Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Friday 26 September 2008

Pelik, Bukan Teresa Sahaja Mengaku Tersalah Menggunakan Bahasa. “Habuan Seks” Sebagai Sedekah Juga Mahu Dikatakan Begitu. – Ref. Malaysiakini

Kenyataan Timbalan Pengerusi PKR Perak, Zulkifli Ibrahim yang dilihat lebih cenderung “mempertahankan” salah seorang ahli PKR bagi negeri itu yang juga Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan bahawa habuan seks ibarat sedekah sekadar silap bahasa bagi saya hanya menambah kemarahan ummat Islam khususnya penyokong dan pendokong PAS di dalam Pakatan Rakyat itu sendiri. ( Lihat berita di malaysiakini bertajuk "Habuan seks ibarat sedekah sekadar silap bahasa", 26 Sept. 2008 : 4.20pm )

Hakikatnya ia jauh daripada sekadar silap bahasa bahkan ianya jelas suatu yang menonjolkan “kejahilan” dan sikap bermudah-mudah kepada perbuatan yang jelas ditegah oleh Islam.

Adalah suatu yang sangat malang dan memeranjatkan kita serta memalukan kami kepimpinan wanita Pakatan Rakyat bila mana ada anggota kita yang berpandangan sejahil itu.

Ia juga boleh ditafisrkan sebagai pandangan yang seangkatan dengan ummat Arab zaman Jahiliah yang menjadikan golongan perempuan sebagai alat pemuasan nafsu lelaki semata-mata.

Bukan itu sahaja, tindakan Zul Hassan yang menyamakan “habuan seks” dengan sedekah seolah-olah bertindak menyamakan perbuatan yang ma’ruf (baik) dengan satu perbuatan yang jelas mungkar. Apatah lagi zina itu tergolong sebagai salah satu di antara dosa besar di dalam Islam.

Justeru, ungkapan bahawa “ianya sekadar silap bahasa” adalah tidak dapat diterima aqal. Bahkan ianya jelas satu penghinaan kepada amalan bersedekah yang dianjurkan Nabi Muhammad SAW.

Meletakkan “kesalahan berzina” ke atas pihak lain juga termasuk BPR yang dikatakan memerangkap mereka juga hakikatnya bukanlah suatu tindakan atau alasan yang bijak dan wajar.

Apa pun, mereka sudahpun terlibat dan melibatkan diri dalam kesalahan berzina. Bukan setakat itu, mereka juga sudah pun membuat pengakuan bahawa mereka sesungguhnya terlibat “berzina”.

Perbuatan mereka mempertahankan diri dan cuba mencari pelbagai alasan tanpa menampakkan sikap rasa bersalah, malu atau insaf ternyata lebih “melukakan” hati kami.

Bukan setakat itu juga, ia memberikan palitan hitam kepada perjuangan rakyat yang menuntut kepada satu perubahan dalam sistem pentadbiran dan kemanusiaan rakyat bagi negara ini.

Lebih malang, bila mana semua insiden ini berlaku ketika ummat Islam berlumba-lumba membuat kebaikan dan kebajikan di dalam bulan Ramadhan al mubarak.

Singgah Ifthar Musim Kedua Menziarahi Anak-Anak Yatim Titian Kaseh


Story kemudiah deh....

Menyantuni Salah Seorang Anak Yatim Dalam Program Singgah Ifthar Musim Kedua Di Rumah Penyayang Hembusan Kasturi

Anak ini memperkenalkan dirinya sebagai Wawa. Katanya dia berusia 3 tahun. Ayah dah meninggal dunia 3 tahun lepas. Dia rindukan ayah tapi tak ingat apa-apa. Wajah ayahpun wawa tak ingat... Ibunya hanya bekerja sebagai pembungkus tempe dan memperolehi pendapatan lebih kurang RM 120.00 sebulan.... Wawa ada dua orang abang dan seorang kakak.... Semoga kita semua terpilih untuk menggembirakan anak-anak yatim...amiin Ya Allah!


Sekitar Sambutan Hari Lahir 23 September 2008









Thursday 25 September 2008

Kejadian Benar Di KL (Seram)

Salam Al Quds!
Saya telah menerima e-mail yang melampirkan video ini.....tergamam. Demikianlah masyarakat kota yang "mabuk" dengan pelbagai tekanan hidup agaknya. Rakyat mesti dibangunkan secara berimbang. "Kehidupan" bukanlah suatu perjudian atau bebanan. Tetapi ianya adalah sebuah "anugerah Tuhan" yang semua kita mesti bertanggungjawab atas amanah ini.

