Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Saturday 30 August 2008

Singgah Ifthar - Musim Kedua, Muslimat PAS Alu-Alukan Bantuan


Dewan Muslimat PAS Pusat menerusi Sekretariat Dewan Muslimat PAS Pusat akan meneruskan program "Singgah Ifthar" untuk musim kedua bersempena kedatangan Ramadan dengan tema "Amal Disemai, Pahala Dituai".
Iklan

Menurut Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi, program yang telah dimulakan pada bulan Ramadan yang lalu mendapat sambutan yang sangat baik daripada semua pihak.

Jelasnya, program tersebut membawa kepimpinan Dewan Muslimat PAS di semua peringkat dan lokasi yang terlibat ke dalam kehidupan sebenar masyarakat yang menjadi sasaran kepada program ini.

Katanya, berdasarkan pengalaman dalam program yang lepas, terdapat pihak luar yang juga merupakan penyumbang dan penderma kepada program ini telah turut mengambil peluang bersama-sama menjayakan Singgah Ifthar itu.

"Selari dengan falsafah awal program ini iaitu menyelami kehidupan masyarakat miskin dan memerlukan, acara ini akan terus bersifat ziarah dari rumah ke rumah dan dari satu tempat ke satu tempat bagi menyampaikan sumbangan.

"Sumbangan kepada setiap keluarga adalah dalam bentuk pakej untuk keperluan harian. Acara kemudiannya berakhir dengan majlis berbuka puasa bersama golongan sasaran,"katanya dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Katanya, entiti masyarakat yang menjadi keprihatinan Dewan Muslimat dalam program 'Singgah Ifthar' ini mencakupi golongan ibu tunggal dan ibu tinggal, keluarga miskin, anak-anak yatim dan para penuntut institut pengajian tinggi dari luar negara termasuklah pelajar tahun pertama dari Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh warga Malaysia yang prihatin agar mengambil ruang dan peluang melalui program Singgah Ifthar Musim kedua ini untuk memberikan sumbangan masing-masing.

Sebarang pertanyaan mahupun maklum balas, bolehlah menghubungi Sekretariat Dewan Muslimat di talian 03-2692 5000 sambungan 302/ 303 atau di talian 016-926 4830 .

Friday 29 August 2008

Ramadhan Kareem 1429 H


Daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda
ketika akan tiba Ramadhan :
"Telah datang kepadamu bulan yang diberkati,
Allah telah mewajibkan ke atasmu berpuasa di dalamnya,
pada bulan itu pintu-pintu syurga dibuka,
pintu-pintu neraka ditutup dan para syaitan diikat ;
juga terdapat pada bulan itu
satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan ;
Barangsiapa tidak memperolehi kebaikannya
maka dia tidak memperolehi apa-apa."
( H.R. Ahmad, Al-Nasaai dan Al-Baihaqi )

Pendapat Timbalan Pengarah seksyen Ekonomi Makro, UPE, JPM


Usah Hanya Mengeluh Inflasi Melonjak 8.5%

Oleh MUHAMAD ABD. RAHAMAN

KADAR inflasi pada bulan Julai 2008 melonjak kepada 8.5 peratus, iaitu 0.8 mata peratus lebih tinggi berbanding bulan sebelumnya. Peningkatan ini merupakan kesan penuh daripada penstrukturan semula minyak petrol dan diesel pada awal Jun 2008 di samping penyelarasan harga beras di seluruh negara.

Walaupun kadar ini masih rendah berbanding paras tertinggi 23.9 peratus pada Mac 1974 semasa krisis minyak pertama dan 10.8 peratus pada April 1981, berpunca krisis harga komoditi, namun inflasi 8.5 peratus ini melepasi paras 6.3 peratus pada Jun 1998, sewaktu krisis kewangan 1997/98.

Sungguhpun begitu, berbanding dengan beberapa negara, sebenarnya kadar inflasi di Malaysia masih terkawal seperti di dalam jadual.

Kira-kira 45 peningkatan inflasi disumbangkan oleh indeks pengangkutan yang meningkat 22.7 peratus, dan 43 peratus disumbang oleh indeks makanan dan minuman bukan alkohol yang meningkat 11.2 peratus.
Kenaikan harga petrol dan diesel antara 39 peratus hingga 63 peratus merupakan penyumbang utama kepada peningkatan indeks pengangkutan. Walaupun indeks harga makanan dan minuman bukan alkohol secara keseluruhan meningkat 11.2 peratus, terdapat beberapa barangan makanan yang meningkat melebihi 40 peratus.

Pada 22 Ogos 2008, berikutan kejatuhan harga minyak dunia, kerajaan menurunkan harga runcit minyak petrol 15 sen kepada RM2.55 seliter bagi RON97, 22 sen kepada RM2.40 seliter bagi RON92 dan 8 sen kepada RM2.50 seliter bagi diesel.

Langkah ini melegakan rakyat. Tanpa penurunan harga minyak, inflasi dijangka kekal kira-kira 8.5 peratus pada Ogos 2008. Memandangkan penurunan harga minyak hanya melibatkan lapan hari sahaja pada Ogos, maka kadar inflasi dijangka berkurangan 0.2 mata peratus kepada 8.3 peratus.

Namun, kesan sepenuhnya adalah pada September 2008 dengan jangkaan inflasi sekitar 7.0 peratus. Untuk mengembalikan kadar inflasi bawah tiga peratus masih sukar kerana ia mengambil masa sekurang-kurangnya sehingga pertengahan 2009.

Namun, kejatuhan harga minyak akan menjadi lebih bermakna jika pengusaha dan peniaga menurunkan harga barangan dan perkhidmatan lain. Dalam hubungan ini, mereka harus lebih bertanggungjawab dan adil kepada pengguna.

Apa pun keadaan, peningkatan inflasi yang tinggi akan memberi kesan negatif dan amat membebankan kepada pengguna, terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah dan miskin. Inflasi bermakna nilai wang merosot, kuasa beli terhakis, wang yang banyak diperlukan untuk memiliki barangan yang sedikit dan akhirnya kehidupan menjadi lebih tertekan.

Namun, yang menjadi persoalan adakah kita hanya mengeluh melihat harga barang terus naik tetapi tidak berbuat apa-apa atau hanya menyalahkan kerajaan?

Cukupkah sekadar memikirkan berapa banyak wang yang perlu dibelanjakan setiap hari? Cukupkah ia untuk menampung kehidupan sehari-harian?

Sebenarnya sebagai pengguna yang bijak, kita mempunyai banyak pilihan. Sama ada memilih untuk membeli barang mengikut keperluan, beralih kepada barang pengganti yang hampir sama dari segi kegunaan tetapi lebih murah, ataupun membuat pengorbanan tertentu demi mendapatkan keperluan yang lebih utama.

Umpamanya, kita boleh beralih daripada membeli daging segar kepada daging import yang lebih murah atau menggantikan ikan tenggiri kepada ikan yang lebih murah seperti ikan cencaru, keli dan talapia. Mungkin juga kita boleh menukar kepada makanan yang lebih sihat seperti sayur-sayuran atau ulam-ulaman.

Apabila ingin membeli sesuatu barang, kita sepatutnya membuat perbandingan harga sebelum membeli. Perbandingan ini boleh dibuat dengan merujuk kepada akhbar, Internet atau bertanya kepada sahabat handai.

Selain itu, memupuk hobi, bertanam untuk kegunaan sendiri sebagai menyahut program Bumi Hijau, kreatif dalam meningkatkan pendapatan dan membuat pembelian langsung daripada petani atau membeli secara pukal jika boleh menjimatkan.

Bulan Ramadan bakal tiba beberapa hari lagi. Yang anehnya ada orang berbelanja lebih di bulan Ramadan daripada bulan lain. Jadikan Ramadan tahun ini untuk kita mula mengubah sikap, gaya hidup serta tidak boros dan membazir dalam perbelanjaan.

Budaya menyambut raya sepanjang Syawal bolehlah difikir-fikirkan. Kalau mengikut ajaran Islam yang sebenar, Aidilfitri hanya pada 1 Syawal sahaja dan mulai 2 Syawal kita disunatkan puasa enam.

Akhir sekali, pengguna perlu mengambil sikap memilih dalam membuat perbelanjaan, berhemat dan berjimat cermat. Oleh yang demikian, bertindaklah dengan bijak kerana kuasa memilih dan kuasa pengguna ada di tangan anda.

Thursday 28 August 2008

SERUAN : Kepada Seluruh Generasi Muda Malaysia, Lets Joint Us! SAY NO TO AVRIL

29 Ogos 2008, Juma'at, Jam 7 Petang
Stadium Merdeka, KL

Ini Dia Avril Lavigne...Inikah Lambang Jiwa Merdeka Pemerintah?

Memalukan!
Abdullah & Najib Biarkan Rakyat Sambut Merdeka
Dengan Budaya LaknatuLlah Ini???




Mana Dato' Dr. Marshita? Ini Halal & Dibenarkan Jugak Ke?
Ni Rafidah & Shahrizat Buat Ape?
Noraini?





Character Assassination - Merugikan PAS! Presiden Kena Ambil Tindakan


Kehadiran blog "antihusam" saya ketahui sejak seminggu yang lalu. Pun begitu, saya percaya tiada apa yang perlu diberikan perhatian ke atas blog-blog yang berbaur "Character Assassination" itu.

Namun bilamana ia menjadi "fitna" kepada perjalanan PAS yang sudahpun wajar melangkah dengan penuh kematangan dalam persada politik Malaysia, dan isu-isu yang dicoret di dalam blog itu sudahpun dan pastinya akan terus digunakan sebagai bedil buat menghentam PAS kembali, maka saya teruja untuk menziarahinya.

