Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Tuesday 18 August 2009

Perjalanan Terakhir Seorang Suami Dan Seorang Ayah

Salam. Ana dan seluruh keluarga mengucap setinggi penghargaan kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat ; PAS, keADILan dan DAP, sahabat-sahabat dan pendokong PAS di semua peringkat khususnya PAS Kawasan Permatang Pauh/ Negeri Pulau Pinang/ Dewan Ulamak atas segala pertolongan bagi menguruskan dan mendoakan "perjalanan terakhir" ayahanda... semoga segalanya mendapat nilaian amal soleh di sisi Allah Azza Wajalla... Al Fatehah...


Ayahanda Meninggalkan Kami Pada 17 Ogos 2009, Isnin, Jam 4.05 Petang...Ana Sempat Tiba Segera Di Hospital, Kerana Jarak Bilik Gerakan HalWa Induk N.11 Permatang Pasir Tidaklah Jauh...Syukur Ya Allah


Rupanya Itu Antara Hikmah PrK N.11 Permatang Pasir ini buat ana

Kami Bersama Pihak Pengurusan Mandi Jenazah (Hospital) Usai Memandikan Jenazah Ayahanda Pada Lebih Kurang 7.00 Petang..




Kucupan Terakhir Buat Ayahanda..Seorang Yang Sangat Penyayang




AlhamduliLlah...Ramai Pimpinan & Sahabat Yang Menyembahyangkan Jenazah Ayahanda Seorang Yang Sangat Pemurah Dan Senantiasa Menyantuni Golongan Masakin Serta Anak-Anak Yatim....


Jenazah Almarhum Ayahanda tiba di Masjid Kubang Semang serentak dengan berkumandangnya azan maghrib...





Ana Dan Keluarga Cukup Terharu Dengan Kehadiran Ramai Pimpinan PAS, Parti Yang Menjadi Pilihan Wadah Perjuangan Buat Kami Satu Keluarga...


Kelihatan YB. Dr Mohd. Hatta Ramli (Yang Turut Berkesempatan Menziarahi Kami Di Bilik Mandi Jenazah, Hospital Seberang Jaya, SPU, Pulau Pinang)...Pimpinan PAS Yang Tiba Awal..AlhamduliLlah Dalam Perjuangan Ini Beliau Antara Model Pemimpin Yang Saya Dan Keluarga Hormati.



Turut Kelihatan YB. Tuan Haji Salahuddin Ayub...Mengangkat Keranda Jenazah Seorang Ayah Yang Cukup Hebat Dengan Kepimpinannya, Berdisiplin Tinggi Dan Penuh Dengan Kasih Sayang.

Jenazah Almarhum Ayahanda Diturunkan Masuk Ke Liang Lahad Serentak Berkumandangnya Azan Isyak




Usai Majlis Kebumi & Talqin....Semua Dah Pulang Ke Rumah...Kami Empat Beradik Kekal Di Situ Untuk Memberikan Penghormatan Dan "Doa" Sehingga Jam 12.00 Malam...Kemudian Mencari Penginapan Berhampiran Tanah Perkuburan Ayahanda Termasuk Buat Bonda Dan Adik Beradik Lain Yang Akan Tiba Esoknya, 18/8



Ayahanda Kami Seorang Yang Sangat Istimewa...Teramat Berat Sebenarnya...AlhamduliLlah Ayahanda Telah Berjaya Mendidik Kami Menjadi Insan-Insan Yang Tabah Dan Redha Terhadap Ketentuan Allah...



Kelihatan Anak Pertama - Along, Anak Kelima - Ustaz, Anak Bongsu (7) - Pappu Dan Ana Anak Keempat...Bonda, Anak Keenam - Su dan Anak Kedua - Angah dalam penerbangan dari Sabah

Hari Kedua 18 Ogos 2009....Ketibaan Bonda Dan Su









Bonda Yang Tiba-Tiba Sebak Ketika Mengaji Di Perkuburan Ayahanda...Mereka Di Mata Kami Adalah Pasangan Yang Romantik. Ayahanda Seorang Yang Sangat Manja Kepada Isterinya...





Al Fatehah...