Wednesday 24 September 2008

Tuntutan Raya : Bebaskan Tahanan & Mansuhkan ISA!!! - Malaysiakini



Salam.

Jam 10.36 pagi tadi saya menerima makluman daripada salah seorang aktivis rakyat bahawa esok "kita" akan mengadakan satu Himpunan Aman Tuntutan Raya bagi Menuntut Pembebasan Para Tahanan ISA dan seterusnya memansuhkan Akta Dzalim Drakonian itu.

Butiran adalah seperti berikut :

Lokasi : Hadapan Masjid Jame' Kuala Lumpur. Jam : 12.00 Tengahari. Pakaian : Warna Merah Hitam. Anjuran : Gabungan Membantah ISA (GMI). Makanan & Minuman : TAK PAYAH, KITA PUASA! :0)

Kita juga akan menuntut pembebasan semua mereka ini.....atau hadapkan mereka ke mahkamah terbuka untuk diberi keadilan...

Yazid Sufaat, Suhaimi Mokhtar, Dr Abdullah Daud, Shamsuddin Sulaiman, Mat Shah Mohd Satray, Abdul Murad Sudin, Zaini Zakaria, Zainun Rashid, Wan Amin Wan Hamat, Sulaiman Suramin, Sufian Salih, Mohd Khaider Kadran, Hasim Talib, Zakaria Samad, Ahmad Zakaria, Terhamid Dahalan, Abdul Rahman Ahmad, Mahfudi Saifudin, Mulyadi, Arifin, Mat Tarmizi Zakaria, Artas Burhanudin, Francis Indanan, Mohd Nazri Dollah, Mohd Arsad Patangari, Adzmi Pindatun, Idris Lanama, Aboud Ghafar Shahril, Jeknal Adil, Binsali Omar, Husin Alih, Yussof Mohd Salam, Ahmad Jamal Azahari, Pakana Selama, Kasem Dayama, Shaykinar Guat, Argadi Andoyok, Ng How Chuang, Ng Keat Seng, Mohd Azuan Aniffa, Mohd Faizol Shamsuddin, Zulfikli Abu Bakar, Zulfikli Marzuki, Amir Hussain, Mohd Nasir Ismail, Ahmad Kamil Hanafiah, Muh Amir Hanafiah, Tan Choon Chin, Mavalavan, Lian Kok Heng, Sundaraj Vijay, San Khaing, Shadul Islam, Abdul Sattar Sarjoon, Faycal Mamdouh, Mohamad Nakhrakhel, Muhammad Shuaib Hazral Bilal, Muhammad Zahid Zahir Shah, T Vasanthakumar, P Uthayakumar, R Kenghadharan, V Ganabatirau, M Manoharan dan Raja Petra Kamarudin.


"Bersiang-siang buat Kebajikan & Kemanusiaan. Bila malam, bertemu Tuhan!"



Tuesday 23 September 2008

Lemahnya Kuasa Politik Bumiputera Sabah Punca "Kebiadapan" Ahli Parlimen DAP Sabah

Salam.

Tengah malam tadi saya menerima sms daripada adinda saya, Raj Akbar a.k.a Laxmana ; dan meminta saya membaca berita di bawah ini......





DAP queries if Sulu Paper has Govt OK
06 August, 2008 - dipetik daripada Daily Ekspress News

Kota Kinabalu: DAP MP Dr Hiew King Cheu has urged the authorities to investigate if a new tabloid calling itself The New Sulu Times (Suara Tausug) is being published in compliance with its purported permit.

The 12-page newspaper being sold at RM1.80 per copy was handed to him by a complainant on Tuesday.

Written in the Tausug language and Bahasa Malaysia, the newspaper printed the Kementerian Dalam Negeri (KDN) permit number-1-20-Julai-KDN: PQ/PP1506(307).

"Why is a Sulu paper permitted to be published and sold openly in Sabah?

The content of the paper is about the Sulu Sultan, IMM13, and the street children issue, etc. Is it true that it has obtained the permit from the KDN?

"More important is whether it is following the guidelines stated in the permit?" he asked.

If the format of the newspaper is as it is being printed now, the general reaction of the public is that it should not be allowed to be published at all, he said.

Hiew called on the Home Affairs Minister to explain the reason the publication permit was issued as well as the conditions for the permit.

Ulasan saya :

Bagi saya ini jelas merupakan suatu kebiadapan berterusan yang dilakukan oleh beberapa pemimpin DAP. Dan dalam kes ini khususnya DAP Sabah. (Coz saya difahamkan ada sedikit perbezaan antara DAP Pusat dengan DAP Sabah, menurut YB. Chong Ng kepada saya suatu masa dulu...)

