-rakan Pakatan yang lain. Bersekali meletakkan dan menjelaskan ”kepantangan” parti masing-masing agar jangan sesekali terlanggar atau sengaja melanggar ”kepantangan” itu barangkali. Khususnya dalam program yang dianjurkan secara kerjasama mahupun dalam bentuk gabungan bersama badan-badan bukan kerajaan.

Pimpinan tertinggi PAS khususnya Presiden dan Timbalan Presiden mesti berani mengambil langkah susulan dan seterusnya pendirian yang jelas dan tegas khususnya dalam isu PROTES 678 itu. Agar jangan nantinya, ahli dan pemimpin PAS ”second layer” mahupun ”third layer” menanggung kesan daripada ketidakjelasan kerjasama apatah lagi ”kepantangan” yang ada.

Saya sudahpun beberapa kali bertanya kepada pimpinan tertinggi parti sejauh mana ikatan dan persefahaman kerjasama kita dalam Pakatan. Bahkan dalam satu mesyuarat penting (peringkat parti) yang lepas saya secara panjang lebar membangkitkan hal ini dan menegaskan betapa pentingnya pimpinan tertinggi parti menjelaskannya kepada pemimpin PAS ”second layer” mahupun ”third layer” itu khususnya kepimpinan di peringkat Dewan-Dewan Pusat.

Bukan apa, sebab rasionalnya yang ”berurusan kerja” dengan para petugas dan pimpinan PR second layer mahupun third layer adalah kami. Sangat malang, bilamana petugas dan pimpinan PKR menyebutkan kepada kami bahawa sesuatu keputusan itu adalah ”Keputusan Pakatan Rakyat”, sedangkan pada masa yang sama sebenarnya kebanyakan kami tidak tahu, tidak dimaklumkan dan tidak diarahkan apa-apa secara prosedur organisasi yang betul.

Dalam konteks perpindahan lokasi PROTES 678 ke Stadium MBPJ misalnya kami mendesak agar ”Pimpinan Tertinggi PR” itu membuat sidang media bersama bagi memaklumkannya kepada ahli. Malangnya, saya sendiri yang berada di Ibu Pejabat PAS tidak langsung melihat apa-apa Kenyataan Bersama. Hanya pada sekitar jam 4 petang, 4 Julai 2008 barulah kenyataan bersama itu dilaporkan oleh harakahdaily.
Itu pun dalam bentuk olahan berita. Mana perginya Kenyataan Media yang penuh itu? Bagaimana pihak Ibu Pejabat PAS tidak langsung diberi salinan kenyataan lengkap yang disebut telah ditandatangani bersama oleh Setiausaha Agung parti-parti Pakatan Rakyat? Di mana silapnya? Mustahil ianya boleh disandarkan hanya kepada kesilapan teknikal ataupun kelemahan pengurusan!

Keterlaluankah seandainya ada di kalangan kita yang tekad mentamsilkan bahawa kerjasama PR seolahnya ibarat Air dengan Minyak yang tidak mungkin bersatu? Gopohkah penamsilan itu ataukah kita (baca pemimpin PR) yang terlewat atau barangkali sudah tidak mampu ”menguruskan” kerjasama ini dengan lebih baik, bertanggungjawab dan berkesan? Secara tegas saya ungkapkan, kita tidak mahu adanya sikap di antara pimpinan yang ”lontar batu sembunyi tangan”. Kerana menurut firasat saya, jika sudah sampai tahap keperluan maka pimpinan tertinggi arahkan sahaja, kami anggota tangan dan kaki parti (PAS) ini insyaAllah akan menurut arahan.

Dua minggu yang lepas ana bertemu dengan Timbalan Presiden PAS, Al Fadhil YB. Ustaz Nasharuddin Mat Isa di Bangunan Parlimen dan mencadangkan agar diadakan segera Liqo' Al Fikri di kalangan kepimpinan tertinggi PAS di peringkat pusat mahupun negeri. Objektifnya ialah bagi membolehkan kita semua berbincang dan menghadam seterusnya memahami sejauhmana kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat ini. Justeru kerana ana yakin PAS adalah sebuah parti massa yang dominan memimpin perubahan sejak 50 tahun yang sudah. Respon Timbalan Presiden terhadap cadangan ana ialah : kita perlu selesaikan beberapa perkara terlebih dahulu sebelum adakan liqo yang ana cadangkan itu. Ana akur dan faham. Persoalan ana sekarang, sudah selesai kah belum?...

Realitinya, kita dimaklumkan bahawa pada masa ini kita berada di gerbang peralihan kuasa khususnya di peringkat PERSEKUTUAN. Justeru, teramat penting untuk PAS memimpin dan dilihat memimpin peralihan dan perubahan ini. Mendominasi diri dengan cara terbuka. Perlu diingat juga bahawa kita sekarang berada dalam zaman merit dan demerit. Amat penting untuk PAS diterima rakyat, kawan dan lawan berdasarkan kapasiti meritnya. Bukannya berilusi dengan kaedah dan nazam paksaan. Tetapi diterima kerana itu selayaknya untuk PAS dinobatkan.

