Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Friday, 12 September 2008

LEMAH SANGAT KAH UNDANG-UNDANG MALAYSIA SEHINGGA ISA PERLU DIGUNAKAN? JIKA MEREKA BERSALAH HADAPKAN MEREKA KE MAHKAMAH TERBUKA! - kemaskini


Salam.

Rumuors yang bertiup kencang sejak kelmarin bahawa akan ada tangkapan beramai-ramai ke atas pemimpin politik pembangkang serta aktivis rakyat termasuk bloggers akhirnya menjadi kenyataan bermula jam 1 petang , 12 September 2008 tadi.

Malam ini saya dikejutkan dengan penahanan YB. Teresa Kok, Exco bagi Kerajaan Negeri Selangor yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan. Seorang wartawan Sin Chew Daily, Sdri. Tan Hoon Cheng juga ditahan. (Kedua-duanya WANITA!) Manakala sekurang-kurang 3 orang bloggers juga dipercayai turut menjadi mangsa undang-undang rimba, akta drakonian ISA!

Persoalan yang terus terjun di minda saya kenapa perlu ISA? Atas alasan apa jua dan ke atas sesiapa sahaja, saya komited menolak penggunaan ISA ini.

Bahkan ketika mana Wanita Gerakan yang merupakan komponen Barisan Nasional mencadangkan agar ISA dikenakan ke atas Ahmad Ismail, Bekas Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera, saya dan rakan-rakan langsung tidak teruja. Justeru kerana jelas bagi kami yang mendambakan "Malaysia Baru" ini menolak tegas penggunaan sebarang tindakan yang membelakangi hak asasi manusia dan kemanusiaan itu sendiri!

Juga persoalan yang sedang bungkam di benak saya, kalau tindakan kerajaan ini sejujurnya berpaksikan kebenaran dan keadilan ; mengapa ISA hanya dipasungkan ke tengkuk para pemimpin dan penyokong pembangkang? Adakah 4-5 orang kepimpinan KeADILan yang "melancong" ke Taiwan itu juga nantinya akan menjadi mangsa Kerajaan Tidak Popular yang ada kini?

Nah,ini wajah sebenar UMNO dan BN!
Justeru kerana wajah sebenar mereka inilah maka kita (PAS) MENOLAK untuk sebarang perkongsian kuasa dengan mereka. Kelemahan dan kegagalan pemimpin dan kerajaan yang ada akhirnya menatijahkan sengsara kepada rakyat jelata.

Nekad saya katakan, tidak ada lagi tempatnya pemimpin-pemimpin negara pada hari ini di hati saya. Saya sebagai generasi muda sudah jelak dan semakin muak kepada mereka.
Penggunaan ISA ini sesungguhnya menambahkan KEBENCIAN RAKYAT kepada UMNO dan BN!

Masih segar di minda, di mata dan di hati saya wajah-wajah dan kata-kata pemimpin UMNO sepanjang PRU-12 yang lepas. Ungkapan MERAWAT KELANTAN , gaya gengster menantu PM dan segala macam lagi yang saya simpulkan sebagai UMPAMA PENGISYTIHARAN PERANG SABIL KE ATAS PAS DI KELANTAN! Bagi kami pendokong perjuangan PAS ; semua itu tidak semudahnya dipadamkan dari minda, dari mata dan dari hati-hati kami semua.

Masih terasa kepiluan do'a yang kami panjatkan dinihari yang bening itu untuk merafakkan HARAP ke hadrat Ilahi bagi MEMPERTAHANKAN KEPIMPINAN ULAMAK DI KELANTAN!

Masih di mata kami titisan air mata Tuan Guru Nik Abdul Aziz ketika hangat mengadukan kedzaliman kamu keatas kami kepada Allah Azza Wajalla!

Masih di telinga kami segala rintihan para mujahid dan mujahidah PAS dalam Munajat ummat malam itu!

Masih kami terasa cemasnya suasana malam menjelang hari pembuangan undi pada 8 Mac yang lepas!

Sendu kami masih "padu - lekat di qalbu kami para pejuang!" lantaran keangkuhan UMNO/ BN yang menggunakan segala jentera kerajaan yang ada ketika menghadapi "kebangkitan suara rakyat" pada PRU-12 yang lepas!

Dosa UMNO/ BN begitu sangat tebal sehingga SUKAR BAGI KAMI - RAKYAT untuk menerimanya kembali!

Lantaran itu, semua permainan UMNO khususnya dalam isu perkauman ini sesungguhnya sangat jelas arah tuju akhirnya pada kami! GUNA UNTUK MENGHIDUPKAN SEMULA KEKUATAN UMNO BN yang semakin pudar warna dan pudar wajah!

Ingat, realiti mutakhir malam ini dan senario penangkapan besar-besaran yang sedang kamu rancang dalam 2-3 hari mendatang hanya MELENGKAPKAN KEBENCIAN RAKYAT kepada kamu!

Ternyata kalian masih terus lalai dan lupa bermuhasabah sebaiknya atas penolakan rakyat kepada kamu dalam PRU-12. Hari demi hari yang Allah bagi, tidak kamu gunakan untuk memperbaiki sikap kamu kepada rakyat. Malang sungguh rakyat di bawah pemerintahan kamu.

Sungguh benar kedzaliman, penindasan dan keangkuhan kamu wahai UMNO dan BN sebenarnya tidak akan pernah bertepi.

Saya menyeru diri saya dan semua pejuang rakyat ; agar mengangkat tangan tinggi-tinggi ke hadrat Allah, di malam yang penuh barokah ini agar Allah JAUHKAN PEMIMPIN YANG DZALIM DARIPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA. HANCURKAN YA ALLAH MEREKA SEHANCUR-HANCURNYA. SEHINGGA TIADA QUDRAT BAGI MEREKA HATTA KE ATAS DIRI MEREKA SENDIRI.


JAHANAM BN!
HIDUP PERJUANGAN RAKYAT!
HIDUP KEADILAN!
HIDUP ISLAM!!!

5 comments:

  1. Kak

    Isi kandungan Catatan blog memang baik,
    Tapi kalau dibuatkan perenggan, ialah akan lebih mudah dibaca.

    ReplyDelete
  2. Sorry, akak sebenarnya berdepan masalah teknikal. Nanti akan diperenggankan.
    Ramadhan kareem

    ReplyDelete
  3. saudari aiman,

    semoga lahirlah lagi sri kandi seperti kamu yang lebih banyak madu dibibirnya.

    setiap hari sebelum fajar seluruh anggota akan menadap lidah dan berkata "apa yang engkau tuturkan akan kamilah penananggung akibatnya"

    hati-hatilah..

    perkataan yang sedap didengar mungkin pada sebahagian telinga [tidak semua].

    ada telinga yang rindukan perkataan yang menghiburnya dengan pujuk rayu, dakapan, belaian dan kasihsayang sehingga menyusuk kalbu dan sanubari lalu tersungkurlah keakuan/ ego itu.

    tidakkah begitu saudari dibesarkan.. oleh simulia - ibu dan bapa..

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..
    penbuka bicara, wacana sepetang medan selera, maaf mencela,pinta ku semoga kita dirahmatiNYA..

    maaf saudari.. cukupla nama ~QaMaR~ gelaran teman, anak sabah jauh diperantauan,kalau anda suka perbahasan, blog saya baru dalam persediaan... pendekar501.blogspot.com

    memang benar saudari, UMNO memang tidak blh bersatu dgn PAS... sampai PAS sanggup bekerjasama dengan parti yg dianggap suatu ketika dahulu sebagai syaitan..

    bila teressa kok di tahan di bawah ISA... kerajaan dianggap zalim, dan ISA peraturan rimba. kenapa pula PAS tidak bangkit menentang bila teressa menentang penggunaan tulisan JAWI pada papan tanda jalan.. tapi yang peliknya kenapa pula PAS tidak marah bila mereka menggantikan tulisan jawi kepada tulisan cina dan ada juga tulisan india.. bahkan meminta laungan azan diperkecilkan... kita tidak ganggu sebarang keramaian yg dorg adakan, kenapa dorg nak persoalkan hak agama ISLAM.... di mana peranan pemimpin2 PAS...

    antara pergerakan bersenjata dengan khabar angin melalui mulut dan blog yang mana lagi berbahaya..
    jawabnya penyebaran khabar angin melalui blog dan mulut lagi berbahaya daripada pergerakan bersenjata.... kenapa, itu anda boleh pikir sdn...

    pernakah anda fikir, bila teressa dan beberapa penulis blog dan media di adili di mahkamah... andakah anda akan benar2 berpuas hati dengan keputusan mahkamah sekiranya tidak berpihak kepada team Pakatan... jawabnya tidak.. semua peraturan, undang2 dan tindakan yang di ambil akan menjadi tidak adil sekiranya tidak berpihak kepada pihak pakatan, tapi kenapa pula tak kata adil kepada barisan yang dikenakan pengantungan ataupun yang disabitkan dengan rasuah...

    tu kat permatang pauh...
    baik betul pihak PR, sanggup adakan solat hajat kat masjid bukan hanya untuk mendoakan kemenangan DSAI tapi juga mendoakan agar beberapa individu dilaknak dan dibinasakan.... inikah perjuangan PAS.
    saudari saya bukan arif soal agama, tapi dah terang dalam agama agar jangan mendoakan kebinasaan manusia lain terutama sesama agama ISLAM... bagus, golongan agama menunjukkan contoh tauladan yang terlalu baik dan mulia...cukup bagus...

    PAS perlu ada di dalam menjaga soal agama ISLAM, tapi adakalanya indah khabar dari rupa... yang benar entah ke mana, inikan pula yang tidak benar..

    maaf jika terlalu emosi....
    saudari.... kenapa UMNO sanggup tawarkan PAS beberapa kerusi dan menjadi ketua menteri @ menteri besar... jawabnya supaya hal2 berkaitan org melayu akan terus terpelihara dan terjaga terutama berkaitan dengan agama ISLAM...

    skrg P.Pinang under Lim Guan Eng, tengok apa jadi pada peruntukan utk agama ISLAM... sehingga terpaksa di agihkan samarata dgn agama lain, dahulu menteri agama ISLAM, tapi sekarang menteri agama, dan perkataan ISLAM simpan dalam laci wakil keadilan... bagus sungguh org kita...

    tengok dekat perak... murah hati sunggu MB Perak, bersedekah kepada bangsa lain, sekolah agama memohon hak tanah, di abaikan, ni sekolah cina dan india dgn mudah boleh dapat....akhir sekali kerajaan kat selangor... baik, sampai sanggup dirikan kandang babi untuk en.B bernilai sejuta....

    dalam tiga perkara tu adakah anda sedara, kenapa UMNO sanggup bergabung dgn PAS dan bg jwtn K @ Menteri besar...

    seringkali diperkatakan bahawa projek babi tu ada sejak kerajaan BN lagi, tapi kenapa bila PR naik org2 pas dan keadilan tak mansuhkan ja projek tu... senang jawabnya, menteri ISLAM sekadar boneka, sebab yg berkuasa tu DAP.. boleh dapat kan...

    macam tu jg dgn perak.... dah melayu sedikit, so dah tentu suara mejoriti perpihak kepada pemimpin2 DAP....tu dah tentu blh pikir kan... sb tu UMNO sangup korban kerusi yg dimenangi dan bg kat PAS agar suara Melayu terus terbela...

    kenapa DAP menentag cdgn penggabungan PAS dan UMNO... tentu saudari boleh fikir sejenak kan..

    InsyALLAH boleh.... sebab saudari kan bijak... negara kita hak kita, bukan negara kita hak bersama...
    renung2 kan

    wassalam

    ReplyDelete
  5. Salam
    Syabas esokdanlusa. Dalam dunia masa kini manusia semakin pintar??? Berdebat tak habis. Konon mencari kebenaran yang bersandarkan logika. Kutuk mengutuk tak kesudahan. Pabila tak suka semua tak kena. Masa bercinta semua indah.. Kemana perginya.. kesabaran, kemana perginya.. siri dan pesse'e, kemana perginya sejuta kelembutan dalam penyapaan, Kemana perginya kebijaksanaan dalam pertikaian. Nak kebebasan tanpa sekatan konon.. Tapi meracuni minda dan menguris jiwa. Semuanya pintar tapi tak bijaksana..

    ReplyDelete