Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Tuesday 5 August 2008

P.44 Permatang Pauh : 16 Ogos Penamaan Calon, 26 Ogos Pembuangan Undi

Pengundi di Permatang Pauh akan menentukan ahli parlimen baru kerusi itu pada 26 Ogos ini dalam satu pilihanraya kecil yang paling dinanti-nantikan apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding semula selepas tiga penggal.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat hari ini menetapkan hari penamaan calon pada 16 Ogos.


Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN. Isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menguasainya selama tiga penggal apabila Anwar dipenjarakan pada 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.


Bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat, jentera pilihan raya Muslimat iaitu HalWa akan sepenuhnya digerakkan ke Permatang Pauh, insya Allah. Tungguuuu!!!!

No comments:

Post a Comment