Pada saya, semangat demokrasi yang subur tidak menghalang untuk mana-mana pihak membuat teguran. Apatah lagi teguran daripada mereka yang "jundiyyah" kepada soff "qiadah" adalah lambang cinta dan kasihnya "jundiyyah" kepada para pimpinan di atas. Seterusnya cinta dan kasihnya kita kepada perjuangan PAS.

Bukan Husam sahaja menjadi mangsa blog antihusam. Lebih 50% kepimpinan tertinggi PAS Pusat sudah dipalit dengan sindrom Character Assassination . Berani saya katakan : budaya ini suatu yang tidak sihat buat PAS!

Namun, sebagai anggota gerakan yang tentunya sudah melalui proses tarbiyah, ruang untuk menegur itu ada adabnya. Masakan keperluan itu cicir daripada dada pengamatan penulis blog antihusam? Saya tidak anti kepada penulis blog itu, jadi tidak perlu nantinya saya pula dilibatkan.

Cuma, saya setuju dengan cabaran Husam kepada penulis blog, tampilkan diri kiranya benar. Lebih molek, majukan laporan dan rungutan itu direct to the right person tanpa selindung.

Hemat saya selaku ahli yang lemah, Presiden PAS, YB. Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ayahanda Presiden yang kita kasihi wajar untuk segera membuat teguran dan nasihat kepada penulis blog antihusam. Dan kiranya teguran dan nasihat itu tidak diendah maka apa bezanya penulis dengan golongan desperado lain dalam lanskap politik kita.... Jika realitinya nanti begitu, saya pasti penulis blog sah merupakan agen pemecahbelah PAS!

Padi dilurut jerami ditebang
Permatang hijau sawah dibajak
Jangan diturut resmi kiambang
Sungguhpun hijau akar tak jejak

Gertak-gertak Perahu Cina
Singgah Bermalam Di Tanjung Jati
Panah Gajah – Gagak Yang Kena
Bila Dilihat - Pelanduk Yang Mati!

Fikir-fikirkanlah....

Husam Nafi Halang Rundingan PAS-UMNO

Abdul Rahim Sabri Aug 28, 08 2:39pm

Dikemaskini

Datuk Husam Musa menafikan beliau menyusun barisan pemimpin atasan parti, yang digelar "kumpulan Erdogan", untuk menghalang rundingan PAS-Umno kerana tidak pernah tahu-menahu tentang pertemuan itu."

(Pertemuan) yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (20 Julai lepas), saya langsung tidak tahu walaupun saya naib presiden PAS.

"Jadi macam mana saya hendak mengatur supaya perjumpaan mereka gagal sedangkan saya tidak diberitahu walaupun saya naib presiden PAS," kata pemimpin kanan itu.

"Dalam mesyuarat pun, tidak pernah dimaklumkan adanya perjumpaan pemimpin PAS dengan pemimpin Umno. Jadi, tidak timbul masalah saya hendak ganggu perjumpaan tersebut."


Husam, yang juga exco kerajaan Kelantan, diminta mengulas dakwaan sebuah blog Anti Husam yang menyebut beliau penggerak utama sekumpulan pemimpin PAS menggagalkan rundingan yang disokong oleh presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan disertai langsung oleh timbalannya Nasharuddin Mat Isa.

Dipercayai dibina oleh orang dalam parti itu sendiri menjelang muktamar PAS ke-54 baru-baru ini, blog itu mendakwa "tugas terpenting buat Husam ialah untuk mempengaruhi Mursyidul Am supaya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak bersetuju dengan sebarang bentuk pertemuan di antara PAS dan Umno."

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Husam juga berkata gembar-gembur bahawa beliau dijanjikan jawatan timbalan perdana menteri hanyalah "satu rekaan daripada orang-orang yang mempunyai agenda mereka sendiri" dan ia "tidak perlu dilayan."

Tiada perbincangan di Dubai

Anti Husam mendakwa naib presiden PAS itu ditawarkan jawatan tersebut oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu pertemuan mereka di Dubai, Jun lepas.

"Saya mempunyai aturcara peribadi saya sendiri, tidak ada kena-mengena dengan lawatan Anwar. Saya tidak tahu beliau (Anwar) berada di sana (Emiriyah Arab Bersatu)," katanya.

Tambahnya, beliau secara kebetulan bertemu penasihat PKR dalam satu majlis yang dirancang untuknya oleh sekumpulan warga Malaysia di negara Teluk itu. Menurutnya, penganjur turut mengundang Anwar ke majlis apabila mereka mengetahui kehadiran tokoh politik di sana.

"Saya berucap terlebih dahulu, dan beliau (Anwar) sampai semasa saya sedang berucap. Kemudian selepas habis ucapan, kami pulang ke hotel masing-masing. Keesokan pagi, saya berlepas ke Syria," jelasnya, sambil menambah beliau ke sana hanya separuh hari.

"Jadi tidak ada masa untuk kami berbincang. Tiada perbincangan sama sekali."

Naib presiden PAS itu juga menjelas tulisan dalam blog Anti Husam adalah satu cubaan untuk merosakkan imejnya.

"Dan biasanya character assassination (serangan peribadi) yang dilakukan apabila seseorang itu dianggap mempunyai satu-satu kedudukan yang tertentu," jelas Husam.

Cabar penulis blog tampil

Exco perancangan ekonomi dan kewangan Kelantan itu mencabar penulis blog itu tampil memperkenalkan dirinya jika dakwaan itu benar.

"Kalaulah dia tulis itu satu kebenaran, bukan satu serangan peribadi ataupun fitnah, dia kena berani tampil memperkenalkan dirinya."Kalau serangan dia buat bertopeng seperti ini, awal-awal lagi menunjukkan apa yang mereka tulis itu bukan satu kebenaran.

Kalau benar, mesti dia berani tampilkan dirinya," jelas Husam lagi.

Selain Husam, setiausaha agung Datuk Kamarudin Jaafar dan bendahari Dr Hatta Ramli turut menjadi mangsa serangannya. Terbaru, sasarannya dihadapkan kepada timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor, Khalid Samad.

Dr Hatta enggan mengulas serangan blog itu sewaktu dihubungi Malaysiakini semalam, sementara Khalid yang juga ahli parlimen Shah Alam menjawab di blog peribadinya 24 Ogos lalu (http://www.khalidsamad-shahalam.blogspot.com/).

Selain tokoh-tokoh PAS ini, menurut Anti Husam, "kumpulan Erdogan" turut disertai ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub dan dua ahli jawatankuasa pusat Dr Dzulkifli Ahmad serta Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Berhubung kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat, Husam hari ini menjelaskan akan komited dengan keputusan parti untuk tetap bersama gabungan pembangkang seperti ditegaskan dalam muktamar di Ipoh, pertengahan bulan ini.

"Jadi saya hadir dalam majlis-majlis Pakatan Rakyat itu adalah satu tindakan, pelaksanaan ke atas apa yang telah diputuskan oleh parti dalam muktamar PAS tersebut.

"Jadi saya hairan bagaimana penulis blog ini, tidak menghayati keputusan parti, tetapi bercakap seolah-olah mempertahankan kepentingan parti," katanya.

Tambahnya, beliau pernah menjelaskan di blognya bahawa pendedahan presiden Umno tentang pertemuannya dengan pemimpin atasan PAS satu agenda untuk memecahbelahkan hubungan antara PAS dan Pakatan Rakyat.

Ia juga bertujuan merosakkan hubungan PAS dengan penyokong bukan Islamnya yang mula berjinak dengan parti itu dan hubungan sesama ahli parti, tambah Husam.

"Jadi penulis blog ini, pada pendapat saya, satu daripada agenda Umno untuk memecahbelahkan kepimpinan PAS," katanya.

Sehubungan itu, Husam menyifatkan tulisan dalam blog itu tidak berasaskan kebenaran dan dan fakta-fakta.

Wednesday 27 August 2008

Anwar Angkat Sumpah Sebagai Ahli Parlimen

28-08-2008 11:20:34 AM
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK dan ZANARIAH ABD. MUTALIB
Foto oleh Reuters.

Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada jam 10:03 pagi ini di Parlimen.

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 minit pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Selepas upacara angkat sumpah tersebut, Anwar menandatagani surat akujanji.

Pandikar kemudiannya mengalu-alukan Anwar sebagai ahli Parlimen yang baru dan mengumumkan kepada ahli Dewan Rakyat mengenai perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Setelah Pandikar mengumumkan Anwar sebagai sebagai Ketua Pembangkang, ahli Parlimen Pakatan Rakyat menepuk meja tanda setuju.

Menteri yang hadir hanya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapha Mohamed bersama-sama dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Zaid Ibrahim.

Manakala yang lain dihadiri oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.


Kasih isteri....Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menemani suaminya, Anwar ketika tiba di Lobi Parlimen untuk upacara angkat sumpah. Kehadiran beliau turut diiringi oleh Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Terdahulu Anwar tiba di Lobi Parlimen untuk upacara mengangkat sumpah pada jam 9:50 pagi diiringi isterinya, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.

Turut sama mengiringi beliau adalah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam.

Difahamkan satu sidang media akan diadakan selepas upacara angkat sumpah tersebut.

WIRA-WIRA MERDEKA 2008

WIRA-WIRA MERDEKA

Sunyi seketika…
Desa permai ini yang kelmarinnya bingit
Desa permai ini yang kelmarinnya sempit
Bukan sedikit…
Rencam dan karam dalam sumpah dusta
Rencam dan karam dalam kata nista
Rencam dan karam dalam gegak gempita

Main wayang, main orang, main ”barang”..
Main janji, main ikrar, main uang
Politikus-politikus yang bermain...

