Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Friday, 12 September 2008

Umno Cetuskan Isu Perkauman Untuk Perkukuhkan Parti?

Suhaimi Taib Thu Sep 11, 08 3:16:44 pm MYT

Umno kini didakwa cuba mencetuskan isu berbaur perkauman secara terbuka setelah parti itu gagal memikat hati dan sokongan orang-orang Melayu selepas pasca pilihan raya umum ke-12 baru lalu.

Menurut maklumat, banyak majlis yang disertai kepimpinan Umno sebelum ini diwarnai dengan ucapan-ucapan berbau perkauman terutama sekali majlis-majlis tertutup yang dihadiri oleh orang Melayu.

Di Terengganu sebelum ini dilaporkan ada pemimpin Umno negeri itu bercakap tentang isu tersebut bila berdepan dengan orang Melayu termasuk peniaga-peniaga kecil yang menyertai seminar atau kursus tertentu di negeri tersebut.

Mereka didakwa bercakap menghentam kaum bukan Melayu untuk kononnya menaikan semangat orang Melayu bagi tujuan mengatasi pencapaian yang diperolehi oleh kaum bukan Melayu tersebut.

Difahamkan juga soal kaum bukan Melayu sebagai pendatang menurut sejarah, juga dibangkitkan mereka di majlis-majlis berkenaan.

Cuma sebelum ini mereka bercakap secara tertutup, tidak terbuka seperti yang didakwa dibuat oleh Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Dato' Ahmad Ismail yang kini digantung keahliannya dan dilucutkan hak-haknya dalam parti selama tiga tahun oleh Majlis Tertinggi Umno.

Sebelum ini, insiden seumpama ini sengaja didiamkan oleh kepimpinan Umno kerana disifatkan ia tidak banyak memberi kesan terhadap kestabilan hubungan kaum di negara ini.

Bagaimanapun selepas Umno hilang pedoman dan sokongan rakyat serta percakaran dalaman begitu parah, parti itu semacam mencari alternatif mudah untuk memperkasa dan mempertahankan keutuhan parti berkenaan dengan mencetuskan isu-isu sensitif termasuk kenyataan terbaru bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Mohd. Khir Toyo mendakwa ada usaha untuk menghalang azan di laungkan di negeri tersebut.

Berikutan itu Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood telah membuat satu laporan polis ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo berikutan satu kenyataan mengenai isu petisyen azan di Puchong.

Kini Umno menggunakan isu perkauman ini untuk sekurang-kurangnya boleh mencetuskan satu insiden pergaduhan kaum yang boleh mengundang undang-undang darurat digunakan bagi alternatif menghalang kejayaan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan baru pada atau selepas 16 September ini.

Umno juga dikatakan menjadi punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969 dan ia dicatat dalam sejarah yang disembunyikan. Pergaduhan kaum di Kuala Lumpur ketika itu dikatakan hasil cetusan atau perancangan Umno untuk menguatkan semula parti itu yang agak lemah kedudukannya ketika itu.

Parti itu kini hampir pasti mencetuskan semula idea berkenaan untuk menyelamatkannya dari terus karam dari persada politik tanah air.

Rakyat perlu berwasada dengan idea atau tindakan liar, luar jangka mungkin berlaku sehingga berlaku pergaduhan kecil di mana-mana tempat di seluruh negara ketika ini agar sejarah hitam itu tidak berulang kembali.

Biarkanlah Si Luncai dengan Labu-labunya. Biarkanlah Umno dengan kehancurannya kerana ia bukan lagi parti yang boleh memberi kesejahteraan sebenar kepada rakyat melihat rekod 51 tahun pemerintahannya sebelum ini.

Harapan baru ialah bersama Pakatan Rakyat dan rakyat kini menunggu munculnya kerajan baru menggantikan Barisan Nasional tidak lama lagi. - mns_

No comments:

Post a Comment