Untuk sampai ke gerbang ini, PAS sudah menyelusuri pelbagai mehnah dan fitnah. Dan percayalah di hadapan sana dengan niat PAS memimpin ummah, mehnah dan tribulasi itu jauh lebih besar dan ganas! Lebih “ganas” daripada persembahan musik kumpulan underground pada PROTES 678 itu. Justeru apa sikap kita? Apa persiapan kita? Apa strategi kita? Ana percaya, semua itu perlu kepada satu peta tindakan yang holistik, inovatif dan efektif. Dilakar oleh lapisan pimpinan yang jelas dan faham arah tuju kerjasama kita dan diterima pula secara syura.

Persoalannya.... adakah kita sudah memulakannya? Lebih serius persoalan ana ialah bagaimana mungkin kita memulakannya kalau perbincangan akan bentuk dan konsep kerjasama itu belumpun dibuat.
Pendirian ana,jelas... insiden 678 wajar dijadikan petunjuk oleh pimpinan dan ahli PAS bahawa KITA INI SEBENARNYA MAHU APA? MardhatiLlah JELAS...itu memang dan sewajibnya yang kita dambakan. Soalan saya : KITA INI MAHU APA DALAM PERCATURAN POLITIK NEGARA MALAYSIA?

Fikirkan...semua peringkat wajib memikirkannya. Dan tolong jangan bagi jawapan yang tidak berpijak di bumi nyata. Ibarat badan yang tergantung di langit, kaki tidak jejak di bumi.
Sejujurnya, PAS insyaAllah Boleh. Takbir!

Thursday 3 July 2008

High Drama : Kepentingan Rakyat, Kepentingan Negara vs Kepentingan Pembesar???

Kelmarin dalam perjalanan menuju ke pejabat saya telah dimaklumkan berhubung tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang telah berjaya mendapatkan persetujuan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk so call "Eksesais Ketenteraman Awam" bermula 3 Julai sehingga 7 Julai 2008. Ianya dikatakan bersifat semacam latihan bersama pihak polis dan tentera bagi menghadapi sebarang kemungkinan gangguan atau ancaman ketenteraman awam.

Saya sememangnya terkejut dengan berita tersebut. Walau bagaimanapun, ironinya, saya tidak pula cenderung mengaitkan Himpunan PROTES Sejuta Rakyat TURUN 6.7.08 sebagai SEBAB UTAMA kepada perkembangan itu. Meskipun kawasan sasaran mereka yang terlibat ialah KL, Petaling Jaya dan Shah Alam; yakni membabitkan kawasan Himpunan PROTES di Padang Timur.


Namun, saya juga tidak menolak kemungkinan bahawa Himpunan PROTES Rakyat itu akan hanya menjadi kambing hitam yang akan dipergunakan oleh semua pihak ; pihak berkuasa bagi meligitimasikan tindakan undang-undang mereka (sama ada tangkapan mahupun pengisytiharan Mageran & darurat (?)) . Manakala pihak tertentu yang mahu menjadikan ianya sebagai Himpunan Rakyat menyokong sesiapa jua yang mereka mahu. Lantas menatijahkan fokas utama iaitu PROTES Rakyat berhubung kenaikan harga bahan bakar semacam terpinggir atau dikeduakan, barangkali...saya musykil di situ.


Pada hemat saya, ada sesuatu yang lebih besar di sebalik ini semua. Fikiran saya justeru lebih terjurus kepada "perang" di antara Najib dan Anwar.


Sememangnya telahan saya tidak meleset. Jam 11.oo pagi hari itu saya difahamkan akan berlangsung satu sidang media tergempar yang akan "menelanjangkan" Najib sebagai antara cerita penting dalam kisah peperangan dua so call "pemimpin" ini. Fokal point isunya dikatakan masih berlegar dalam kemelut pencarian kisah benar di sebalik pembunuhan kejam seorang wanita mongolia, Altantuya Shariibuu. (Sebenarnya fokas utama ialah BMW - Best Men Win - to be a Prime Minister!)


16 halaman akuan berkanun yang dikemukakan oleh penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang diupah oleh Abdul Razak baginda itu sememangnya menggemparkan (tetapi tidak pula menghairankan saya).


Justeru, semua perkembangan ini bagi saya adalah peperangan di antara dua manusia iaitu Najib dan Anwar. Rasionalnya pandangan saya ialah kerana semua ini berlaku ada sebab dan mereka berdua semacam menunggu sebab dan masa sesuai itu untuk nantinya saling bertukar "peluru" dan "bedil" bagi menghentam antara satu sama lain yang sudah pasti dikira sebagai MUSUH.


Sebagai anak muda negara ini saya sesungguhnya MALU punya pemimpin seumpama mereka. Saya persoalkan keikhlasan kedua-duanya dalam membentangkan kepada rakyat kes, hujjah dan bukti atas apa sahaja yang mereka berdua percayai.


Sudah 10 tahun berlalu bagi kes yang memaparkan lanskap politik dan senario yang sama. Rakyat sudah muak! Saya juga sudah muak! Sebagai manusia yang punya hati dan budi izinkan saya mengungkapkan KEMUAKAN SAYA SEBAGAI ANAK MUDA terhadap semua ini.


Negara ini, rakyat negara ini harus muncul dengan satu Kebangkitan Baru bukan lagi terus diheret dengan tarian dan lagu-lagu dendam kesumat para pembesar negara. Generasi muda negara ini perlu kepada kepimpinan baru yang mukhlis yang mendepankan kepentingan dan derita rakyat melebihi kepentingan dan deritanya!


Sejujurnya, lahir daripada jiwa yang berontak. Kami orang muda tidak berjuang untuk kuasa dan kerana kuasa!