Kereta besar, kereta kecil
Orang besar, orang kecil
Impian besar, impian kecil
Semuanya...
Dikit demi dikit…saat ini sudah meninggalkan kami

Tapi jangan lupa
Kami ini ingat, tidak akan lupa…
Wahai Wira yang sudah kami nobat
Wahai Wira yang sudah kami angkat
Yang sudah kami mertabat

Yang juga tentunya sudah kami IKAT dengan Ikrarnya
Bawa harapan baru, bawa Malaysia Baru
Janji hidup sejahtera, aman rakyat jelata
Wira MERDEKA 50 tahun kedua

Bila melangkah masuk
Ke balairong perundangan negara
Derita kami pantas kamu kumandangkan
Sengsara kami lekas-lekas kamu sulam, kamu pintal
Dan bukakan selebar-lebarnya di dalam balairong itu nanti
Agar mereka tahu
duduk kamu semua di situ
adalah kerana kami
yang hanya kamu ziarahi bila perlukan UNDI !

Wira Merdeka
Ingat..kami hantar kamu
Dari Permatang Pauh Ke Parlimen
Untuk seteguhnya mengusung amanat besar ke Putrajaya!
Jangan...
Jangan berpaling lagi..

Buat para Menteri
Buat para YB
BN, Pakatan Rakyat, Tiada Parti
Buat MP Melayu, MP Cina, MP India,
MP Kadazan-Dusun, MP Iban, MP Dayak,
MP Orang Asli Atau Siapa Sahaja
Nah, Ikuti Dia!
Wira Merdeka Permatang Pauh – Parlimen – Putrajaya

Ikuti Dia…
Sudah lama benar kami menunggu
Menanti saat munculnya para Pemberani
Yang nanti dengan penuh tegar dan sedar
Ubah haluan yang menuju karam
Ubah wadah yang semakin suram
Ubah nasib yang semakin kelam

Ikuti Dia!
Wira Merdeka Tak Terdendang
Wira Merdeka Bukan Kepalang

Ikuti Dia!
Ubah Lanskap politik negara ini
Kembalikan serinya
Agar esok lusa
Kita sambut MERDEKA
Dengan jiwa dan cinta menebal buat MALAYSIA!


@ aiman athirah al jundi @

27 Ogos 2008, JRL, KL

1705


Tuesday 26 August 2008

Anwar To Be Sworn In As MP On Thursday

KUALA LUMPUR, Aug 27 (Bernama) — Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim will be sworn in Member of Parliament for Permatang Pauh on Thursday.

Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia made the announcement before starting Wednesday’s session of the Dewan Rakyat.

“The result for the Permatang Pauh by-election is already out and the decision favours Datuk Seri Anwar Ibrahim, so he will be sworn in on Thursday,” he said.

He said the House would be informed of the arrangements for the swearing-in later.

PKR retained Permatang Pauh after Anwar won the seat with a 15,671-vote majority in the by-election Tuesday.

Anwar, 61, garnered 31,195 votes while the Barisan Nasional’s (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, received 15,524. Hanafi Mamat of Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) Hanafi Mamat, 61, lost his deposit after polling only 92 votes.

There were 447 spoilt votes.

The seat was vacated by PKR president Datuk Seri Wan Azizah Wan Isamil on July 31 to enable her husband, Anwar, to contest.

UMNO Is BURIED...Tengku Razaleigh

Statement on the Result of the Permatang Pauh By-Election 26 August 26, 2008 YBM

Tengku Razaleigh Hamzah
Member of Parliament, Gua Musang
31 Jalan Langgak Golf
55000 Kuala Lumpur

Today, five months after we met with the biggest General Election loss in our history, UMNO has suffered a landslide loss at Permatang Pauh. This despite the mobilization of the entire leadership and resources of a party that has held the machinery of government without pause for fifty years. This despite a campaign that embarrassed and divided the nation with its ugliness. It is time to face the music: it is we who have been buried.

Our leadership is rejected by the rakyat and, moreover, is rejected by our own members. BN’s vote count was less than the number of UMNO members in the constituency.- Within and among our component parties we ran a poorly coordinated and listless campaign against a motivated Opposition.- What scraps of credibility the Prime Minister and his Deputy had left after March 8 are gone.

Today’s report card, delivered to a Prime Minister who is accountable also as Liaison Chief of UMNO Penang and Chairman of BN, is impossible to hide: he does not have the minimal credibility needed to run the country day by day, let alone to take it in the new directions we need to go in a complex world. He may not have the credibility needed to keep the country together. This dangerous situation cannot continue, and it will not.

I appeal to the members of UMNO and of BN’s component parties to stand by UMNO in our hour of crisis, and to take a sober historical perspective. The people of Malaysia and along with them, Umno’s ordinary members, have found their democratic voice. They demand leadership that can be trusted to unite our people, to restore confidence in our institutions, and forge a clear national direction. Today is proof that this wave cannot be held back. UMNO must change. We must begin by renewing our Party leadership. I am confident that by December, we shall.


Tengku Razaleigh Hamzah

Berapa Peratus Sebenarnya Pengundi Yang Keluar Mengundi Di PRK P.44 Permatang Pauh???



Sejak pulang ke rumah petang kelmarin saya terus mengikuti perkembangan dari semasa ke semasa berhubung PRK P.44 Permatang Pauh. Informasi dari Jentera Pilihan Raya HalWa Pulau Pinang dan sahabat-sahabat di Permatang Pauh terus-terusan menjadi tetamu setia mobile phone saya.

Sejujurnya, PRK ini buat saya benar-benar gementar. Apa tidaknya, selaku generasi muda Malaysia yang bakal meraikan Kemerdekaan ke-51 tahun saya mahu melihat PERUBAHAN berlaku dalam lanskap politik negara ini. Sesungguhnya ia sudah tidak tertanggung lagi.

Sehingga jam 9.45 malam, saya sudahpun mendapat keputusan penuh. Namun, ada sedikit kepelikan dalam semua angka yang saya terima khususnya yang terakhir itu!

Berdasarkan pengumuman rasmi SPR, sejumlah 65.25% pengundi yang keluar mengundi dalam PRK tersebut.

Ingat 65.25% atau bersamaan 38,144 pengundi !

Berdasarkan rekod rasmi SPR juga, Jumlah keseluruhan pengundi P.44 Permatang Pauh pula ialah 58,459 orang pengundi!

Diberitakan kepada kita semua oleh SPR bahawa undi yang diterima oleh setiap calon adalah seperti berikut:

DSAI - PKR - Pakatan Rakyat = 31,195 undi

Arif - BN = 15,524 undi

Hj PI - AKIM = 92 undi

Undi Rosak = 447 undi
_________________________

Jumlah Keseluruhannya = 47,258 undi ! Atau Bersamaan 80.83% !!!!

Well,....WHAT'S GOING ON???

Mana satu yang benar??? SPR kena jawab!

Coz, kalau benar yang keluar mengundi hanya 65.25% @ 38,144 pengundi DAN DSAI memperolehi jumlah pengundi sebanyak 31,195 undi... meaning that :

38,144 - 31,195 = 6,949 - 92 - 447 = 6,410 - INI UNDI YANG DIPEROLEHI OLEH ARIF/BN !!!

So, MAJORITI SEBENAR DSAI/ PKR/ PAKATAN RAKYAT = 24,785 Undi !!!!


Petugas Polling Agent & Counting Agent Pakatan must check dan SPR WAJIB JAWAB!




ANALISIS YANG AKU TUJUKAN KHAS KEPADA UMNO DAN BN...KAJI-KAJI LAH - kerabubersuara

Kemenangan besar Anwar bukan disebabkan kononnya politik perkauman amalan UMNO sebagaimana yang dilaungkan oleh Tian Chua dalam salah satu dari ucapan-ucapan kemenangan di Permatang Pauh.

Penafian dan ulasan yang sama juga yang telah diperkatakan oleh Professor Shamsul Akmal dari ATMA, UKM di dalam satu rancangan di saluran Astro Awani malam tadi.

Kenyataan Tian Chua itu hanya mendedahkan kecetekan pemahaman politik seorang aktivis NGO yang terlalu mempercayai teori dan asyik dengan idealisma masing-masing.Dari segi realiti amalan politik tempatan, kekalahan teruk UMNO di Permatang Pauh masih sama seperti yang berlau pada PRU12 baru-baru.

Telunjuk jari masih menunjuk kepada Khairy dan Pak Lah.Kekalahan di Permatang Pauh tidak boleh dipersalahkan kepada orang lain kerana sebagai Ketua Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Permatang Pauh adalah Bahagian bersebelahan dengan Kepala Batas, tanggungjawabnya masih jatuh kepada kepada Pak Lah.


Serangan Peribadi

Sebagaimana yang telah saya sebut semalam dan amaran yang telah saya beri beberapa hari sebelum pemilihan, UMNO tidak seharusnya melakukan serangan peribadi terhadap Anwar di kampung halamannya.

Amalan politik Melayu tidak meletakkan prinsip dan ideologi sebagai paling utama dalam membuat sebarang pilihan politik. Tetapi ia lebih kepada hubungan peribadi seperti pertalian keluarga, persahabatan, jiran tetangga, dll.

Serangan peribadi dan tuduhan bertubi-tubi terhadap Anwar di "kampung halamannya" tidak akan meninggalkan kesan yang dikehendaki tetapi hanya menimbulkan kebencian. Pertalian Permatang Pauh juga yang menyelamatkan Anwar dari tekanan apabila Imam yang menjadi saksi kepada majlis sumpah Saiful tampil memberi sokongan moral.

Ini ditambah dengan hakikat bahawa Permatang Pauh merupakan lubuk untuk keluarga Anwar dan PKR meletakkan tapak politiknya.

Gerak kempen UMNO berjalan lancar pada mulanya hingga kehadhiran Khairy pada hari Jumaat lepas. Dengan angkuhnya Khairy menyatakan akan menanam kerjaya politik Anwar dan memulakan tekanan terhadap Anwar untuk melakukan Mubahalah.

