Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Saturday 20 December 2008

Ibadah Qurban Anjuran PAS Kawasan Libaran, Sabah - Memasyarakatkan Perjuangan PAS

Eidul Adha 1429 sememangnya suatu kelainan untuk kami di Kawasan Libaran. Buat pertama kalinya PAS tampil ke kahalayak masyarakat di situ dalam bentuk Program Agihan Daging Qurban. Program ini juga dijayakan hasil daripada kerjasama dan saling bantu sahabat-sahabat di kawasan berkenaan, di samping sahabat-sahabat di Semenanjung.

AlhamduliLlah. Bagi pihak PAS Kawasan, saya mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua yang terlibat. Pernah saya katakan kepada beberapa orang sahabat di Semenanjung, kenapa hanya beri tumpuan untuk penglibatan Ibadah Qurban di Kemboja...dan mengabaikan beberapa tempat di dalam negara sendiri. Saya tidak kata tak perlu untuk Kemboja...teruskan tapi jangan sampai kita hanya nampak Kemboja dan melupakan penduduk-penduduk miskin khususnya di Sabah dan Sarawak. Bukankah kita pernah dikejutkan dengan realiti rakyat miskin yang terpaksa makan siput babi di sana?......




Penduduk sebuah kampung tanpa mengira ideologi politik bergotong royong bersama pimpinan PAS membawa lembu ke tempat penyembelihan...




Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Saudara Imran B. Ibrahim menjalankan tugasnya untuk melaksanakan penyembelihan. Di sebelah kiri beliau ialah YDP PAS Kawasan Libaran, Saudara Muhammad Hassan Hadi.



Kanak-kanak juga berminat untuk menyertai dan memahami Ibadah Qurban, suatu peristiwa paling bersejarah dalam hidup Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail a.s .



Tengok tu...siap pakai topi BN... syabas untuk keterbukaan PAS dan rakyat. Pakai terbalik kot ada makna lain..;)...





Sdr. Imran mengagihkan daging qurban kepada keluarga yang sudah dikenalpasti sejak awal dan dengan sisitem pemberian kupon agihan.


Penduduk kampung teruja bila melihat lambang dan tulisan PAS pada beg plastik yang digunakan. Bagi kami ia sekadar satu syiar dan membantu melazimkan lambang PAS kepada rakyat Sabah. Al maklum, sejak dulu BN sering memomokkan kepada orang Sabah bahawa PAS itu lebih kurang Jepun. So, kalau bagi PAS perintah maka seolah-olah mahu mengulangi kekejaman dan kesengsaraan hidup semasa dalam penjajahan Jepun....



Kelihatan dalam gambar di atas ialah Puan Su'aidah Ruhiyyah, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah. Turut membantu beliau ialah Puan Aza Sebbah, Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Libaran.






Semoga Allah menerima ibadah qurban kita. Bagi pihak PAS di Sabah, saya menyeru kepada semua pihak agar tidak melupakan saudara-saudara Islam kita di Sabah. Bantulah kami untuk membantu mereka..... Semoga Allah memberi kekuatan kepada para pendokong dan penyokong PAS di Sabah untuk terus mengembleng segala kekuatan bagi MERAKYATKAN PERJUANGAN PAS. ALLAHU AKBAR!


No comments:

Post a Comment