Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Friday, 26 September 2008

Pelik, Bukan Teresa Sahaja Mengaku Tersalah Menggunakan Bahasa. “Habuan Seks” Sebagai Sedekah Juga Mahu Dikatakan Begitu. – Ref. Malaysiakini

Kenyataan Timbalan Pengerusi PKR Perak, Zulkifli Ibrahim yang dilihat lebih cenderung “mempertahankan” salah seorang ahli PKR bagi negeri itu yang juga Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan bahawa habuan seks ibarat sedekah sekadar silap bahasa bagi saya hanya menambah kemarahan ummat Islam khususnya penyokong dan pendokong PAS di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. ( Lihat berita di malaysiakini bertajuk "Habuan seks ibarat sedekah sekadar silap bahasa", 26 Sept. 2008 : 4.20pm )

Hakikatnya ia jauh daripada sekadar silap bahasa bahkan ianya jelas suatu yang menonjolkan “kejahilan” dan sikap bermudah-mudah kepada perbuatan yang jelas ditegah oleh Islam.

Adalah suatu yang sangat malang dan memeranjatkan kita serta memalukan kami kepimpinan wanita Pakatan Rakyat bila mana ada anggota kita yang berpandangan sejahil itu.

Ia juga boleh ditafisrkan sebagai pandangan yang seangkatan dengan ummat Arab zaman Jahiliah yang menjadikan golongan perempuan sebagai alat pemuasan nafsu lelaki semata-mata.

Bukan itu sahaja, tindakan Zul Hassan yang menyamakan “habuan seks” dengan sedekah seolah-olah bertindak menyamakan perbuatan yang ma’ruf (baik) dengan satu perbuatan yang jelas mungkar. Apatah lagi zina itu tergolong sebagai salah satu di antara dosa besar di dalam Islam.

Justeru, ungkapan bahawa “ianya sekadar silap bahasa” adalah tidak dapat diterima aqal. Bahkan ianya jelas satu penghinaan kepada amalan bersedekah yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW.

Meletakkan “kesalahan berzina” ke atas pihak lain juga termasuk BPR yang dikatakan memerangkap mereka juga hakikatnya bukanlah suatu tindakan atau alasan yang bijak dan wajar.

Apa pun, mereka sudahpun terlibat dan melibatkan diri dalam kesalahan berzina. Bukan setakat itu, mereka juga sudah pun membuat pengakuan bahawa mereka sesungguhnya terlibat “berzina”.

Perbuatan mereka mempertahankan diri dan cuba mencari pelbagai alasan tanpa menampakkan sikap rasa bersalah, malu atau insaf ternyata lebih “melukakan” hati kami.

Bukan setakat itu juga, ia memberikan palitan hitam kepada perjuangan rakyat yang menuntut kepada satu perubahan dalam sistem pentadbiran dan kemanusiaan rakyat bagi negara ini.

Lebih malang, bila mana semua insiden ini berlaku ketika ummat Islam berlumba-lumba membuat kebaikan dan kebajikan di dalam bulan Ramadhan al mubarak.

1 comment: