Salam. Ana dan seluruh keluarga mengucap setinggi penghargaan kepada semua pimpinan Pakatan Rakyat ; PAS, keADILan dan DAP, sahabat-sahabat dan pendokong PAS di semua peringkat khususnya PAS Kawasan Permatang Pauh/ Negeri Pulau Pinang/ Dewan Ulamak atas segala pertolongan bagi menguruskan dan mendoakan "perjalanan terakhir" ayahanda... semoga segalanya mendapat nilaian amal soleh di sisi Allah Azza Wajalla... Al Fatehah...
Ayahanda Meninggalkan Kami Pada 17 Ogos 2009, Isnin, Jam 4.05 Petang...Ana Sempat Tiba Segera Di Hospital, Kerana Jarak Bilik Gerakan HalWa Induk N.11 Permatang Pasir Tidaklah Jauh...Syukur Ya Allah
Rupanya Itu Antara Hikmah PrK N.11 Permatang Pasir ini buat ana
Kami Bersama Pihak Pengurusan Mandi Jenazah (Hospital) Usai Memandikan Jenazah Ayahanda Pada Lebih Kurang 7.00 Petang..
Kucupan Terakhir Buat Ayahanda..Seorang Yang Sangat Penyayang
AlhamduliLlah...Ramai Pimpinan & Sahabat Yang Menyembahyangkan Jenazah Ayahanda Seorang Yang Sangat Pemurah Dan Senantiasa Menyantuni Golongan Masakin Serta Anak-Anak Yatim....
Jenazah Almarhum Ayahanda tiba di Masjid Kubang Semang serentak dengan berkumandangnya azan maghrib...
Ana Dan Keluarga Cukup Terharu Dengan Kehadiran Ramai Pimpinan PAS, Parti Yang Menjadi Pilihan Wadah Perjuangan Buat Kami Satu Keluarga...
Kelihatan YB. Dr Mohd. Hatta Ramli (Yang Turut Berkesempatan Menziarahi Kami Di Bilik Mandi Jenazah, Hospital Seberang Jaya, SPU, Pulau Pinang)...Pimpinan PAS Yang Tiba Awal..AlhamduliLlah Dalam Perjuangan Ini Beliau Antara Model Pemimpin Yang Saya Dan Keluarga Hormati.
Jenazah Almarhum Ayahanda Diturunkan Masuk Ke Liang Lahad Serentak Berkumandangnya Azan Isyak
Usai Majlis Kebumi & Talqin....Semua Dah Pulang Ke Rumah...Kami Empat Beradik Kekal Di Situ Untuk Memberikan Penghormatan Dan "Doa" Sehingga Jam 12.00 Malam...Kemudian Mencari Penginapan Berhampiran Tanah Perkuburan Ayahanda Termasuk Buat Bonda Dan Adik Beradik Lain Yang Akan Tiba Esoknya, 18/8
Ayahanda Kami Seorang Yang Sangat Istimewa...Teramat Berat Sebenarnya...AlhamduliLlah Ayahanda Telah Berjaya Mendidik Kami Menjadi Insan-Insan Yang Tabah Dan Redha Terhadap Ketentuan Allah...
Kelihatan Anak Pertama - Along, Anak Kelima - Ustaz, Anak Bongsu (7) - Pappu Dan Ana Anak Keempat...Bonda, Anak Keenam - Su dan Anak Kedua - Angah dalam penerbangan dari Sabah
Hari Kedua 18 Ogos 2009....Ketibaan Bonda Dan Su
Bonda Yang Tiba-Tiba Sebak Ketika Mengaji Di Perkuburan Ayahanda...Mereka Di Mata Kami Adalah Pasangan Yang Romantik. Ayahanda Seorang Yang Sangat Manja Kepada Isterinya...
Al Fatehah...
Salam athirah,
ReplyDeletetakziah dari kak jun buat athirah skeluarga.
dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali.
smoga tabah mhadapinya..
smoga roh ayahanda damai disana & ditmpatkan dkalangan org2 beriman.
salams takziah
ReplyDeleteSemuga semangat dan roh keimanan yang kental yg disemai oleh almarhum ayhanda kekal bersama dlm perjuangan.
Darinya kita datang dan kepadanya kita pulang dan restuilah pemergiaannya kerana dia lebih dulu dijemput..semuga sabar dan tabah
Semuga jannah adalah semulia tempat buat almrhum.
A FATIHAH
Salam.Moga rohnya ditempatkan dalam taman roh orang-orang yang beriman.Amin
ReplyDeleteTeruskan perjuangan dan tabahkan hati menghadapi ujian besar ini . Semoga roh ayahanda ditempatkan dikalangan hambaNya yg soleh
ReplyDeleteBersabar dan terus bersabar..
ReplyDeleteAnda muslimat akhir zaman. Jangan di patahkan semangat. Al fatihah untuk almarhum.