Friday 7 August 2009

Penafian Hak TaPol (Tahanan Politik) Dan Antara Dua H1N1

Seminit pun jua kebebasan dan kemerdekaan diri kita dirampas merupakan satu penyiksaan dan suatu penindasan yang tidak bisa untuk dimaafkan... Apa jua bentuk penafian ke atas hak-hak asasi kita sebagai manusia hatta sebagai warga berdaulat dan khalifah Allah di atas muka bumi ini dianggap sebagai suatu intimidasi dan pencabulan yang wajar ditentang sehabis mungkin...
Penafian hak untuk mendapat maklumat sebenar daripada Regim PDRM bila ditahan dan dibawa ke pelbagai lokasi yang cukup dirahsiakan. Penafian hak untuk acces kepada Lawyer. Penafian hak untuk mendapat makan minum yang bersih dan berzat. Penafian hak untuk bercakap dengan ahli keluarga dan kawan-kawan - penafian hak untuk acces kepada telefon. Penafian hak untuk mendapat udara yang bersih dan persekitaran yang sihat serta selamat. Penafian untuk menggunakan jam tangan - lantaran kita dididik agar menghargai masa. Penafian untuk meyelamatkan hati dan memelihara pandangan kita daripada pelbagai maksiat dan dosa dan segala bentuk penafian yang wewenangan dikenakan kepada TaPol (Tahanan Politik) MANSUH ISA 1 Ogos 2009 yang lepas hakikatnya menyerlahkan lagi bahawa there's wrong with our system...the whole system already corrupt!
Bagi menghadapi segala penafian itu dengan semangat waja dan redha, beberapa aktiviti kami lakukan di dalam lokap yang sempit itu : dari solat berjamaah, tazkirah, dzikir munajat, dzikir ma'thurat, regangan dan juga menyanyikan lagu-lagu perjuangan. Iya.."agi idup agi ngelaban"...antaranya yang diulang kerap ialah lagu "Bingkai Kehidupan"...seperti di bawah ini...
Bala H1N1 bagi saya bukan sahaja merupakan suatu peristiwa berhubung "senario kesihatan dunia" yang kini menjadi pandemik. Bahkan secara tamsilannya H1N1 sangat selari dengan kebobrokan politik Malaysia dalam laras bahasa Sains Politiknya barangkali, sekaligus dalam pengkajian Antropologi Sosiologi - yakni manifestasi daripada kemelut yang semakin rencam di antara Kelas Rakyat dan Kelas Pemerintah dalam laras bahasa Sains Sosialnya!
Allah itu Maha Kaya dan Dia mahu Rakyat Malaysia memahami kemelut yang dideritai rakyat negara dengan cara paling mudah. Bahkan di suatu sudut ; mantik dan tamsilan itu sangat tinggi. Malaysia hakikatnya berhadapan dengan 2 pandemik : Pandemik Sosial yakni Kesihatan, manakala yang keduanya ialah Pandemik Politik.
Berbetulan...ianya dipermudahkan oleh Yang Maha Karya - kedua-duanya H1N1 - suatu pengenalan yang pantas difahami oleh semua tika dan saat ini. H1N1 - selsema babi dan H1N1 - selsema dua sepupu : Hishamuddin & Najib. Yang Kedua-duanya sedang galak dan ghairah melobi dan berkempen dengan angka SATU (1) : 1 MALAYSIA!
Nah, antara dua H1N1 ini bahayanya sama tetapi muncul di khalayak dengan cara yang pelbagai dan berbeza. Apa pun kedua-duanya WAJIB dihapuskan. Itupun, ia perlu kepada kesedaran dan "public awareness" yang tuntas. Kebencian dan "kegusaran" terhadap pandemik H1N1 kesihatan mesti sama dengan Kebencian dan "Kegusaran" kita terhadap pandemik H1N1 politik!
Bangkit, Bangkit! Bangkit Rakyat!
Hidup pejuang dan perjuangan!! Allahu Akbar!!!

Wednesday 5 August 2009

OKT Muslimat Dilokap Bersama Para Pelacur Dan Siang Malam "Dipaksa" Melihat Mereka Dalam Keadaan Bogel & Separuh Bogel

Gambar ketika dibawa keluar dari lokap di Pusat Tahanan Bukit Jalil
untuk menuju ke mahkamah...

