Berita berhubung tragedi yang berlaku ke atas mendiang Teo pada petang hari Khamis lepas sememangnya suatu yang sangat memeranjatkan. Berdasarkan peristiwa-peristiwa sebelumnya, khususnya selepas BPR dinaikkan taraf menjadi SPRM di bawah Pentadbiran PM Ke-5, dan dalam fasa pergelutan jawatan parti di dalam pemilihan UMNO baru-baru ini yang telah seolah menjadikan SPRM sebagai tunggangan pihak-pihak tertentu untuk memastikan survival kedudukan peribadi dan team masing-masing..; dengan corak dan kaedah siasatan ala mafia, membelakangi prinsip keluhuran perlembagaan dan hak asasi manusia ...sudah cukup membayangkan bahawa institusi ini juga "sudah tercemar" dan integritinya sangat boleh dipersoalkan.
Seandainya kita meneliti setiap pekembangan yang berkaitan dengan "perjalanan dan aktiviti" institusi ini tentu kita dapat membau ada sesuatu yang tidak kena. Khususnya bila kebanyakan daripadanya mengarah kepada apa yang saya sebut sebagai "pembinaan,pemupukan dan pembentukan" rasa "tidak percaya" dan "lukisan imej serta reputasi buruk" pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat - di kesemua negeri yang PR kuasai!
Usaha ini jugalah sebenarnya yang menjadi di antara punca utama kemenangan tipis PAS dalam PRK Manik Urai baru-baru ini. PAS khususnya jentera PAS di Kelantan terpaksa berhadapan dengan sebuah peperangan yang senjata musuh bukan sahaja berada di Kelantan tetapi juga berada di setiap negeri di bawah Kerajaan Pakatan Rakyat. Kesan senjata itu akhirnya sampai ke Manik Urai menerusi pelbagai corong media elektronik khususnya TV. Pun begitu, alhamduliLlah, Allah memberikan kemenangan kepada PAS dan PR hasil kerja keras dan kesungguhan para pemimpin, petugas parti dan kesetiaan para pengundi. Masih belum terlewat, syaba kepada PAS Kelantan dan semua yang bertungkuslumus mempertahankan kerusi DUN Manik Urai.
Di Selangor dengan pelbagai isu kelemahan PR kononnya termasuklah tuduhan penyelewengan peruntukan yang mendiang Teo dipanggil untuk diambil keterangan sebagai saksi.
Di Kedah dipermainkan isu pusat penyembelihan babi dan lantaran ketidakbijaksanaan beberapa pemimpin DAP Negeri Kedah maka mereka juga menjadi sebahagian yang menjayakan agenda UBN untuk menidakkan kemenangan PAS di Manik Urai.
Manakala di Pulau Pinang juga dengan pelbagai isu dan difokuskan kepada kononnya kebangkitan rakyat pelbagai kaum menolak pentadbiran DAP dan menjatuhkan reputasi Guan Eng yang terkenal dengan prinsip Umar Abdul Aziznya yang sememangnya sudah pun berjaya mengubah tanggapan buruk ummat Melayu Islam kepada DAP dan Guan Eng sendiri.
Manakala di Perak, iya...UBN telah berjaya dalam perancangan cukup tersusun mereka untuk merampas Kerajaan Rakyat Pakatan Rakyat.
Nah, percayalah kita...bahawa "cerita politik" dalam negara kita di hadapan sana telahpun diplotkan perkembangannya bahkan skripnya telahpun siap. Siapa yang bertanggungjawab ke atas perkara ini mustahil untuk kita sukar menekanya. Apatah lagi berpandukan sejarah dan pengalaman politik negara dalam tahun-tahun yang sudah.
Hanya satu yang kita semua harapkan dan berdoalah agar "perancangan jahat" ini didedahkan Allah dengan satu demi satu "kesilapan" mereka dalam menjayakan "perancangan jahat" mereka. Percayalah, Hanya Allah yakni Tuhan yang mempunyai kuasa tertinggi dan yang telah menciptakan kita semua mampu menjadi penyelamat kita menerusi pelbagai cara yang dititipkanNya sama ada kita sedar mahupun tidak. Dalam telahan ini, kematian Teo dipercayai adalah suatu "kesilapan besar" yang telah dilakukan oleh "krew-krew penggambaran" yang terlibat.
Hatta, idea "Kerajaan Perpaduan" yang dikemukakan oleh YB DS Presiden PAS TGHH dengan ikhlas dan jujur itu juga kelihatannya telah "diambil peluang" oleh perancang-perancang ini bagi menimbulkan "kekalutan" dan sebenarnya mahu melihat semangat persahabatan/ persaudaraan Islam dalam jama'ah PAS dan setiakawan dalam Pakatan Rakyat ini hancur dan lebur. Mereka berusaha "menyerang ukhuwwah" para pejuang PAS dan PR. Dan kerana sejarah Empayar Kekuasaan Islam di seluruh dunia termasuk Empayar Islam Melaka suatu masa dahulu telah hancur dan runtuh akibat "serangan" musuh ke atas ummah dengan mereka terlebih dahulu berusaha "meruntuhkan benteng ukhuwwah" yang ada pada setiap pemimpin dan peribadi penting ummat ketika itu.
Nah, Justeru adalah sangat perlu agar setiap daripada pendokong, penggerak dan penyokong PR untuk TERUS SEDAR dan PEKA terhadap setiap perkembangan politik dalam negara kita agar musuh tidak semudahnya dan tidak akan berjaya menggugah dan menggugat kebangkitan perjuangan PR untuk menumbangkan kedzaliman pemimpin Regim Barisan Nasional yang telah ebih 50 tahun memperkotak katikkan rakyat.
Artikel di bawah ini saya lampirkan untuk mengajak semua merenungi Bahaya Di Hadapan yang sedang menunggu kita...dan bersiaplah dengan segala kekuatan agar perancangan jahat pihak-pihak tertentu yang berkuasa itu akan DIGAGALKAN ALLAH lantaran kasih sayangNya kepada kita....
Solidariti kepada mendiang Teo dan keluarga...kematiannya akan dibela. hakikatnya, Teo berkorban nyawa untuk menyelamatkan perjuangan rakyat. Kematiannya justeru "menggerakkan" kesedaran kita semua akan BAHAYA DI HADAPAN ...-aiman
Isu TEO Vs SPRM : Teori Raja Petra
Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.
Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP. Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.
Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan. Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.
Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis.
Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit.
Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa. Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu.
Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau. Malaysia Today menulis semua ini.
Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today. SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama.
Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.
Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!
Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap. Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan.
SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahu menyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang. Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.
Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.
Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah. Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.
SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ke tingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.
Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap. Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa.
Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh. Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.
No comments:
Post a Comment