Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Wednesday 6 August 2008

Anwar Bebas Dengan "Personal Bond"

Saya baru sahaja berbicara dengan sahabat saya yang juga seorang peguam, Sdri. Latheefa Koya perihal perbicaraan DSAI pagi tadi. Saya tidak berkesempatan untuk menyertai mereka di Mahkamah Jalan Duta pagi ini kerana berasa sedikit kurang sihat.

Selepas berbual dan mendapatkan maklumat yang lebih sahih daripada beliau maka saya terpanggil untuk memaklumkan di dalam blog ini bahawa Hakim sebenarnya tidak menyetujui bayaran ikat jamin sejumlah RM 20,000 seperti yang dilaporkan oleh media.

Pihak pendakwaan sememangnya ada mencadangkan agar bayaran ikat jamin yang dikenakan kepada saudara Anwar ialah sejumlah RM 20,000 . Manakala passport beliau ditahan. Walau bagaimanapun, Hakim telahpun menolak kedua-dua cadangan pihak Pendakwaraya dan saudara Anwar telah diikat jamin secara "personal bond" tanpa memerlukan seorang pun pihak penjamin.

Nah..bagi saya tindakan Hakim itu sudah cukup bijaksana dan semoga kebijaksanaan itu tidak akan tunduk dengan sebarang ugutan, ancaman mahupun tawaran-tawaran yang berupa pangkat dan kemewahan.

Syabas kepada pasukan pembelaan. Syabas kepada rakyat Malaysia yang terus prihatin.


No comments:

Post a Comment