Banyak peristiwa yang tentunya "gugusan pengalaman" (ada yang tanya apakah pengalaman menarik duduk di dalam lokap? saya katakan entah...yang pastinya peristiwa itu banyak tapi nak golongkan menarik... itu seolah kita "suka" melaluinya. Apa yang saya lalui, saya tidak akan pernah suka tapi insyaAllah tetap redha akan ketentuanNya memilih saya sebagai salah seorang yang melalui "gugusan pengalaman itu)...saya sambung..."gugusan pengalaman" yang telah saya dan teman-teman lalui sejak detik-detik awal penahanan sehinggalah ke saat akhir urusan ikat jamin di bangunan Mahkamah Jalan Duta, KL.


Saya tidak akan menceritakan semuanya mengikut kronologi lantaran pelbagai faktor khususnya ia melibatkan suatu kes yang kini didakwa di mahkamah. Saya akan hidangkan satu per satu dan nantinya barangkali ada yang sengaja dimulakan tanpa awal cerita dan diakhiri begitu saja....namun intipatinya sampai.

Nah...saya nak kongsi dan luahkan "keperitan jiwa"ini dengan pertanyaan awal begini...kira-kira apa rasanya jika kita dilokap bersama para pelacur luar dan dalam negara?...


Iya...apa rasanya? Dan apa pula tujuan mereka yang membuat angkara itu? 16 OKT Muslimat (daripada pelbagai pertubuhan termasuk Muslimat PAS 3 orang) telah dilokap bersama dengan Pelacur, Penagih Dadah, Pencuri,Pelbagai Kesalahan TERMASUKLAH PONDAN PELACUR!


Lebih serius ialah bila mana kebanyakan Pelacur ini dibiarkan oleh pihak pengurusan lokap berada dalam keadaan bogel dan separuh bogel! Siang malam sama sahaja. Ada masa diadakan pula pesta "tarian bogel" dan hiruk pikuk lah lokap dengan ketawa hilai mereka yang seronok, termasuklah Polis-Polis Perempuan (Warden Lokap) yang sifat mereka "macho man" ! OKT Pelacur juga "bermain daun terup"...sehingga ada masa saya termanggu lama...emosi dan mental saya "dicederakan".


Saya percaya Regim BN mahu membuat serangan pemikiran dan perasaan kepada saya dan teman-teman. Iya, periksalah fizikal kami...tidak kelihatan sebarang kecederaan. Tapi periksa pula lah emosi dan mental kami...saya percaya kami melalui kecederaan yang sangat serius dan Shahrizat, para Mufti, Menteri dan Timbalan Menteri yang menjaga agama dan semualah yang bertanggungjawab wajib ambil pendirian!


Negara Islam konon, tapi kod etika berpakaian dalam lokap pun gagal diurus dengan baik. Saya tegaskan siapa sahaja yang mengundi Regim BN punya saham atas apa sahaja yang berlaku dan dilakukan dalam negara ini atas arahan mahupun kelemahan pemerintah BN! Apa yang berlaku di dalam lokap seperti saya cerita tadi... itu cuma sekelumit namun cukup untuk membaling BN dan sekutu-sekutunya ke lubuk api neraka jahannam!


Saya tegas menyatakan.."3 hari 2 malam" dalam lokap polis itu dengan keadaan yang saya ceritakan tadi ibaratnya kami "dipaksa menonton filem lucah" yang mendapat kelulusan PDRM khususnya Lokap Wanita, Pusat Tahanan Bukit Jalil! Maruah dan harga diri kami dirobek teruk sebenarnya bila kami diletakkan bersama-sama dengan para pelacur ini. Jahatnya Regim BN dan saya akan terus menggunakan istilah TGNA .."pi jahannam lah dengan UMNO dan BN"!


Tolong, saudara-saudara kita yang masih bersama dengan UBN ini...tinggalkan lah UBN....tinggalkanlah demi Allah dan Rasul.


Entah...saya tak tahu lah kalau pejuang-pejuang wanita/ muslimat masih boleh berdiam dengan apa yang saya ketengahkan ini. Lebih teruk bila ada pula yang bercakap dalam laras bahasa UBN (UMNO-BN) dan proksi mereka, senada je...kononnya kami provok polis sebab itu ditahan! Saya ingatkan kepada individu ini, berubah sebelum kami mendoakan laknat dan kecelakaan yang sama sepertimana laknat dan kecelakaan ke atas musuh-musuh Allah. (Maaf,memang kasar bahasanya tapi enough is enough..).


