Membaca laporan yang disiarkan oleh malaysiakini seperti di bawah menyebabkan saya sekali lagi mengeluh pasrah. Pak Lah juga akhirnya disahkan mengidap penyakit sepertimana mantan-mantan PM sebelumnya...Penyakit Sedar dan Insaf terhadap kepincangan sistem, dasar dan beberapa tindakan kerajaan hanya bila mana mereka sudah tidak punya kuasa untuk mengubah atau memperbaikinya...
Pengakuan terbuka Pak Lah ini sewajarnya mengundang keinsafan kepada semua mereka yang masih berada di tampuk kuasa agar MENGERTILAH akan penderitaan dan ketidakpuasan hati rakyat.
Iyya... tentu ada landasan kukuh terhadap pendirian tegas kita menuntut agar ISA dan beberapa Akta Drakonian yang lain diMANSUHKAN. Ia bukan suatu omongan kosong atau sekadar mahu tunjuk penentangan dan sikap membantah kita khususnya yang tidak "sekapal" dengan mereka.
Ia lahir dari kesedaran dan keazaman kita kepada rakyat selepas kita menjadi saksi penderitaan mereka. Penderitaan Isteri dan Suami yang dipisahkan zahir dan batin daripada pasangan masing-masing. Penderitaan anak dan ibu bapa yang dipisahkan secara fizikal dan emosi antara satu sama lain ...dan segala macam penderitaan yang berbangkit kemudiannya termasuklah keterpaksaan seorang isteri tahanan menjadi pelacur untuk menyara keluarga atau barangkali lebih parah daripada itu.
Dalam pertemuan dengan DS. Shahrizat sebagai Pengerusi SENADA sesi lepas,isu ISA ini saya bangkitkan sehingga terserlah akhirnya air mata yang tumpah daripada kebanyakan kami, hatta jelas DS. Shahrizat dan pihaknya juga terdiam kelu..bersedih dan dengan nafas yang berat mengakui akan "kepincangan" ini. DS Shahrizat berjanji akan membawa isu yang kami bangkitkan berkaitan ISA ke perhatian Pak Lah and too bad until he resigned he doing nothing to abolish ISA ! Itu hakikatnya.
Iya..di dalam bilik mesyuarat itu sungguh memilukan. Dua organisasi besar Wanita Islam bertemu katanya untuk perjuangan dan kebajikan ummah atas satu lambang solidariti zaman berzaman iaitu ISLAM. Saya katakan kepada DS Shahrizat that we are very happy andainya kita semua mahu kembali kepada Islam untuk menyelesaikan segala kemelut ummah dan negara.
Tapi kita tahu bahawa pengalaman dan sejarah yang perit telah acap mengajar kita akan makna kesungguhan, iltizam dan keinginan yang mulus dan mukhlis.Kita tidak memberi syarat namun menuntut satu pembuktian daripada mereka. Dan penghapusan ISA menjadi KEUTAMAAN kami untuk menjadi landasan bertindak kepada "kebersamaan" mendatang...
Sehari selepas pertemuan DS Shahrizat sendiri menghubungi saya di remang waktu senja mengulangi komitmen "melakukan sesuatu" ..saya doakan beliau berjaya. But until Pak Lah resigned there's nothing... Kalaulah DS Shahrizat atau pihaknya membaca blog ini, i would like to ask her..gimme your hand, and then put her hand on my chest...and i would like to ask her.. do you know what is this...this is my heart...and its already broken!
Pengharapan disia-siakan. Kepercayaan disia-siakan. Akhirnya pengalaman dan sejarah perit lantaran "mempercayai mereka" sepertimana pemimpin-pemimpin kita terdahulu sebelum diusir keluar meninggalkan BN pada tahun 1978 dulu terusan berulang dan sehingga kini keperitannya begitu terasa...
Jika lah DS Shahrizat masih punya iltizam dan prihatin terhadap apa yang pernah dua organisasi besar wanita Islam ini bicarakan di dalam kamar mesyuarat itu... saya SERU marilah bersama rakyat, kita jayakan TUNTUTAN RAKYAT pada 1 Ogos ini untuk 3 perkara atas nama kesyumulan dan kebenaran perjuangan ISLAM...
1.Bebaskan Tahanan ISA
2.Tutup Kem Kamunting
3.MANSUHkan ISA
Kalau Pak Lah juga benar-benar prihatin dan punya iltizam terhadap apa yang beliau sebut seperti yang dilapor di bawah ini, maka saya juga MENYERU agar Pak Lah juga TURUN bersama menjayakan Himpunan Aman Tuntutan Rakyat terhadap PEMANSUHAN ISA ini.
Kepada saudara-saudara Islam kita di dalam UMNO dan rakan-rakan kita di dalam semua parti atau badan NGO's..juga DISERU bersama kita mencipta sejarah baru KE ARAH POLITIK BARU MALAYSIA.
Well...Jom TURUN Pada 1 Ogos 2009, Sabtu, Kuala Lumpur.
Jul 17, 09 1:49pm
Dua minggu sebelum demonstrasi besar dirancang bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), mantan perdana menteri berkata kerajaan wajar "berani memansuhkannya."
Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan, lapor Bernama.
"Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini.
"Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan
kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.
Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.
Dicemari stigma negative
Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk
melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.
Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.
"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik.
"Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.
Pemuda Gerakan berdemo
Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini.
Parti itu juga mengarahkan semua ketua penerangan negeri dan peringkat kawasan menganjurkan ceramah dan mengedar risalah menggalakkan orang ramai menyertai Himpunan MANSUH.
Pada 13 Julai, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan terhadap - dan turut serta dalam - demonstrasi itu yang dianjurkan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), yang disertai pembangkang dan NGO hak asasi.
Pada 22 Jun lalu, GMI secara rasmi mengumumkan perhimpunan itu dengan mensasarkan jumlah "sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)", dua tahun lalu.
Pada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.
Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.
No comments:
Post a Comment