Tidak terkecuali hari ini Pak Lah juga tanpa berselindung mengungkapkan bahawa Anwar kini merupakan ancaman terhadap ekonomi dan keselamatan negara. Setelah gagal menundukkan Anwar dengan komplot "Liwat Saiful" yang memalukan Anwar dan keturunannya, kini al Imam al Hadhari ini maju selangkah dengan menggambarkan kemungkinan ISA bakal dipasungkan pula ke tengkuk Ketua Pembangkang Malaysia ini.
Hujjahnya jelas : Anwar kononnya telah mewujudkan satu pola politik negara yang tidak selamat dan huru hara dan impaknya kepada prestasi ekonomi negara. Semudah itu Pak Lah cuba lari daripada tanggungjawabnya terhadap kegagalannya sendiri sepanjang mengepalai Kementerian Kewangan khususnya & Kerajaan Malaysia amnya.
Bagi saya, semakin Pak Lah mahu memperbaiki keadaan, sebenarnya semakin dia merosakkan segalanya. Pepatah Melayu kata "ibarat tupai membaiki labu"!
Saranan semua pihak agar Pak Lah berundur sahaja seolah-olah tidak penting. Semua orang percaya bahawa Pak Lah WAJAR BERUNDUR. Namun, hanya Pak Lah & teamnya yang berpendapat bahawa dengan mengekalkan jawatan itu lebih bertanggungjawab. Kasihan sungguh...
Sejujurnya, saya tidak pernah melihat pemimpin politik yang begitu bangkrap dengan kebijaksanaan dan kemanusiaannya! Semua itu saya hanya lihat bilamana saya melihat dan mengikuti perkembangan politik Pak Lah.
Sejujurnya juga berani saya katakan bahawa Pak Lah benar-benar sudah rosak! Saya doakan agar Pak Lah sedar Lah sebelum segalanya sangat terlewat kerana apa pun saya tidak mahu generasi muda negara bakal mengenang Pak Lah sebagai PM yang bangkrap dan korup!
ISA untuk Anwar bukanlah langkah bijak. Sudah "terang lagi bersuluh" tindakan itu sangat memperlihatkan ketakutan Pak dan BN terhadap kemaraan Anwar atau lebih tepat KEMARAAN & KEMARAHAN RAKYAT.
Barangkali semua orang lupa dan of coz Pak Lah juga alpa, bahawa Anwar hanyalah sebagai satu lambang dalam plot besar kebangkitan kuasa rakyat! Tsunami kebangkitan baru kuasa rakyat ini sebenarnya muncul daripada setiap rumah rakyat Malaysia yang rindukan pembaharuan dan kesejahteraan.
Justeru, tidak cukup menangkap Anwar seorang. Tangkap juga seluruh rakyat Malaysia yang telah menolak BN dalam PRU-12 yang lepas. Tangkap juga semua pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat di Permatang Pauh! Nah, tangkap sahajalah semuanya yang tidak menyokong BN kerana mereka itu semua adalah "ancaman kepada keselamatan negara"! Kami sudah faham... "ancaman keselamatan negara" = "ancaman keselamatan Pak Lah, keselamatan Pak Jib, keselamatan kuasa BN"!!!
Kasihan rakyat... Kasihan juga negara ini.
Salam...
ReplyDeleteAda satu soalan...
"Berani ke Pak Lah nak tangkap Anwar semula?"
Rasanya itu bukan tindakan yang bijak...
Saya masih merasakan ada somting yang pelik pada peralihan kuasa 2 kementerian tuh...
Soalnya, kenapa time nih?
Soalnya, Kenapa kementerian pertahanan?
Pak Lah cuma ada satu jalan untuk menidakkan kemaraan Anwar n the Gang...
And Its DARURAT!
1000 orang berkumpul disatu tempat dan melihat bulan nescaya gambaran bulan itu sama oleh setiap orang.
ReplyDeletejika 1000 orang tadi melihat bulan yang sama tapi dari kedudukan/ tempat yang berbeza adakah sama gambarannya..
minat manusia menjangkakan apa akan berlaku selepas sesuatu yang sedang / telah berlaku..
adakah dihujung minat itu ada keinginan bahawa jangkaan nya benar .
tidakkan jangkaan seperti ini boleh dikaitakan dengan Ramalan..
bagaimana jika setiap dari apa yang berlaku itu dikaitkan dengan perilaku/ kesah dan tauladan yang ada dalam sirah nabi s.a.w. dan sahabat r.a. kemudian di ambil iktibar serta menyediakan diri/ keluarga dan ummat bagaimana melaluinya supaya terpelihara, berjaya dan diterima [diredhai].
berkasih sayang sesama islam
[ingat memperingati, menasihati, mengajak kepada makruf dan mencegah kepada kemungkaran, membetulkan islam didalam islam bukan dikhalayak ramai]
dan bertegas pada sikafir
jadikan praktis bukan menjadikannya Lagenda.