Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Tuesday 9 September 2008

"Joseph Kurup Tidak Lagi Jadi Timbalan Menteri" - Najib


09 Sep 2008 1:21AM PUTRAJAYA:

Tan Sri Joseph Kurup tidak lagi menjadi timbalan menteri ekoran keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu hari Isnin mengisytiharkan kemenangannya bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum Mac lepas batal dan tidak sah.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ini kerana timbalan menteri mestilah daripada kalangan anggota Parlimen. Bagaimanapun, Kurup boleh dilantik sebagai timbalan menteri sekali lagi kelak sekiranya parti bersetuju beliau bertanding semula, kata Najib kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Permata Negara, di sini.

Kurup merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) dan juga Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah. Najib berkata Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan rayuan berhubung keputusan mahkamah itu dan akan membuat persediaan menghadapi pilihan raya kecil kawasan itu sekiranya perlu.

Kurup menang tanpa bertanding bagi kerusi itu pada pilihan raya umum itu setelah kertas pencalonan calon Parti Keadilan Rakyat Danny Anthony Andipai ditolak. Mahkamah Kota Kinabalu dalam membuat keputusan hari ini memberikan alasan antaranya penolakan kertas pencalonan itu adalah salah dan melanggar hak perlembagaan seseorang untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya.

Mengenai mesyuarat hari ini, Najib berkata Majlis Penyelarasan Dasar Permata Negara menerima dasar asuhan dan didikan awal kanak-kanak kebangsaan. Beliau berkata dasar itu akan dibawa ke Kabinet sebelum diperkenalkan ke seluruh negara termasuk meliputi taska kelolaan beberapa kementerian selain di Pusat Anak Permata Negara.

Najib berkata dasar acuan Malaysia itu bertujuan untuk melahirkan kanak-kanak di bawah lima tahun yang mempunyai proses pembangunan yang holistik. / Bernama

No comments:

Post a Comment