Dari situ, satu demi satu pertudahan telah dilakukan oleh sekutu terkini Khairy ia-itu Nallakaruppan dan Ezam.

BN Tidak Mahu Berubah

Pandangan Syed Imran, blog Kuda Ranggi di bawah ini begitu releven:

Seperti biasa, BN tidak mempelajari daripada kesilapan dengan menjadikan pembangunan sebagai umpan untuk mendapatkan undi. Muslihat ini sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi diterima oleh rakyat. Walau seluruh Kabinet turun ke Permatang Pauh dengan menaburkan 1001 macam bantuan dan membuat beratus-ratus janji, rakyat tidak mudah terpedaya dan terpengaruh. Ini adalah taktik lapuk.

BN sebenarnya tidak peka dan tidak mengikuti arus perdana berbanding dengan PKR. Kempen yang dijalankan oleh BN tidak berkesan kerana isu yang dibangkitkan lebih mirip kepada serangan peribadi, sogokan pembangunan dan janji-janji manis berbanding dengan isu pokok yang dibawa oleh PKR iaitu kehidupan seharian rakyat.

Kehadiran sebegitu ramai orang UMNO yang berkampung sama ada di Permatang Pauh atau di Bukit Mertajam tidak memberi sebarang kesan kerana kebanykan mereka hanya melepak dan membuang masa. Ketua-ketua bahagian UMNO termasuk yang diterbangkan dari Sabah juga tidak membantu sama sekali. Kehadiran mereka hanya membazirkan wang sahaja.

Oleh kerana terlalu terdesak untuk menang, BN sanggup menggunakan taktik kurang sihat sedangkan kempen yang dijalankan oleh PKR jauh lebih teratur dan berkesan. Isu liwat dan sumpah laknat sebenarnya telah melaknatkan BN sendiri. Kehadiran tokoh-tokoh agama yang dihormati oleh masyarakat Melayu seperti Dr Haron Din, Datuk Seri Haji Hadi Awang, Dauk Seri Nik Aziz Nik Mat dan mantan mufti Wilayah Persekutuan Datuk Hashim Yahya dengan mudah mematahkan serangan BN itu.

Kesimpulan Awal

Kesimpulan awal oleh Dato Abdul Kadir Jasin diterbitkan semula di bawah:

1. Serangan peribadi ke atas Anwar tidak berkesan walaupun BN menggunakan hujah seperti tuduhan liwat dan sumpah laknat si penuduh, Saiful Bukhari Azlan;

2. Gula-gula pilihan raya seperti penurunan harga minyak, janji-janji pembangunan dan buah tangan tidak membantu mengubah pendirian majoriti pengundi yang tidak sukakan BN;

3. Kehadiran begitu ramai pembesar Umno dan BN dengan jentera rasmi dan peribadi mereka ditolak oleh majoriti pengundi;

4. Peranan media massa arus perdana yang terus memberi gambaran yang songsang mengenai keadaan sebenar menyebabkan pemilih jelak dan menolak mesej BN dan pemerintah yang mereka bawa;
5. Kekalahan lebih teruk ini akan memburukkan lagi kedudukan Abdullah sebagai Perdana Menteri, Presiden Umno dan Pengerusi BN;

6. Kewibawaan dan integriti pakatan setia Abdullah-Mohd Najib semakin dicurigai apatah lagi apabila Mohd Najib sendiri menggunakan pilihan raya kecil itu untuk bersumpah dengan nama Allah menafikan keterlibatannya dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu.Mohd Najib bersumpah yang dia tidak kenal dan tidak pernah berjumpa dengan wanita Mongolia itu;

7. Seruan supaya Abdullah segera meletakkan jawatan mungkin memuncak semula dan mungkin berlaku percubaan baru mencalonkan seseorang untuk mencabar beliau dan Mohd Najib pada pemilihan Umno Disember ini;

8. Kemenangan ini memberi mandat yang lebih kuat kepada Anwar untuk memujuk Ahli Dewan Rakyat BN untuk berpaling tadah menjelang Hari Malaysia pada 16 September ini seperti yang diuar-uarkannya;

9. Kedudukan Anwar sebagai MP dan calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat bergantung dan tertakluk kepada keputusan perbicaraan kes liwatnya;

10. BN tidak lagi boleh menggunakan kuasa kewangan dan pentadbiran untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil. Pada masa lampau, BN umumnya menang pilihan raya kecil malah berjaya merampas kerusi pembangkang; dan

11. Umno akan lebih parah dan mungkin ditolak terus oleh orang Melayu pada pilihan raya umum akan datang jika kepemimpinannya terus mengabaikan mesej yang dihantar oleh pengundi. Ramai ahli parti dan penyokong BN tidak keluar mengundi.

Implikasi Politik

Walaupun saranan Anwar untuk menubuhkan kerajaan baru Pakatan Rakyat pada September 16hb tidak berkemungkinan akan berlaku, kehadhiran Anwar Ibrahim di Parlimen akan menguatkan kedudukan pembangkang di Parlimen dengan kebolehan Anwar berpidato dan berdebat.

Kehadhiran Anwar dan keupayaannya menarik perhatian media tempatan dan dunia akan menambahkan tekanan terhadap kerajaan. Kerajaan tidak berupaya melakukan censurship terhadapnya. Lama kelamaan Anwar dengan agenda populist akan dapat mengembangkan lagi pengaruhnya kepada orang ramai dan pengundi-pengundi.

Jika UMNO dan BN tidak melakukan perubahan kepada pucuk kepimpinan yang ada kepada satu pasukan yang lebih bersih, berupaya dan bertenaga, kepercayaan rakyat akan terus longgar dan pengaruhnya akan terus terhakis.

Beberapa pilihanraya kecil di Sanglang, kemungkinan di Kulim dan tahun hadapan pilihanraya negeri Sarawak dan dihadapi. Sekiranya prestasi BN tidak diperbaiki, pilihanraya umum ke 13 bakal menutup riwayat pentadbiran BN.

Lakukan perubahan itu. Tukarkan kepimpinan UMNO!


Kenyataan Anwar

Kemenangan Di Permatang Pauh, Kemenangan Rakyat

KEMENANGAN ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini. Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakan hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan eknomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum.

Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu. Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan. Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini.

Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi. Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM
PERMATANG PAUH,MALAYSIA,26 Ogos 2008
[wm.kl 8:45 am 27/08/08]

67 Peratus Sudah Undi, 5 Bas Bawa Penyokong BN Ditahan PKR

26-08-2008 04:03:19 PM Oleh G. MANIMARAN

(Dikemas kini, pukul 1606)
PERMATANG PAUH: Penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah menahan lima buah bas pada pukul 3 petang tadi yang dipercayai membawa penyokong Barisan Nasional.

Tiga buah bas kini sedang berada di Balai Polis Seberang Perai Utara manakala dua buah lagi ditahan di Mengkuang Titi.

Difahamkan, polis akan membuat sidang media pada pukul 6 petang ini.

Sementara itu, hampir 67 peratus pengundi telah pun keluar mengundi dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh hari ini - pilihan raya kecil yang dianggap sebagai 'ibu segala pilihan raya kecil dengan kawalan polis yang cukup ketat termasuk rondaan helikopter dan di sebalik kesesakan teruk.

Proses pengundian bermula pukul 8 pagi ini dengan lebih 58,000 pemilih terus beratur panjang di pekarangan pusat-pusat pengundian di seluruh Permatang Pauh manakala setengah pengundi masih bertarung dengan kesesakan paling teruk.

Pusat pengundian akan ditutup dalam dua jam lagi.

Difahamkan kesesakan di sesetengah tempat kesesakan menjangkaui jarak sehingga lima kilometer, menyebabkan sebahagian besar yang keluar mengundi sejak pukul 10 pagi 'meluangkan' masa mereka di atas jalan-jalan raya sementara menanti giliran.

mStar Online difahamkan lebih 51 peratus telah keluar mengundi sehingga pukul 1 tengah hari tadi dan angka itu mencecah 60 peratus setakat pukul 2 petang tadi.

"Sehingga pukul 3 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati 67 peratus sudah mengundi, dan saya yakin angka ini akan terus meningkat walaupun berlaku kesesakan teruk," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online.

Beliau turut meninjau perkembangan proses pengundian sejak pagi tadi.

Selain meletakkan anggota polis di kesemua lokasi strategik polis juga membuat rondaan udara sejak pagi tadi.

Terdahulu menurut Wan Ahmad, di sesetengah saluran mengundi, peratusan keluar mengundi telah melebihi 50 peratus dalam tempoh tiga jam pertama selepas pusat pengundian dibuka.

Perkara itu turut diakui oleh Amin Iskandar, Pengarah Eksekutif Institut Integriti Pilihan Raya Kebangsaa, sebuah badan pemerhati pilihan raya negara ini.

Tambah kata Wan Ahmad, pada keseluruhannya proses pengundian berjalan dengan lancar.

"Polis memaklumkan tiada kejadian-kejadian tidak diingini berlaku. Difahamkan kesesakan hari ini dilihat sebagai paling teruk dialami dalam bahagian Permatang Puah, banyak orang luar turut hadir (ahli parti dan penyokong)," katanya.

Bagaimanapun, kereta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dibaling dengan botol air ketika meninjau proses pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Jaya, Semilang di Seberang Jaya di sini.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, Najib baru sahaja memasuki kereta selepas berjumpa dengan para penyokong Barisan Nasional (BN).

Kemudian Najib memberitahu wartawan, bilangan anggota polis di kawasan penjumlahan undi di Institut Perguruan Tuanku Bainun malam ini akan dipertingkatkan.

Tinjauan mStar Online mendapati kesesakan teruk terus dialami di kawasan Permatang Pauh khususnya kawasan berhampiran pusat mengundi.

Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah ketika ditemui di rumahnya pagi tadi berkata, peratusan arah aliran keluar mengundi sebeklah pagi ini lebih menggalakkan berbanding dengan situasi 8 Mac lalu.

"Ramai yang keluar mengundi. Saya gembira dengan sokongan diberikan dan yakin boleh menang," katanya.

Pengundi Permatang Pauh telah dinasihatkan supaya keluar mengundi lebih awal ketika cuti umum diisytiharkan di seluruh Pulau Pinang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turun gelanggang untuk mendapatkan semula kerusi itu atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pakatan Rakyat berkata: "Berdasarkan keadaan semasa, saya optimis, Insya-Allah.

"Pun begitu kepada Tuhan kita sandarkan harapan. Harapan ini bukan untuk Anwar Ibrahim semata-mata, tetapi untuk rakyat dan masa depan negara," kata Anwar dalam blognya tengah hari ini.

Kempen 10 hari berakir yang berakhir malam tadi memperlihatkan perjalanan kempen yang tenang tetapi agak panas dengan pelbagai tuduhan, kecaman dan kritikan.

Lebih 10 isu nasional dan puluhan masalah tempatan diletakkan oleh calon-calon yang bertanding sejak 16 Ogos lalu.

Permatang Pauh mempunyai 58,459 pemilih berdaftar - 69.49 peratus Melayu, Cina 24.56 peratus, India 5.79 peratus dan lain-lain 0.13 peratus.

Kira-kira 15 peratus pemilih merupakan mereka yang tinggal di luar Permatang Pauh.

Pengundian akan ditutup 5 petang manakala keputusan dijangka diketahui sebelum 10 malam ini, kata Wan Ahmad.

Sebanyak 110 saluran di 28 pusat mengundi disediakan untuk tujuan pengundian.

Seramai 490 anggota polis sudah membuang undi secara pos di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah pada Sabtu lalu.

Semua kertas undi yang telah dikira di saluran-saluran mengundi akan dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini sebelum keputusan diumumkan. Ia juga merupakan tempat penamaan calon hari itu.

Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertandingan tiga penjuru melibatkan Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, Arif Shah yang mewakili BN dan calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat.

Arif Shah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Seberang Jaya.

Walaupun terdapat pertarungan tiga penjuru tetapi persaingan sengit adalah melibatkan Anwar dan Arif Shah - yang pernah menduduki platform politik yang sama satu dekad yang lalu.

Arif Shah telah mengundi di Sekolah Kebangsaan Seberang Jaya II pada pukul 8 pagi. Beliau memasuki pusat pengundian pukul 8 pagi bersama isteri dan anaknya dan keluar 15 minit kemudian.

Anwar membuang undi di Sekolah Rendah Seri Penanti pada pukul 9.48 pagi bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail iaitu bekas penyandang kerusi itu dari 1999 hingga 31 Julai lalu.

Dalam pada itu, Hanafi walaupun bertanding di sini tetapi tidak mengundi kerana beliau merupakan pengundi kawasan Tanah Merah, Kelantan.

Pilihan raya kecil diadakan ekoran keputusan Dr. Wan Azizah, yang menang dengan majoriti 13,388 undi selepas memperoleh 30,338 undi menewaskan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail yang memperoleh 16,950 undi mengosongkan kerusi itu.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh dari 1982 hingga 1999 yang dimenanginya atas tiket BN, mahu mendapatkan semula kerusi itu menerusi PKR yang merupakan anggota komponen Pakatan Rakyat.

Ketiga-tiga calon yang bertanding memberitahu semalam bahawa pihaknya yakin akan memperoleh kemenangan walaupun berhadapan dengan cabaran dan halangan.

Bagi Anwar, selain mahu mempertahankan kubu kuat PKR di kawasan itu, pilihan raya kecil tersebut juga merupakan titik permulaan untuk menubuhkan 'kerajaan baru' bersama gabungan parti pembangkang Pakatan Rakyat.

"Ke Putrajaya Bermula di Permatang Pauh" - ini moto kempen Anwar dengan bertemakan "Merdekakan Rakyat".

Arif, bekas Ketua Pemuda Umno ketika Anwar menjadi Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh meletakkan moto "Di Sini Untuk Permatang Pauh".

Semalam beliau berkata, sokongan menunjukkan arah aliran peningkatan dan peluang untuk menang.

Begitu juga Hanafi atau turut dikenali sebagai "Haji Pi" yang menganggap pemilih Permatang Pauh sudah mula menerima kehadiran beliau.

Pilihan raya kecil ini membuka tirai pengundian dengan SPR terpaksa menyiasat dakwaan PKR mengenai kehilangan sebanyak 944 nama pengundi daripada daftar pemilih bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Semalam, Setiausaha SPR, Datuk Kamaruzaman Mohd Noor berkata, SPR akan menyiasat mengenai dakwaan itu daripada bahagian maklumat komputernya sebelum membuat sebarang ulasan mengenai perkara itu.
Kamaruzaman berkata, pilihan raya kecil Permatang Pauh esok akan mengguna pakai Daftar Pemilih Induk 2007 yang diwartakan pada 5 Februari 2008 dan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2008 yang diwartakan pada 19 Julai dan dikemaskini pada 31 Julai lalu.
Kamaruzaman berkata, bagi warganegara yang berumur 21 tahun ke atas yang baru memohon didaftarkan sebagai pemilih pada 1 April lepas tidak boleh mengundi kerana nama mereka belum disenaraikan dalam daftar pemilih itu.Dalam pada itu, polis memberikan jaminan pilihan raya kecil adakan dengan lancar dan tenang.

Jaminan itu diberikan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar semalam, dengan berkata, jumlah anggota polis yang ditugaskan pada pilihan raya kecil itu adalah mencukupi untuk mengawal sebarang keadaan sepanjang pengundian berlangsung.
"Kami sudah membuat persiapan rapi bagi pilihan raya kecil ini dan anggota kami akan memantau keadaan 24 jam."Pengundi tidak perlu bimbang semasa mengundi. Semuanya terkawal. Hanya patuhi peraturan dan semuanya akan berjalan dengan lancar," katanya kepada Bernama.

Hutang Persekutuan RM266.7 Bilion

26 Ogos 2008

JUMLAH keseluruhan hutang kerajaan Persekutuan pada tahun lalu adalah RM266.7 bilion yang terdiri daripada hutang dalam dan luar negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Menteri Kewangan berkata, hutang dalam negeri sebanyak RM247.1 bilion atau 92.7 peratus dan RM19.6 bilion (7.3 peratus) adalah hutang luar negara.
“Hutang luar negara adalah kecil selaras dasar kerajaan untuk mengurang pinjaman luar negara bagi mengurangkan risiko pertukaran mata wang asing dan mengutamakan pinjaman daripada sumber domestik,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Teo Nie Ching (DAP-Serdang) yang ingin kerajaan menyatakan jumlah wang dihutang dan siapa pemiutangnya.

Abdullah berkata, pihak memberi pinjaman atau pemiutang kepada kerajaan dalam pinjaman projek adalah institusi multilateral dan bilateral seperti Bank Pembangunan Islam, Bank Pembangunan Asia, Bank Dunia dan Japan Bank for International Cooperation (JBIC).

Bagaimanapun, katanya, bagi pinjaman pasaran dibuat melalui terbitan bon, pemiutang sukar ditentukan kerana bon diurus niaga di pasaran setiap hari.

Monday 25 August 2008

Bagai Sirih Pulang Ke Gagang


PERMATANG PAUH, 26 Ogos (Hrkh) - Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Penanti pada jam 9.40 pagi bersama isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk membuang undi.
Iklan

Beliau yang berkemeja biru dan Wan Azizah yang berbaju kebaya merah jambu disambut sorakan gemuruh penyokong-penyokongnya yang sedia menanti dari awal pagi. Turut mengiringi anak-anaknya termasuk Nurul Izzah.

Anwar kelihatan keletihan dan dipimpin petugas untuk masuk ke bilik mengundi. Keadaan terkawal dan penyokong-penyokongnya melambai tangan ke arahnya. - mr _

Mengingati Dua Mandat Besar PAS

Abu Firdaus Thu Aug 21, 08 12:25:50 pm MYT

Muktamar PAS di Ipoh baru-baru ini sememangnya bersejarah. Lebih-lebih lagi ia diadakan sejurus sebelum penamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pauh, yang juga bersejarah bagi negara ini.

Di bawah slogan 'PAS untuk semua', maka kehadirannya di Perak Darul Ridzuan menyerlahkan bahawa PAS adalah untuk semua rakyat Malaysia, bukan saja untuk orang Melayu dan Islam tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, merentasi kaum, agama dan fahaman politik.

Justeru, PAS bukan berasal semata-mata daripada Biro Agama Umno dan ditubuhkan pada awalnya oleh pendokong Dato Onn Jaafar dalam parti itu. PAS merupakan lanjutan Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggul, Perak. Maknanya parti pertama Islam adalah di Perak. Parti pimpinan Abu Bakar Bakir itu turut dianggotai Asri Muda.

Hizbul Muslimin menyertai Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) bersama Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Burhanuddin Al-Hilmy.

PUTERA pula bersama dengan Majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya (AMCJA) dalam melancarkan Perlembagaan Rakyat, yang berbeza daripada Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dokongan Umno pada 1947.

Perlembagaan Rakyat, PUTERA-AMCJA dan Hizbul Muslimin terbubar dengan tangkapan besar-besaran pihak British ke atas parti-parti kiri menjelang Darurat.

Maka vakum politik ketika itu diisi Umno. Tetapi syarat kemerdekaan ialah parti untuk semua kaum, dan bukannya untuk orang Melayu saja. Itulah juga saranan Dato Onn. Biro Agama Umno mendokong Dato Onn. Begitulah sifat terbuka biro itu. Tetapi kebanyakan pemimpin Umno menolak.

