Kepada semua aktivis dan reformis Malaysia Baru, esok Khamis, 18 September 2008 ; satu program Solidarity Vigil For Kickdefella akan diadakan pada jam 8.30 malam infront Commercial Crime, KL. DATANG JANGAN TAK DATANG!
Salute!
Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @
Orang Islam mana boleh vigil.
ReplyDeleteMengapa kita mesti ikut cara kristian untuk membebaskan orang Islam?
Vigil ni vigil reformasi, tiada dan tidak pernah dikaitkan dengan mana-mana faham atau agama. Thats why always we put solidarity infront. Apa pun kalau di sudut aqidah atau feqahnya tak kena maka ulama' kita must come to decision yg berani. Coz solidarity vigil dah banyak kali dibuat.
ReplyDeleteSalam
ReplyDeletePuan Aiman Athirah AlJundi..
Boleh tolong terangkan apa yang dimaksudkan dengan puan bila puan mengatakan:
"Kebanyakan yang mengulas agak ketinggalan dalam perjalanan politik dan tuntutan rakyat. Terpulang, sesiapa juga boleh memberikan rumusan"
Adakah dengan mendiamkan perbuatan Teresa Kok itu dinamakan dengan "tuntutan rakyat"?
Garang dengan Toyo tapi dengan Teresa mana taringnya?
Adakah dengan menyokong penternakkan babi di Sepang diaktakan sebagai memenuhi tuntutan rakyat juga?
Kenapa tidak disertakan sokongan dan kajian dari Pusat Haiwan yang terletak di sana?
Adakah dengan memekakkan telinga bila anwar kata:
"Saya tidak akan melayan tuntutan Islamc State(negara Islam)" itu dinamakan memenuhi tuntutan rakyat?
Puan juga mengatakan:
"Sama ada ianya benar atau tidak atau semata-mata diasaskan oleh rasa ujub pada diri sendiri itu juga masing-masing semak lah."
Saya harap ajakan muhasabah itu bukan sahaja untuk orang lain malah untuk diri sendiri.
Salam Ramadhan al Mubarak
Salam.
ReplyDeleteAduh.. mengapa didekati perkara yang "syubahat"?.. sesungguhnya harus diketahui bahawa perkara syubhah ertinya perkara yang berada dalam kesamaran, tidak jelas hukumnya sama ada halal atau haram. Biasanya ia disebabkan oleh faktor pertentangan dua dalil ataupun kerana tiada dalil/nas yang terang/sorih.
Kaedah menjaga diri daripada terlibat dengan syubhah adalah kaedah wara’.
Contoh zaman nabi: Kisah ketika Nabi s.a.w. bersama dengan isterinya Safiyyah di tempat awam. Ketika itu, 2 lelaki yang berlalu di situ ditahan oleh nabi untuk memberi penjelasan bahawa baginda bersama isterinya Safiyyah bagi mengelakkan sangkaan buruk.
Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram...
“ Dan barangsiapa yang terjerumus dalam syubhah, ia terjerumus dalam perkara haram”
Hadis ini membawa dua pengertian:
Pertama , seseorang melakukan perkara haram tetapi ia menyangkanya halal.
Kedua, seseorang melakukan perkara yang dekat dengan perkara haram. Umpamanya lelaki dan wanita yang bukan mahram berdua-duaan tanpa ikatan perkahwinan dikira melakukan perkara haram kerana ia boleh membawa kepada zina.
Contoh yang diberikan dalam hadis ialah penggembala yang menggembala ternakan berhampiran dengan tanah orang/kawasan larangan. Walaupun ternakan itu belum masuk secara terangan ke dalam kawasan itu, ia dikira syubhah dan sebagaimana dalam hadis, sesiapa yang melakukan syubhah , maka ia melakukan yang HARAM.
Janganlah semua perkara kita nak tunggu Fatwa. Kalau tidak ada fatwa yang melarang pun yang haram tetap haram.. dalilnya hati.
Nabi bersabda; “Tidak lurus iman seseorang hamba sehinggalah lurus hatinya.”
Ulama’ fiqh merumuskan satu kaedah berdasarkan kepada hadis ini iaitu:
“ Apa-apa yang membawa kepada haram, maka ianya juga adalah haram.”
Saya tidak tahu apa kaitan ujub diri sendiri dalam hal ini, kerana menegakkan yang hak tidak dikira ujub.
Saudar Hasbullah mungkin tidak mempunyai hujah kukuh untuk mempertahankan pendiriannya, namun disini ternyata beliau mengambil pendirian yang TEPAT.
WASSALAM.
Salam Pakcik Sebol dan pencinta kebenaran,
ReplyDeleteOrang yang ujub adalah orang yang tak terima teguran orang lain dan menolak teguran tanpa hujah intelek. Sebabnya dia sangka dia je yang betul. Orang lain tak tau. Orang lain tak pandai memahami tuntutan semasa.
Makhluk yang pertama ujub adalah iblis. Ujub adalah dosa pertama dilakukan terhadap ALLAH.
Kita berpolitik adalah bersiasah. "Siasah" maknanya mendidik jiwa dan pemikiran sebagai tujuan utama berpolitik. Kalau mendidik orang dengan melemparkan tuduhan tanpa penerangan, adakah ini dakwah yang difahami oleh Dewan Muslimat?
Fikiran yang kosong hanya mampu menjajah dan tidak mungkin mampu membentuk budaya Islam. Andai kita ikhlas, ALLAH akan menjadikan besar amalan kita biar sekecil mana sekalipun. Andai kita tak ikhlas, amalan yang nampak besar manapun mengikut tuntutan politik semasa akan dikira batil oleh ALLAH. Mohon dijauhkan kita semua dari amalan yang tidak ikhlas.
Salawat