Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Thursday 16 April 2009

Kemaafan Dipinta...


Salam.

Selepas pelancaran Kempen Kita Bersaudara tempoh hari, langsung aktivas penulisan ini tergendala. Dan terus sengaja dibiarkan blog ini sepi meski ada masanya dikunjungi. Bukan bermakna kita rehat atau berdiam diri. Bahkan kesibukan memastikan Kempen ini benar-benar turun ke lapangan menjadi prioriti saya dan sahabat-sahabat.

Sehingga ke hari ini sesungguhnya engin Kempen ini semakin ligat tanpa henti. Selepas pelancarannya oleh Mursyidul Am PAS, program Rahsia 3C di KB Mall dan kunjung hormat bertemu Tok Guru untuk menghimpun segala kekuatan, doa dan restunya....maka program ini tanpa jemu menemukan kepelbagaian dan rencam pengisiannya...alhamduliLlah. Berkat kesabaran, komitmen dan yang penting doa seorang ulamak...

Barangkali saya boleh kongsikan bersama semua antara acara selepas muqaddimah kempen di atas yang banyak mengalihkan masa kami semua, namun suatu perjalanan yang cukup memberikan kepuasan...

  1. Kempen Kita Bersaudara di PRK K. Tganu


  2. Solidariti Ummah - Penghantaran Memorandum Kepada PM Oleh Ahli Parlimen PR Darihal Isu Palestin.


  3. Solidariti Himpunan Aman Bebaskan Ghaza & Jualan Amal Untuk Palestin.


  4. Bengkel Strategik Kempen Kita Bersaudara Di Johor.


  5. Outreach XPDC Dakwah Kita Bersaudara Ke Sabah ( 10 Hari ) & Pelancaran KKB Di Sabah.


  6. Penerbitan Hand Book Daei : Islam Cara Hidupku.


  7. Sambutan Hari Wanita P.059 Bukit Gantang : Wanita Satu Hati, Kita Bersaudara ( Sehari, Serentak Di Ketiga-Tiga DUN ).


  8. Hi Tea Wanita Berdaya, Kita Bersaudara ( 19 April 2009 )...[ dalam kesibukan persiapan ini, ana jenguk ke sini ].


  9. Outreach XPDC Dakwah Kita Bersaudara Di Bumi Kenyalang, Sarawak ( 25 April-2 Mei 2009 )...yang berminat boleh ikut...8 hari.


  10. Pelancaran Kempen Kita Bersaudara Di Melaka Sempena Hari Terbuka PAS Melaka ( 10 Mei 2009 ).


  11. Pelancaran CD Pengembaraan Outreach XPDC Dakwah Kita Bersaudara.... ( Akan Datang! ).

Nah, saya belum punya kesempatan untuk berkongsi dengan semua segala memori-memori berkaitan. InsyaAllah...masanya akan tiba jua...bersabarlah...kemaafan jua saya pinta....

Kalau berminat untuk mengikut pandangan saya terhadap isu-isu terbaru politik negara, sila dapatkan Buletin Rakyat keluaran 28 April 2009 akan datang....saya pun tak sempat coz kat Sarawak. ;) Kak Norzah memang wartawan politik yang ada ummphh (soalannya).


Salam perjuangan buat semua.