Apa pun, Dr. Hiew King Cheu sebagai seorang Ahli Parlimen di Sabah seharusnya sudah terlebih dahulu memahami perjalanan dan persejarahan politik Sabah itu sendiri sebelum "lancang" mengeluarkan kenyataan mahupun rumusan apatah lagi melayani "complaint" pihak-pihak tertentu yang juga barangkali "Buta Sejarah".

Mana-mana pemimpin politik yang buta sejarah selayaknya diarahkan berundur atau ditunjukkan jalan keluar dalam PRU-13 yang akan datang ANDAINYA tidak sedar dan TIDAK insaf serta TIDAK mohon maaf.

Adapun "Tausug" atau orang Suluk merupakan antara kaum utama dan penting di Sabah. Mereka merupakan bangsa yang pernah memerintah dan menjadi penduduk asal bagi negeri Sabah. Sabah sendiri dulunya merupakan tanah yang diperintah oleh kesultanan Sulu sebelum akhirnya terpaksa menjualkannya kepada kekuasaan dan proksi British di Borneo Utara.

Adalah sangat malang bagi seorang pemimpin politik negeri yang bersikap tidak bijak dalam menghadapi kepelbagaian kaum di negeri di bawah bayu itu. Terlupakah Dr Hiew betapa Ketua Menteri Ketiga Sabah ialah juga "Tausug" iaitu Tun Datu' Mustapha Datu' Harun?
Kenapa pulak nak marah dengan penerbitan The New Sulu Times?

Jika sekiranya pun akhbar tabloid itu ada memuatkan kisah berkaitan Kesultanan Sulu, ianya tak patut dijadikan isu kerana hakikatnya itu lah sejarah. Sejarah tidak boleh dinafikan oleh sesiapa! (Macam Ahmad Ismail kata lah ;) )

Pahlawan/ pejuang Islam terkenal di Sabah misalnya : (Almarhum Moyang saya dari sebelah ibu), Paduka Datu' Mat Salleh juga merupakan "Tausug" (Orang Suluk). Bukan kah itu juga tercatat dalam tinta sejarah negara khususnya sejarah negeri Sabah itu sendiri? Ada sesiapa yang mahu pertikaikan?

Lagi sekali saya tekan kan di sini ; "tausug" bukan bangsa penjajah, bukan juga bangsa asing, bukan juga bangsa pendatang, bukan juga bangsa yang menumpang di Sabah!

"Tausug" adalah bangsa pemerintah sejak awal pemerintahan Kesultanan Sulu sehinggalah Sabah masuk Malaysia pada tahun 1963! Jadi kenapa bangsa ini cuba dinafikan hak?

Tinggal lagi, sejujurnya saya melihat...selepas Sabah bersatu di dalam Malaysia, Kerajaan Persekutuan di bawah teraju BN GAGAL memastikan tanggungjawab mereka bagi membangunkan semua kaum yang ada di Sabah. (Jangan sensitif sangat yang membaca, ini juga hakikat!)

Bukan setakat itu, bahkan berlaku semacam penghakisan kuasa politik pribumi Sabah kepada pemerintah persekutuan.

Ini terbukti bila mana pada awal tahun 70-an, Sabah dilaporkan negeri kedua terkaya di Malaysia. Namun ironinya sekarang Sabah sudah direkodkan sebagai negeri kedua paling miskin dalam Malaysia! Kenapa dan bagaimana ini boleh berlaku?


Itulah saya katakan ; Lemahnya Kuasa Politik Bumiputera Sabah telah mengakibatkan pelbagai kepincangan berlaku termasuk kebidapan MP DAP ini yang mempertikaikan penerbitan akhbar tabloid berbahasa suluk.

Kemelut dan penyakit politik di Sabah semakin bernanah sehinggalah hari ini yang puncanya jika disusurgalurkan jelas terbit daripada pelbagai faktor termasuklah dasar pemerintahan dan pentadbiran BN itu sendiri.

Tidak terkecuali, bila mana munculnya pemimpin-pemimpin politik yang lebih mengamalkan kronisme, nepotisme dan korupsi. Akhirnya meletakkan rakyat Sabah dalam kedudukan yang "sangat bahaya" daripada pelbagai aspek sosial, ekonomi dan politik.

Panjang sejarah kalau nak story....

Apa pun, Saya SERU generasi muda Sabah bangkit senada dan bersama. Sebarkan slogan kita "MASA UNTUK BERUBAH. UBAH DEMI MARUAH!"


SALUGHAI BUHI', SALUGHAI ITU BARJUANG!
AGI IDUP, AGI NGELABAN!