Hakikatnya..isu peristiwa lokap ini perlukan tindakan tegas semua. Kami para OKT akan menyuarakan hal ini sampai kami dipanggil pulang oleh Allah Ta'ala....


Hidup pejuang dan perjuangan! Allahu Akbar!



Tuesday 4 August 2009

Salah Guna Kuasa Polis - Penahanan Haram Menyalahi Undang-Undang



Ketika kejadian ini berlaku, saya baru selesai membelikan air untuk seorang sahabat dan kemudian pergi ke kiosk handphone berhampiran untuk membeli cover handphone. Tidak lama kemudian saya mendapat panggilan daripada Nash agar kembali segera ke tempat duduk kami kerana polis telah "merampas" IC dua orang pimpinan Wanita PKR.
Bila menghampiri tempat itu saya signal angkat kepala tanda bertanya kenapa dan ada apa. Sambil berdiri memehatikan kira-kira 5 kaki ke belakang daripada kepungan polis. Tiba-tiba seorang SB memberikan signal kepada CID dan menunjuk ke arah saya. Secara tiba-tiba CID tersebut mendepakan tangannya dan cuba "menggolongkan" saya dalam kepungan mereka. Saya bertanya kepada pihak polis adakah kami ditahan? CID wanita yang bertugas mengatakan tidak tetapi polis hanya mahu membuat "documentation". Namun, akhirnya kami dipaksa menaiki trak polis yang tiba khusus untuk membawa kami ke lokasi yang juga tidak dimaklumkan. Justeru, kami melaungkan ungkapan Hidup Rakyat dan MANSUHkan ISA untuk menarik perhatian semua dan sebagai signal bahawa kami membantah penahanan haram ini.
Saya tidak akan bercerita panjang di sini memandangkan kami telah didakwa di mahkamah dengan tuduhan berhimpun secara haram meskipun di situ jelas tiada sebarang perhimpunan. Kes kami akan mula dibicarakan pada 4 September 2009 di Mahkamah Sesyen Jenayah 5, Kompleks Mahkamah Jalan Duta, KL. Itu kes pertama.
Manakala Kes kedua tuduhan bahawa saya, nash dan norlaila tidak mempunyai IC (yang hampir-hampir menghumban kami ke Penjara Kajang untuk tempoh semalam - dan kami percaya memang itu niat Polis bagi menakutkan dan emosi + mental torchure) akan dibicarakan pada 10 September 2009, di Mahkamah Majistret 10 juga di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, KL.
Jadi, saya tidak akan bercerita di dalam blog ini, di Majlis Penerangan yang lain insyaAllah. Cuma, rumusan saya sebagai seorang pengamal Sains Politik dan juga aktivis, Penahanan kami ini merupakan satu PENAHAHAN HARAM.
Sebelum ditahan pada 1 ogos 2009 yang baru lepas ini, saya punya kesungguhan 100% untuk turun kepada rakyat di seluruh negara bagi menceritakan kedzaliman Regim BN dan salah guna kuasa polis yang berlarutan. Tetapi selepas pengalaman reman 3 hari dua malam (pengalaman reman yang kedua dalam hidup saya) ; saya kini mempunyai semangat dan azam berlipat kali ganda : 1000% untuk turun ke khalayak rakyat bagi menceritakan kejahatan Regim BN dan salah guna kuasa serta kemunafikan Polis! Nah, alhamduliLlah...Najib 1 Malaya sebenarnya sedang "menempah keranda dan liang lahad" untuk BN dan sekutu-sekutunya DITALQINKAN sepenuhnya pada PRU13 akan datang. Hidup Pejuang dan Perjuangan Rakyat! Allahu Akbar!!

Lensa Aiman Athirah - Aktiviti Rakyat Di Pusat Tahanan Sementara FRU Cheras

Saya katakan kepada AMK Rosan...deklamasikan lah sebuah sajak buat para pejuang rakyat yang sedang dalam kekeliruan tentang ada apa sampai mereka dibawa ke situ dan diperlakukan ibarat warga PATI...sudah lebih kurang 7 kali saya ditahan dan suasana di FRU Cheras ini sangat melanggar hak asasi setiap orang tetapi dengan cara yang rakyat kebanyakan tidak akan menyedarinya...Inilah sebenarnya sebab mengapa para Peguam tidak dibenarkan masuk ke kawasan ini termasuklah Dato' Ambiga, Mantan Presiden of Bar Council!