Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Friday 7 August 2009

Penafian Hak TaPol (Tahanan Politik) Dan Antara Dua H1N1

Seminit pun jua kebebasan dan kemerdekaan diri kita dirampas merupakan satu penyiksaan dan suatu penindasan yang tidak bisa untuk dimaafkan... Apa jua bentuk penafian ke atas hak-hak asasi kita sebagai manusia hatta sebagai warga berdaulat dan khalifah Allah di atas muka bumi ini dianggap sebagai suatu intimidasi dan pencabulan yang wajar ditentang sehabis mungkin...
Penafian hak untuk mendapat maklumat sebenar daripada Regim PDRM bila ditahan dan dibawa ke pelbagai lokasi yang cukup dirahsiakan. Penafian hak untuk acces kepada Lawyer. Penafian hak untuk mendapat makan minum yang bersih dan berzat. Penafian hak untuk bercakap dengan ahli keluarga dan kawan-kawan - penafian hak untuk acces kepada telefon. Penafian hak untuk mendapat udara yang bersih dan persekitaran yang sihat serta selamat. Penafian untuk menggunakan jam tangan - lantaran kita dididik agar menghargai masa. Penafian untuk meyelamatkan hati dan memelihara pandangan kita daripada pelbagai maksiat dan dosa dan segala bentuk penafian yang wewenangan dikenakan kepada TaPol (Tahanan Politik) MANSUH ISA 1 Ogos 2009 yang lepas hakikatnya menyerlahkan lagi bahawa there's wrong with our system...the whole system already corrupt!
Bagi menghadapi segala penafian itu dengan semangat waja dan redha, beberapa aktiviti kami lakukan di dalam lokap yang sempit itu : dari solat berjamaah, tazkirah, dzikir munajat, dzikir ma'thurat, regangan dan juga menyanyikan lagu-lagu perjuangan. Iya.."agi idup agi ngelaban"...antaranya yang diulang kerap ialah lagu "Bingkai Kehidupan"...seperti di bawah ini...
Bala H1N1 bagi saya bukan sahaja merupakan suatu peristiwa berhubung "senario kesihatan dunia" yang kini menjadi pandemik. Bahkan secara tamsilannya H1N1 sangat selari dengan kebobrokan politik Malaysia dalam laras bahasa Sains Politiknya barangkali, sekaligus dalam pengkajian Antropologi Sosiologi - yakni manifestasi daripada kemelut yang semakin rencam di antara Kelas Rakyat dan Kelas Pemerintah dalam laras bahasa Sains Sosialnya!
Allah itu Maha Kaya dan Dia mahu Rakyat Malaysia memahami kemelut yang dideritai rakyat negara dengan cara paling mudah. Bahkan di suatu sudut ; mantik dan tamsilan itu sangat tinggi. Malaysia hakikatnya berhadapan dengan 2 pandemik : Pandemik Sosial yakni Kesihatan, manakala yang keduanya ialah Pandemik Politik.
Berbetulan...ianya dipermudahkan oleh Yang Maha Karya - kedua-duanya H1N1 - suatu pengenalan yang pantas difahami oleh semua tika dan saat ini. H1N1 - selsema babi dan H1N1 - selsema dua sepupu : Hishamuddin & Najib. Yang Kedua-duanya sedang galak dan ghairah melobi dan berkempen dengan angka SATU (1) : 1 MALAYSIA!
Nah, antara dua H1N1 ini bahayanya sama tetapi muncul di khalayak dengan cara yang pelbagai dan berbeza. Apa pun kedua-duanya WAJIB dihapuskan. Itupun, ia perlu kepada kesedaran dan "public awareness" yang tuntas. Kebencian dan "kegusaran" terhadap pandemik H1N1 kesihatan mesti sama dengan Kebencian dan "Kegusaran" kita terhadap pandemik H1N1 politik!
Bangkit, Bangkit! Bangkit Rakyat!
Hidup pejuang dan perjuangan!! Allahu Akbar!!!

No comments:

Post a Comment