Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Friday, 31 July 2009

Syabas Buat Kakak Ku Umi Kalthom Wahab Dan Maizon Ahmad


Saya baru dihubungi oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Baling yang memaklumkan bahawa dua orang Srikandi Muslimat PAS Baling iaitu Kak Umi Kalthom dan Kak Maizon telah pun ditahan bersama lebih kurang 50 orang pejuang-pejuang kebangkitan rakyat dari seluruh negara. Mereka ditahan di Masjid Negara. Kebanyakan yang berada di situ juga telah "dihalau" agar meninggalkan masjid ! AlhamduliLlah...inilah mahar yang perlu dibayar oleh pejuang-pejuang rakyat yang prihatin terhadap saudara-saudaranya yang didzalimi Pemerintah di bawah kuku besi Najib Satu Malaya!
Sebentar ini saya dapat bercakap dengan Kak Umi Kalthom dan sempat memberikan pandangan dan nasihat khususnya ketikamana berada dalam kongkongan kedzaliman UBN. Azam dan semangat mereka tinggi. Bagi pihak sahabat-sahabat kepimpinan Dewan Muslimat PAS di semua peringkat kita merakamkan ucapan syabas dan tahniah. La tahzan!
Allahu Akbar! Hidup ruh jihad para syahidah dalam diri para Muslimah!

2 comments:

  1. Zalim dan tidak berperikemanusiaan!! Itulah Kerajaan UBN!! Ketika ini, Kak Athirah juga sdg dikurung bersama tahanan yg lain.. Doakan ketabahan mereka.. Kita yang bebas, berikan lah semangat, SOLIDARITI untuk pejuang2 kita... 1 MINIT DALAM TAHANAN UBN, BAK 1000 TAHUN LAMANYA DAN SEKSANYA JIWA.... Mudah2an sekretariat GMI dapat menguruskan kebajikan tahanan sebaik mungkin... ALLAHUAKBAR!!

    ReplyDelete
  2. salam perjuangan...Allahuakbar!!pengalaman yang dilalui ini anugerah Allah pada mereka yang terpilih...mg ia mampu mengeluarkan permata indah yang bercahaya yang mampu menerangi insan lain..pengalaman saya, suami dan 2 anakanda di tepi komp sogo pastimenjadi kenangan paling manis ..diserang dgn water cnnon dan tears gas cukup memedihkan, memeritkan..mata,muka..sesakdada dan hati ini...tentunya sahabat yang ditahan , mangsa isa , isteri dan anak2 serta ahli kelurga lebih lagi pedih dan terluka..Ya mattin kurnikan kekeuatan dan kesabaran kepada kami....

    ReplyDelete