Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Monday 16 June 2008

Iya, Dasar PAS Ialah ISLAM. Whats Wrong With That?

Kenyataan Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr. Azman Sapawi ( Dewan Pemuda PAS Pusat kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam, Siasah Syariah, di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang. Sebuah jawatankuasa, tambahnya, telah ditubuhkan bagi membincangkan dengan lebih terperinci pelaksanaannya di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor )....sebenarnya ibarat air keramat yang dicurahkan ke atas bumi yang kering merekah. Lantas dedaunan yang kering kecoklatan itu bertukar menjadi rimbun kehijauan.

Saya sangat pasti, ramai anggota Gerakan Islam PAS ini berasa sangat bahagia dengan kejujuran, keberanian dan kesungguhan Pemuda PAS. Lantas saya teringat antara titipan bicara yang pernah di luahkan oleh Mantan Presiden PAS, Almarhum Ustaz Dato' Fadzil Mohd. Noor di dalam Muktamar Tahunan PAS di Kelantan yang terakhir dihadirinya, ketika mana mengulas pendirian tegas dan agak "keras" Pemuda terhadap beberapa figure kepemimpinan PAS yang dikatakan kurang "ummphh"....bahkan pada ketika itu Pemuda ditegur juga oleh beberapa tokoh kepimpinan di dalam PAS..

Namun ironinya almarhum menegaskan betapa beliau gembira dengan semangat,sikap dan keprihatinan Pemuda PAS. Bahkan beliau juga menegaskan di situ lah bezanya semangat seorang Pemuda dan semangat itu perlu dizahirkan. Bahkan almarhum menegaskan juga bahawa selagi adanya kritikan terhadap pemimpin dan halacara perjuangan parti maka SEBENARNYA selagi itulah Perjuangan PAS berada di landasan perjalanan yang betul!

Saya berada dalam Dewan Muktamar pada ketika itu. Dan saya sangat bersyukur Almarhum memberikan ulasan sedemikian rupa. Bagi saya, saya sangat jelas perbezaan frekuensi dan wavelenght jihad yang ada pada diri anak-anak muda. Dan perbezaan itulah yang akan senantiasa menyegarbugarkan perjuangan Islam ini. Mengimarahkannya. Memakmurkannya. Menyemarakkannya.

Tiada yang pelik dan tiada yang salah dengan kenyataan Sdr Azman. Bahkan ianya adalah manifestasi pertanggungjawaban kita semua, anggota gerakan ini dalam mengangkat martabat dan dasar perjuangan PAS sepertimana yang termaktub dalam Fasal 3, Perlembagaan PAS (Pindaan 2001).

Juga tiada apa yang patut kita malukan atau kesalkan dengan kenyataan Sdr. Azman ini. Justeru kerana PAS tidak pernah berselindung, menyembunyi, mengubah apatah lagi menggadaikan prinsip dan dasar perjuangan PAS. Belum pernah dan insyaAllah tidak akan pernah! Itu komitmen kita anak-anak muda yang akan mewarisi perjuangan ini.

Masakan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat tidak tahu itu?....Lantas bagi saya kenyataan Sdr. Lim Kit Siang bahawa : [ PAS Youth's proposal to implement an Islamic administrative system in Pakatan Rakyat states is totally unacceptable.(Cadangan Pemuda PAS untuk melaksanakan isitem pentadbiran Islam di negeri-negeri Pakatan Rakyat, tidak boleh diterima sama-sekali)] adalah satu kenyataan yang gopoh, tidak bijak dan tidak hormat. Beliau mesti belajar bagaimana memberikan reaksi yang spontan tetapi hormat kepada rakan gabungan. Apatah lagi bila menghadapi reaksi daripada anak-anak muda. Apa salah beliau bersikap seperti "orang tua" yang memahami?....

Masakan tangan dan kaki kita semahunya diikat; mulut dan mata kita sewenangnya ditutup agar tidak bisa berdiri dan menyatakan pendirian kita secara wajar?. Ketinggalankah beliau dalam menerima prinsip dan kaedah-kaedah kerjasama Pakatan Rakyat bahawa "kita bersetuju untuk tidak bersetuju dalam beberapa perkara"? Dan ketidakbersetujuan kita itu mesti ditangani juga secara hormat. Bukannya dengan sikap ibarat meletak titik nokhtah pada satu ayat. No more discussion and no more negotiation!?

Bagi saya, kenyataan Azman adalah kemahuan semua penyokong dan pendokong PAS tidak kira apa pun agama, bangsa dan ideologinya. Kemahuan semua pihak yang mempercayai prinsip keadilan dan kebajikan di dalam pemerintahan Islam. Itu Pemuda PAS sekadar menyebutkan "dalam proses merangka agenda "...bukannya merampas hak "melaksanakan" yang dimiliki oleh setiap kerajaan negeri. Justeru mempolitikkan kenyataan itu sangat menampakkan ketidakwibawaan beliau dalam memimpin perbezaan.

Kita tidak pernah dan tidak akan pernah memaksakan Islam kepada rakan-rakan serta anggota masyarakat kita yang bukan Islam. Itu mesti difahami.

Tahniah dan syabas buat Azman Sapawi.
Semarakkan fatanah jihad. Allahu Akbar!

1 comment:

  1. Selama ini latar belakang muslim tidak kukuh untuk dilihat tandanya oleh rakan bukan muslim.
    Jiwa pemuda PAS adalah tenang dan keindahan tenang itu berada di dalam sifat sabar.
    Lantaran itu menegaskan dasar PAS adalah Islam pengakuan yang jujur dan mesti disambut dengan kemahuan bersama warga untuk menjadikan tanah air sebagai model ikutan di dalam realiti bahawa agama adalah penyelamat kepada krisis ummah yang dunia menghasratkan dilihat kerangka dan bentuknya.
    Selaras dengan pengiktirafan Perlembagaan Islam sebagai agama rasmi,sesuatu yang agak tidak difahami andai wujud penolakan dan pertikaian mengenainya di kalangan warga.Perjuangan ini adalah bersifat universal kerana sifat Islam itu sendiri yang syumul.
    Konsep syumul ini menjadikan setiap jiwa penganutnya berwatak profesional untuk merealisasikan ciri terbaik ummat.Ia terbuka kepada setiap jiwa tanpa sempadan selain akidah.Dan ini tidak wajar dijadikan alasan perpecahan sesama warga berasas kepada sejarah selepas kaum Quraish Bani Tsamud dan Ard adalah bukti ketinggian peradaban Islam menghidupkan semangat kekayaan jiwa Amirul Mukminin di kalangan sahabat yang dikayakan dengan pengalaman hidup bersama Rasulullah (salam dan selawat ke atas nabi keluarga dan sahabat).
    Wajar juga diujarkan pertanyaan bagaimanakah budaya transformasi mengintegrasikan keadilan untuk media oleh NGO yang menjadikan akhbar sebagai medan berinteraksi ummah setelah kebenaran masih kerap tersembunyi?

    ReplyDelete