Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Tuesday 28 October 2008

Pangaddatan Sin Tausug - Adat & Tatasusila Orang-Orang Suluk

Salam.

Saya kini berada di tanah tumpah darah - kelahiran saya, Sandakan, Sabah. Sandakan merupakan salah sebuah daripada 5 Residensi yang ada di Sabah. Mencakupi 5 kawasan Parlimen iaitu Beluran, Kinabatangan, Libaran Sandakan dan Batu Sapi.

Sehingga ke hari ini, 28 Oktober 2008 genap 5 hari saya berada di sini dan setiap hari ada sahaja aktiviti parti yang perlu saya penuhi.

Tidak ketinggalan aktiviti bertemu ahli keluarga daripada sebelah emak yang juga merupakan salah satu kaum utama di Sabah iaitu juga dekenali sebagai "Tausug" (orang-orang suluk).

Seronok bila ada masa begini kerana boleh refresh kan "salasilah semangat jihad" yang diwarisi dalam diri ini dan bagi saya ini merupakan salah satu kaedah bagi anak muda seperti saya mengenang dan menghormati perjuangan nenek moyang selama ini untuk agama,bangsa dan negara. Namun, saya tidak cenderung kepada perkauman kerana realitinya saya ini adalah benih kacukan Ceylonese + Philipine Sulu + Brunei. Iyya...nak buat macam mana....

Cuma saya nak kongsikan dengan teman-teman pembaca akan satu daripada kekayaan budaya bangsa rakyat Malaysia. Adat dan tatasusila nenek moyang kita yang barangkali juga ada pada semua kaum tetapi ada masanya dilupakan akibat trauma penjajahan mahupun penerusan amalan dasar pecah dan perintah yang diwarisi oleh pemerintah negara kini daripada zaman penjajah suatu masa dahulu.
Berikut merupakan "Pangaddatan Sin Tausug" ataupun Adat & Tatasusila Orang-Orang Suluk yang suatu masa dahulu menguasai/ memerintah Filipina sebelum kedatangan Sepanyol . Saya juga difahamkan betapa Manila yang kini menjadi Ibu Negara Filipina juga dulunya dipanggil sebagai Fi AmaniLlah dan selepas penjajahan Sepanyol maka namanya ditukar kepada Manila... sehinggalah kini.
  1. Mabaugbug - Bertanggungjawab
  2. Maisug _ Berani
  3. Mapatay ha ka-Islam - Mati Untuk & Kerana Islam
  4. Maaddat - Bersopan santun dan tatasusila
  5. Matawwakal - Bertawakkal
  6. Masipug Mangayu - Malu Meminta-Minta/ Tidak Meminta-Minta
  7. Masipug manghuwat-huwat - Malu/ Tidak Mengharap-Harap
  8. Mapangandul - Boleh Diharap
  9. Mapasu' atay - Panas Baran
  10. Baing Murahun - Bersikap Pemurah
  11. Baing lasahun - Bersikap Penyayang
Sejujurnya, saya sehingga kini terpanggil untuk terus merenung 11 perkara di atas yang menjadi budaya kaum ini. Melihat kepada sejarah perjuangannya, jelas banyak yang boleh dijadikan panduan dan sandaran. Saya akan terus menyelongkar khazanah ini jika diberi kekuatan daripada sisi Allah. Mungkin kerana minat sejarah sejak darjah 4.

No comments:

Post a Comment