Dato' Onn keluar parti dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang kemudian digantikan Parti Negara. Biro Agama Umno juga keluar parti walaupun pemimpinnya menyertai parti Dato' Onn.

Maka Biro Agama Umno menjadi Persatuan Islam Setanah Melayu (PAS). Kekosongan kepimpinannya diisi Burhanuddin Al-Hilmy, seorang anak Perak. Penyertaannya ke dalam PAS diikuti pendokong Hizbul Muslimin yang menganggap PAS penggantinya.

Ahmad Boestamam, seorang anak Perak juga mengasaskan Parti Rakyat Malaya (PRM) yang ianggap sebagai lanjutan PKMM. Semasa penubuhannya pada 1950, Burhanudin yang telah menerima pelawaan PAS untuk menjadi ketuanya turut berucap. Mereka mengisytiharkan kesetiakawanan antara PAS dan PRM.

Dalam pilihan raya pra-merdeka, PAS, PRM dan Dato' Onn adalah sekutu. PRM bergabung dengan Parti Buruh Malaya (LPM) untuk mewujudkan Barisan Sosialis (SF). v Menjelang pilihan raya 1969. LPM dibubarkan dan ahli-ahlinya menyertai Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP). Kedua-duanya parti pelbagai kaum.

Syed Hussein Al-Attas adalah antara pengasas PGRM sementara DAP mempunyai beberapa tokoh Melayu di Perak.

Apabila BN ditubuhkan, PGRM dan PAS turut menyertainya. PGRM pecah di mana salah seorang pemimpin utamanya, Tan Chee Khoon keluar parti dan menubuhkan Parti Keadilan Masyarakat (Pekemas). Ahmad Boestamam menyertai parti berlambangkan mata hari itu.

Sementara PAS di bawah pimpinan Asri juga pecah. Tokohnya di Perak, Hashim Gera yang terkenal sebagai pemantun di Dewan Rakyat keluar parti dan menubuhkan Kesatuan Insaf Tanah Air (KITA) berlambangkan pokok kelapa sawit.

Ketika PAS berada dalam BN, antara perubahan yang berlaku ialah perubahan palang merah menjadi bulan sabit merah, azan di radio dan penubuhan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Salah seorang anggota majlis yayasan itu ialah Nik Aziz Nik Mat.

Kini Yadim diketuai Nakhaie Ahmad, bekas pemimpin PAS.

Selasa PAS dalam BN, kesedaran Islam mula meningkat di kalangan pelajar anak muda. Mereka enggan menyertai PAS kerana ia berada dalam BN. Mereka lebih gemar menyertai ABIM pimpinan Anwar Ibrahim.

Hanya setelah PAS keluar BN, barulah aktivis Islam senang menyertai ABIM termasuklah timbalan Anwar iaitu Ustaz Fadzil Mohd Noor. Pengganti PAS dalam BN ialah Barisan Jemaah Islamiah Malaysia (Berjasa).

Untuk sekian lamanya Permatang Pauh adalah kawasan PAS yang mana sukar bagi Umnomenembusinya hinggalah Anwar yang menjadi calonnya pada 1982.

Anwar baru-baru ini berkata usahanya untuk mengalahkan calon PAS itu adalah pilihan raya paling sukar baginya, lebih sukar daripada pilihan raya kecil 26 Ogos ini.

Kegagalan PAS dalam pilihan raya itu membawa kepada tersingkirnya Asri daripada parti itu. Beliau kemudian menubuhkan Hizbul Muslimin (HAMIM) yang menjadi anggota BN bersama Berjasa. Asri kemudian menyertai Umno dalam usahanya untuk membubarkan HAMIM.

Bagaimanapun, HAMIM akhirnya keluar BN dan menyertai Angkatan Perpaduan Ummah bersama dengan PAS dan Berjasa.

Apabila Anwar disingkirkan daripada UMNO, penyokongnya termasuk ABIM menubuhkan Parti Keadilan Nasional (keADILan). Bersama PAS, PRM dan DAP, ia menubuhkan Barisan Alternatif (BA) pada pilihan raya 1999. Kerana Cina menolak PAS, DAP mengalami kekalahan di banyak tempat dan ia keluar daripada BA.

Pergolakan dalam keADILan mendorong ABIM untuk merenggangkan hubungan dengannya. Atas usaha Anwar, keADILan dan PRM digabungkan untuk menjadi Parti Keadilan Rakyat (KeADILan).

BA yang dianggotai PAS dan KeADILan menyertai pilihan raya 8 Mac lalu dengan kerjasama DAP.

Penyokong pembangkang menyebutnya Barisan Rakyat tetapi dinafikan Lim Kit Siang yang tidak mahu dikaitkan dengan PAS.

Tetapi hakikatnya kemenangan 8 Mac adalah sokongan rakyat kepada gabungan serta kerjasdama PAS-KeADILan-DAP bersama Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan Parti Demokratik Malaysia (MDP).

Juga PRM yang dihidupkan semula di kalangan anggotanya yang enggan menyertai PKR. Hanya setelah menang Anwar mengumumkan penubuhan Pakatan Rakyat.

Justeru, pilihan raya kecil Permatang Pauh ini merupakan pertandingan pertama bagi calon Pakatan. Anwar bukan saja calon KeADILan tetapi adalah calon semua anggota pakatan termasuk PAS.

Walaupun PAS secara rasmi tidak menangguhkan sokongan Anwar sebagai Perdana Menteri tetapi ia tetap berada dalam Pakatan. Dengan Umno, PAS bermuzakarah. Dengan KeADILan dan DAP, PAS berpakat.

Kemenangan Anwar di Permatang Pauh bergantung pada PAS. Tetapi kemenangan PAS di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor bukan saja bergantung pada Anwar dan KeADILan tetapi juga DAP. Kemenangan PAS pada 8 Mac lalu berdasarkan pada dua mandat.

Satu mandat dari orang Cina dan India yang percaya bahawa PAS adalah untuk semua, dan bukan saja untuk orang Melayu dan Islam.

Sementara mandat kedua datangnya daripada orang Melayu yang selama ini mengundi BN, yang percaya kepentingan Melayu akan lebih terjamin oleh PAS dengan pentadbiran yang telus dan bersih.

PAS mewarisi Hizbul Muslimin dan Dato' Onn sementara KeADILan mewarisi PKMM dan PRM. Pakatan mewarisi perjuangan Abu Bakar Bakir, Burhanuddin Al-Hilmy, Ahmad Boestamam dan juga Onn Jaafar. - mr _


Satu Analisa


Hari hari maut United Malays National Organisation semakin dekat. Parti yang didirikan atas sokongan penjajah British pada tahun 1946 dahulu ini semakin malap cahaya sokongan dari orang ramai. Nafasnya semakin terdesak.

United Malays National Oganisation ditubuh, dilonjak dan dijaga oleh British. Parti ini diperlukan untuk dijadikan barua oleh British kerana pada ketika itu (1948), penjajah British sedang menghadapi Perang Rakyat.

Perang Rakyat adalah perjuangan angkat senjata yang di terajui oleh pakatan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Parti Komunis Malaya (PKM), Hisbul Muslimin, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan berbelas-belas lagi kumpulan patriotik yang anti-British.

Para patriot tanahair dari semua bangsa telah bangun bermandi darah dalam usaha untuk memerdekakan Tanah Melayu. Ini sejarah gilang gemilang rakyat negara kita yang terus dibohongi oleh United Malays National Organisation.

Kita diberi tahu bahawa negara kita merdeka tanpa pertumpahan darah.Ini bohong!

Pergi ke hadapan Dewan Bahasa Pustaka dan lihat berapa luas kubur British di situ. Pergi ke Taiping dan lihat berapa luas kubur British di situ. Pergi ke Lubuk Kawah dan tanya berapa ratus anak muda Melayu yang masuk hutan. Pergi ke Behrang Selangor dan tanya berapa banyak anak muda Melayu yang ke hutan mengangkat senjata.

Nama nama seperti Musa Ahmad, Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestaman, Chin Peng, Ishak Haji Muhamad, Wahi Anwar, Abdullah Sidi, Rashid Maidin, Abu Samah adalah para nasionalis dan para patriot yang telah bangun menentang penjajah British.

KMM ada parti politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu dengan garis politik nasionalis yang menolak semua bentuk sifat perkauman dan sifat rasis keMelayuan. KMM adalah parti politik awal yang melaungkan slogan Ketuanan Rakyat. KMM juga adalah parti politik yang pertama melaungkan MERDEKA.

Ini sebelum United Malays National Organisation berani menuntut merdeka dari tuannya – penjajah British.

Apabila penjajah British kalah maka British telah memunculkan apa yang kita ketahui sebagai United Malays National Organisation.
Nama parti ini hingga ke hari ini masih lagi dalam bahasa Inggeris – United Malays National Organisation – ini kerana parti ini adalah parti yang telah dijadikan barua oleh British.Selama 50 tahun orang Melayu telah dibodohkan oleh United Malays National Organisation.

Peranan dan proses pembodohan ini telah dilakukan melalui akhbar, media dan sekolah. Lihatlah betapa bodohnya penyokong-penyokong United Malays National Oganisation.

Mereka menjerit-jerit sebagai berjuang untuk Melayu. Tanya pada mereka kenapa nama parti mereka dipanggil United Malays National Organisation. Kenapa TIDAK pakai nama Melayu?


Implikasi Luas Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh


Posted on Monday, August 25 @ 21:27:07 MYT

by reformis Oleh A Kadir Jasin


DALAM masa tidak sampai 12 jam pemilih kawasan Parlimen Permatang Pauh akan keluar mengundi bagi menentukan bukan sahaja kesudahan politik Anwar Ibrahim tetapi masa depan politik negara.

Sama ada bekas Timbalan Perdana Menteri itu menang atau tidak, implikasi pilihan raya kecil ini adalah luas dan mengambil masa yang lama untuk sampai ke penyudahnya.

Jangkaan umum menjurus kepada kemenangan Anwar. Yang menjadi persoalan hanyalah sama ada ia kemenangan besar atau tipis. Menang tetap menang.

Yang sudah pasti adalah kempen pilihan raya kecil itu bukan sahaja sengit tetapi mengandungi unsur-unsur sensasi yang nyata banyak melanggar etika, adab dan tatasusila – daripada tuduhan liwat kepada pembunuhan, pengkhianatan, politik wang dan penyalahgunaan kuasa.

Tetapi salah satu kesan jangka panjang yang memerlukan masa untuk diselidik dan difahami adalah tindakan beberapa watak terbabit menggunakan sumpah untuk membela diri.

Apakah sumpah atas nama Allah atau sumpah di masjid ini boleh dilakukan sewenang-wenangnya dan dijadikan amalan politik harian?

Yang pertama bersumpah dengan nama Allah dan merujuk kepada balasan laknat adalah Saiful Bukhari Azlan yang mengaku dia telah diliwat oleh Anwar.

Dia bersumpah di hadapan imam dan pegawai Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 15 Ogos, sehari sebelum penamaan calon Permatang Pauh.

Walaupun sumpah Saiful Bukari itu didakwa tidak kena mengena dengan pilihan raya kecil Permatang Pauh, namun menurut laporan media massa arus perdana dan alternatif ia menjadi bahan kempen yang hangat bagi Barisan Nasional.

Tindakan Saiful Bukhari dicontohi oleh Timbalan Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak apabila beliau bersumpah, juga dengan nama Allah, di sebuah masjid di Permatang Pauh.

Mohd Najib bersumpah dia tidak tindak pernah berjumpa dan tidak kenal dengan mangsa pembunuhan sensasi Altantuya Shaariibuu. Penasihat politik Mohd Najib, Abdul Razak Abdullah Baginda dan dua anggota polis sedang dibicarakan atas tuduhan membunuh wanita Mongolia itu.

Apa pun muslihat dan kesan mutakhir sumpah-sumpah ini ke atas keputusan pilihan raya kecil Permatang Pauh dan kepada orang yang bersumpah, satu perkara yang dikhuatiri adalah implikasinya terhadap Islam.

Apakah kesan sumpah-sumpah ini terhadap orang Islam keseluruhannya dan terhadap pandangan orang bukan Islam kepada Islam?

Sumpah-sumpah ini boleh mencetuskan persoalan dan pertikaian yang berkemungkinan akan mencemar dan memburukkan lagi imej Islam di negara kita.

Misalnya, apakah reaksi mahkamah sivil terhadap sumpah seperti ini? Adakah sumpah di masjid dengan menggunakan nama Allah atau Al-Quran boleh diterima sebagai bukti?

Dalam keghairahan orang politik dan pihak-pihak yang bersekongkol dengan mereka menggunakan kaedah sumpah ini untuk membela diri, mereka wajib sedar bahawa tindak-tanduk mereka boleh menjejaskan akidah umat Islam dan mendedahkan agama Islam kepada sendaan orang bukan Islam.

Adalah sangat merugikan Islam apabila pihak-pihak yang membelakangkan Islam di dalam tindakan rasmi dan peribadi mereka tiba-tiba bersumpah atas nama Allah dan Kitab Suci apabila tersepit.

Di satu sudut lain pula, perbuatan bersumpah dengan nama Allah dan Al-Quran ini boleh diambil kesempatan oleh pihak-pihak yang mahu hukum hudud diperkenalkan sebagai undang-undang sejagat bagi memperkukuhkan tuntutan mereka.

sumber: detikdaily.net


Pengaruh Nadiah - Nadene Dalam Lanskap Politik Malaysia

Abdullah dikenali sebagai orang yang mudah dipengaruhi kaum keluarga terdekatnya. Oleh itu, peluang terbuka untuk calon-calon yang bercita-cita tinggi sebagai penasihat tidak rasmi PM melalui kedudukan mereka sebagai suami kepada Nadiah dan Nadene!

Oleh Ahmad Lutfi Othman

JUMLAH ahli PAS hampir mencecah sejuta orang. Tiada lagi kawasan di Semenanjung yang boleh dianggap asing untuk PAS. Baik semasa merangkul kerusi yang banyak di Parlimen pada 1999 ataupun sekadar mempunyai kerusi tunggal pada 1986, ia tetap dianggap pesaing terdekat Umno. Membicarakan politik Malaysia tanpa menyentuh faktor PAS, terasa kejanggalannya.

Justeru, jika muktamar tahunan PAS mendapat perhatian istimewa media mahupun pemerhati politik, dan rakyat seluruhnya, apatah lagi ketika proses pemilihan kepemimpinan sepertimana awal Jun lalu, ia fenomena biasa. Sekiranya media membuat ulasan dan tafsiran, dari perspektif apa sekalipun, termasuk yang menampakkan kejahilan mereka memahami pergolakan dalam PAS, bagi saya, "kita tak perlu ribut-ribut" . Usah melatah mendengar komentar.

Apabila pihak luar memberi tumpuan kepada perkembangan PAS, dan kemudian membuat ulasan tersendiri, tidak terkecuali memberi label dan tanggapan negatif, itu tandanya PAS masih hidup bersama denyut jantung masyarakat. Sebuah parti yang "membesar" seperti PAS tidak wajar gundah-gulana dengan apa jua tanggapan orang, walaupun pandangan itu sering tersasar daripada kebenaran.

Bukankah politik banyak ditentukan oleh persepsi? Secara jujur, apa sebenarnya persepsi majoriti masyarakat terhadap PAS? Tentu masih terkumpul segala pandangan serong yang diwarisi sejak berzaman lamanya. Benar, sebahagian persepsi itu berciri negatif dan nampak seperti mudah ditolak. Namun ia sukar ditanggalkan, walaupun pelbagai usaha dibuat untuk memadamkan imej buruk yang usang itu. Langkah terbaik menjernihkannya ialah berpencak di tengah gelanggang, menawarkan khidmat dan akhirnya persepsi buruk itu lekang sendiri.

Selepas reformasi 1998, PAS tiba-tiba didekati. Realiti penyingkiran Anwar Ibrahim membantu PAS meluaskan wilayah pengaruhnya. Bermula dengan amarah rakyat terhadap kepemimpinan Dr Mahathir Mohamad, PAS sebagai parti alternatif kepada Umno semakin terserlah. Pemimpinnya mula dikenali, dasar parti dikaji. Ramai mahu menyapa PAS dan memberikan harapan tinggi buatnya.

Biarpun pilihan raya 2004 menyaksikan majoriti orang Melayu kembali menyokong Umno, suasananya tidak serupa sebelum pilihan raya 1999. PAS menyusut tetapi tidak merudum. Keahliannya kian rencam. Memang kita mahukan kesatuan dalam berfikir dan bertindak, namun ia tidak semudah itu. Sikap terbuka dan berlapang dada semakin dituntut. Mudah untuk menyisihkan yang berbeza pendapat tetapi parti yang sedang membesar perlu keanjalan.

PAS tidak perlu risau dengan label negatif kepadanya seperti juga ia tidak perlu gentar dengan pelbagai analisis media tentang corak kepimpinannya. Menutup pintu kepada tanggapan pihak luar hanya menjadikan PAS membatu di tahap lama, sedangkan ia perlu tangkas dan bingkas memburu kemenangan. Kelompok sokongan tradisi mesti dipertahankan, manakala golongan penentu atas pagar hanya tertarik jika ada agenda besar yang merakyat sifatnya bersama PAS.

Sebagai ahli atau pemimpin kepada parti besar seperti PAS, maka aktivisnya juga harus berjiwa besar.

II

Banyak sekali ulasan tentang pernikahan Perdana Menteri dengan Jeanne Abdullah, 53. Saya tidak begitu berminat dengan kritikan ramai terhadap isteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, terutama yang tidak berpuas hati bagaimana pelopor Islam Hadhari boleh memilih teman hidup yang tidak bertudung.

"Selepas kematian Allahyarham Endon, 20 Oktober 2005, Pak Lah ada pilihan untuk memilih calon isterinya yang bertudung ataupun tidak, tapi beliau nampaknya ada citarasa tersendiri," kata seorang kawan lama. Saya juga diberitahu ada pegawai JPM yang melarang media mengaitkan Jeanne, bekas isteri kepada adik Endon, sebagai janda.

Bagi saya, apa pun tafsiran rakyat terhadap pilihan Abdullah itu, sekalung tahniah buatnya. Teringat saya usikan seorang blogger, "semoga kekal bahagia dan tak pegang bahu orang lain lagi". Beliau mungkin merujuk gambar Abdullah bersama artis Hong Kong, Michelle Yeoh.

Apa pun, saya lebih tertarik dengan dua putri Jeanne, Nadiah dan Nadene, yakni anak tiri Abdullah. Rasanya ramai Pemuda Umno yang mengintai peluang untuk menjadi menantu (tiri) Abdullah, bagi menafikan hak mutlak Khairy Jamaluddin yang kini berperanan hebat sebagai menantu lelaki tunggal PM.

Abdullah dikenali sebagai orang yang mudah dipengaruhi kaum keluarga terdekatnya. Oleh itu, peluang terbuka untuk calon-calon yang bercita-cita tinggi sebagai penasihat tidak rasmi PM melalui kedudukan mereka sebagai suami kepada Nadiah dan Nadene!

Sunday 24 August 2008

Imam Saksi Persoal Sumpah Saiful, Anwar Dakwa Bukti Baru Konspirasi Politik


25-08-2008 02:11:48 PM
Oleh G. MANIMARAN
MOHD. Saiful Bukhari Azlan bersalam dengan Ustaz Ramlang Porigi selepas menyempurnakan upacara bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan pada 15 Ogos lalu.


(Dikemas kini, 1400)

PERMATANG PAUH: Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pengakuan imam Masjid Wilayah Persekutuan, Ramlang Poriti, yang menjadi saksi sumpah laknat Mohd Saiful Bukharii Azlan di sini malam tadi sebagai bukti terbaru wujudnya konspirasi politik untuk menjatuhkan beliau.

RAMLANG Porigi membuat pengakuan kira-kira enam minit pada ceramah kempen pilihan raya anjuran Pakatan Rakyat di Padang Ibu, Penanti, Permatang Pauh malam tadi.


"Pengakuan ini merupakan satu lagi bukti bahawa wujudnya kempen politik kotor (dalam pilihan raya kecil ini).


"Dia (Ramlang) membantu memberi penerangan bahawa ada konspirasi jahat Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.


"Sebab itu beliau betul-betul kelam-kabut (ketika pilihan raya kecil)," kata beliau pada sidang akhbar di Yayasan Aman - Pusat Operasi Utama Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini tengah hari tadi.


Sepanjang malam tadi bermula pukul 8 malam hingga 12.40 tengah malam Ramlang muncul di khalayak membuat pengakuan bahawa beliau telah diarah untuk menjadi saksi upacara bersumpah yang dibuat oleh Saiful pada 15 Ogos lalu.


Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh. Beliau disaingi Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia.


Ketika ditanya sama ada kemunculan Ramlang akan membantu beliau memperoleh kemenangan selesa esok, Anwar berkata, beliau yakin ia akan membantu menjelaskan kepada penduduk Permatang Pauh mengenai apa yang berlaku.


"Kenyataan ini hanya membuktikan ada taktik kotor menggunakan apa sahaja untuk berkempen," kata beliau.


"Saya percaya orang yang beriman, yang tidak terperangkap kerana wang akan bertindak dengan bebas.


"Ini satu perkembangan yang baik. Bagaimanapun kita terpaksa menjelaskan, saya sudah meminta jentera kami supaya menyampaikan maklumat di sebanyak tempat yang boleh," katanya.


Turut hadir pada sidang media itu ialah isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang melepaskan kerusi tersebut bagi membolehkan Anwar bertanding. Anak mereka, Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai turut hadir.


Ketika ditanya sama ada beliau akan bersumpah ekoran pengakuan imam itu, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat berkata, al-Quran dan agama tidak harus digunakan untuk tujuan politik.


"Jangan sama sekali gunakan al-Quran dan agama untuk politik," katanya.


Dalam pada itu, mStar Online difahamkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dijangka mengadakan sidang media di Kuala Lumpur pukul 2 petang ini.


Sidang media itu bertujuan memperjelaskan tindakan Ramlang muncul dan memberi kenyataan secara umum malam tadi.

BERITA TERDAHULU:


Dilihat sebagai satu lagi kejutan kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, imam yang menjadi saksi sumpah Mohd Saiful Bukhari Azlan 15 Ogos lalu, Ustaz Ramlang Porigi muncul di Masjid Perda di sini malam tadi, yang turut dihadiri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan membuat pengakuan sumpah itu tidak sah.


Imam itu membuat pengakuan yang dia telah 'dipaksa' menjadi saksi dan sumpah mubahalah dibuat oleh Saiful tidak sah.


Dalam pada itu, mStar Online difahamkan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh dijangka mengadakan sidang media di Kuala Lumpur pukul 2 petang ini.


Sidang media itu bertujuan memperjelaskan tindakan Ramlang muncul dan memberi kenyataan secara umum malam tadi.


Turut hadir di masjid tersebut ketika itu ialah Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS, yang awal-awal lagi telah menegaskan cara Saiful bersumpah adalah salah.


Ramlang berbuat demikian selepas solat maghrib - salah satu acara Anwar pada hari kesembilan berkempen.


Esok ialah hari pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh.


Saiful membuat sumpah sehari sebelum hari penamaan calon di Masjid Wilayah Persekutuan.
Ini merupakan kali pertama Ramlang muncul di khalayak ramai selepas menjadi saksi sumpah laknat Saiful.


Selain di Masjid Perda, Ramlang juga menjelaskan pendiriannya dalam ceramah kempen Anwar, calon Pakatan Rakyat, di Masjid Timah Kg Belah 2, Seberang Jaya dan kemudian di Padang Ibu, Penanti.


Dalam kenyataan di hadapan kira-kira 2,000 penyokong Pakatan Rakyat di Padang Ibu pada pukul 11.15 malam Ramlang berkata, "pada hari itu (15 Ogos) saya... saya diarahkan oleh orang atasan saya untuk menjadi saksi sumpah Saiful Bukhari, saya antara empat orang imam yang diarahkan untuk menjadi saksi."


"Sumpah itu bukan saya yang aturkan, teksnya disediakan oleh peguamnya atau mungkin ada orang lain yang buat itu," katanya dalam kenyataan kira-kira enam minit itu.


Ramlang yang muncul dalam pakaian biasa malam tadi, bukannya berpakaian sebagai seorang imam secara berseloroh berkata, beliau kelihatan kemas pada 15 Ogos kerana baru sahaja habis menyempurnakan majlis nikah satu pasangan di Masjid Wilayah Persekutuan.


Tambah beliau: "Apabila dia (Saiful) membacakan teks, dia seolah-olah tidak merasa bersalah.
"Kalau kita seorang Islam yang beriman, kalau kita nak bersumpah ini, kita akan takut apa akan terjadi... tetapi kerana teks ucapan yang dibacakan itu, dia tak rasa bersalah."


Katanya lagi, disebabkan teks itu disediakan dalam tulisan rumi, maka sebutan adalah salah dan tarikh perbuatan dia diliwat juga salah.


"Sepatutnya dia sebut 26 Jun, tetapi dia sebut 28 Ogos," katanya yang menegaskan dirinya seorang imam, bukan bilal.


"Saya rasa para pengundi di Permatang Pauh, mungkin ada yang mengenali saya. Jadi, saya berharap jangan saya dipersalahkan... boleh tak," katanya lagi.


Selepas kenyataan itu Ramlang terus dibawa keluar dari tempat ceramah dan diberikan perlindungan oleh Pakatan Rakyat demi keselamatannya.


Dimaklumkan bahawa imam itu akan mengadakan sidang media kira-kira 12.30 tengah malam di Yayasan Aman tetapi bekas Timbalan Perdana Menter itu tidak sertai bersama.


mstar Online difahamkan Ramlang berada bersama rombongan PKR sejak pukul 4 petang semalam.


Sementara ketika ditanya mengapa bertindak membuat pengakuan mengejutkan, Ramlang berkata, beliau berhadapan dengan tekanan ekoran pelbagai melemparkan macam-macam tuduhan yang tidak sepatutnya diterima oleh seorang imam.


"Saya mendapati tiada siapa yang tampil mempertahankan diri saya," katanya.


"Saya dikatakan kurang ajar. Adakah patut saya dicaci," tambah Ramlang pada sidang media yang dihadiri beberapa pemimpin kanan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Yayasan Aman di sini.

Ketika sidang media Anwar baru tiba di Yayasan Aman dan bermesyuarat di tingkat satu pejabat yayasan itu.


Menafikan menerima sebarang ganjaran daripada Pakatan Rakyat, Ramlang berkata, beliau bersedia untuk menerima apa juga tindakan - daripada kerajaan dan Umno - selepas ini.


Katanya, beliau masih merupakan kakitangan kerajaan dan akan terus berkhidmat sebagai imam jika tidak dipecat.


Beliau menyerahkan kepada Umno untuk mengambil tindakan ke atasnya. Beliau menjadi ahli Umno sekitar tahun 2003.


"Boleh katakan saya ahli Umno... saya cuma menjadi ahli Umno kerana hendak tolong kawan," katanya yang akan keluar mengundi esok kerana ia hak beliau untuk berbuat demikian.

"Saya tidak diperalatkan oleh mana-mana pihak... PKR sendiri yang jemput untuk (saya) membuat pengakuan," katanya.


Dalam pada itu, Naib Presiden PKR, Azmin Ali pula berkata, imam berkenaan sendiri yang menghubungi pihaknya memaklumkan bahawa mahu membuat pengakuan mengenai isu tersebut.


"Kami hanya dihubungi beliau (Ramlang) petang ini dan kami setuju," katanya.


Empat hari lalu beliau mengesahkan kepada mStar Online bahawa beliau merupakan ahli Pemuda Umno dengan nombor keahlian 03405843.


Ketika dihubungi mStar Online, Ramlang berkata, beliau merupakan imam yang sah dan bertauliah.


Beliau tidak menafikan dirinya merupakan seorang ahli Umno yang berdftar dan pengundi di Permatang Pauh.


Peti undi Ramlang ialah Penanti dalam bahagian Permatang Pauh.


Risalah yang diedarkan menyebut beliau bukan merupakan imam sebaliknya hanya bilal.


Kandungan risalah itu menyebut: "Akhirnya tembelang orang yang bernama Ramlang Porigi, yang dikatakan imam yang menjadi saksi sumpah mubahalah Saiful terdedah juga.

"Beliau adalah ahli Pemuda Umno Cawangan Seri Machang dalam Bahagian Bukit Mertajam dengan kod keahlian 03405843.


"Tidak menghairankan kepada semua ini, bagaimana pantas "imam" ini memperakui mubahalah yang dilakukan oleh Saiful, sekalipun mubahalah itu diragui oleh banyak pihak sebagai tidak mengikuti kaedah Islam."


Mufti pertahan sumpah Saiful
Syed Hamid: Penggunaan nota perubatan Pusrawi subjudis
Sumpah: Dua perkara orang Melayu takut buat
Saiful: Tindakan saya bukan bertujuan politik!