Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Tuesday 10 June 2008

Jom Tunjukkan Solidariti Kita Kepada Dua Anggota Sekretariat BERSIH Yang Dipanggil Memberi Keterangan Pada 12 Jun 2008, Khamis, Jam 10.00 Pagi

Saya menerima mesej hari ini pada jam 11.14 pagi daripada seorang kawan, Medaline Chang yang merupakan Sekretariat BERSIH iaitu Gabungan Menuntut Pilihan Raya Bersih Dan Adil. Beliau memaklumkan kepada saya bahawa beliau dan Sdr. Faisal Mustaffa (yang juga Sekretariat BERSIH) telah menerima panggilan telefon daripada Ibu Pejabat Polis Bahagian Jenayah Perdagangan kerana mereka disaman untuk memberi keterangan. Dipercayai ianya berkaitan dengan Himpunan Aman Seratus Ribu Rakyat yang dianjurkan BERSIH pada 10 November 2007 yang lepas.



Sebagai tanda solidariti dan sokongan kita kepada mereka berdua, saya ingin menyeru kepada teman-teman aktivis, reformis dan rakyat Malaysia yang prihatin agar hadir beramai-ramai di pintu masuk Ibu Pejabat Polis Bahagian Jenayah Perdagangan, Jalan Dato' Onn, Kuala Lumpur (Belakang Bank Negara Malaysia) pada 12 Jun 2008, Khamis, Jam 10.00 pagi.


Luangkanlah masa bersama kami meneruskan perjuangan bagi menuntut satu pilihan raya yang bersih dan adil. Hidup perjuangan rakyat! Allahu Akbar!!

1 comment:

  1. Assalamualaikum Puan,
    Bagaimanakah jaminan keselamatan dilahirkan oleh peraturan dan undang-undang dihubungkaitkan dengan peranan dan tanggungjawab warga terhadap kelemahan yang upaya diperbaiki atau ditukar untuk diganti keberkesannya?

    Adakah kelumrahan ia dihasilkan oleh ekonomi yang sistemnya semakin tidak mendorong keberdayaan ummat memanafaatkan kemajuan dan kemodenan sebagai kurniaan nikmat untuk digandakan lagi keberkatan yang maksud perkongsian adalah bukan bererti penafian hak dan pencabulan ke atas kemerdekaan harga diri?

    ReplyDelete