Uniknya Azan...SubhanaLlah

Monday 22 September 2008

Masih Di Mata Saya Keadaan Rumah Mereka....

Dari kejauhan dia melambai tangan....menggamit hadhir kami ke muka pintu rumahnya yang terlalu usang.....panas terik hari itu sudah tidak terasa oleh kami bila melihat realiti kehidupan rakyat miskin di Daarul UMNO - Pontian, Johor..
Sepi...sunyi...tergamam melihat keadaan rumah yang tinggal tunggu masa ranap menyembah bumi..... Ya ALlah, pinjamkan kami kekuatan untuk membantu mereka yang dilupakan pemerintah dzalim....

Rumah ini berada di atas paya bakau. Di belakangnya sungai besar yang kapan sahaja mengganas dengan segala isinya bila hujan turun....



Boleh masuk ke?.... Hati-hati takut mendatangkan masalah kepada penghuni....kata seorang AJK DMPP, Puan Hjh. Kintan. Saya kata tak pe, saya kena masuk dan nak masuk lihat. Mak cik tua tuan punya rumah iaitu seorang ibu tunggal terus mempelawa saya melihat "dalam perut" rumahnya....langkah sahaja lantai pintu depan rumah jerlus ke dalam air.....
Ini sebahagian gambaran lantai rumah. Kami lihat lantainya "berombak" sekejap masuk lumpur, sekejap masuk air.....
Rumah ini tidak punya sebuah bilik pun. Atapnya atap nipah, dan sedikit peninggalan atap zink yang sudah buruk berkarat. Krew Singgah Ifthar benar-benar terkesima melihat suasana di dalam...jelas tiada bekalan air mahupun bekalan elektrik....Ya ALlah...kami sudah tidak mampu menahan sebak..air mata tumpah juga...

Dinding rumahnya nya berlubang di sana sini.....


Ini dia sebahagian rupa lantai rumahnya,jerlus ke dalam air sungai yang mengalir pasang....

Nah, berhampiran lantai yang jerlus tadi, dibuat pelantar kecil. Di situ ada bekas-bekas air yang jelas di dalamnya ada air yang sama mengalir di bawah rumah.... Rupanya di situ mereka mandi, membasuh dan mengambil air keperluan harian.............


Pak Lah, ini rumah rakyat selepas 50 tahun merdeka....tiada kah rasa berdosa? Kekayaan negara tidak diurus untuk membangunkan rakyat tetapi lebih diguna untuk apa????


Aduhai para pembaca...saya bertekad untuk membantu mereka. Bantulah kami untuk membantu mereka. Nun di sana ialah tandas rumah ini...sedang di sebelah tadi mereka mengaut air untuk kegunaan harian.....


Sunday 21 September 2008

Menyelami Susah Derita Hidup Rakyat Di Dalam Program Singgah Ifthar Musim Kedua - Selatan Tanah air

Salam.

AlhamduliLlah. Saya dan beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat ditemani oleh tiga orang adik Muslimat Muda yang cergas telahpun berjaya menamatkan Ekspedisi Singgah Ifthar ke negeri-negeri di Selatan tanah air ; Melaka pada 19 September, Johor pada 20 September dan diiukti oleh Negeri Sembilan pada 21 September 2008 bersamaan 21 Ramadhan 1429H.

Saya tidak akan menceritakan secara terperinci perjalanan kami dalam tempoh 3 hari tersebut. Cukuplah saya katakan di sini, alhamduliLlah atas segala pengalaman pahit manis itu dan alhamduliLlah atas pamitan insaf yang hadhir di hati-hati kami semua.

AlhamduliLlah juga lantaran Allah meminjamkan kekuatan buat kami untuk sabar menyelusuri realiti kehidupan rakyat di bawah sana meskipun cuaca sepanjang program terasa sangat panas.

Namun wajah-wajah gembira para insan susah dan mengharap (yang saya percaya terkejut dan terharu melihat kehadiran kami ke muka pintu rumah mereka) bagi menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian mereka ; begitu mengubati keletihan kami berjalan dari rumah ke rumah.

InsyaAllah, saya dan sahabat-sahabat berhasrat untuk mengemukakannya kepada para khalayak akan perjalanan krew Singgah Ifthar Musim Kedua ke Selatan Tanah Air untuk tontonan dalam bentuk video klip nanti, InsyaAllah.

Bersama ini saya sertakan beberapa gambar realiti hidup rakyat dibumi Selatan....













Thursday 18 September 2008

Kokus Ahli Parlimen - ISA - Cabaran Ketua Pembangkang Agar Diadakan SEGERA Sidang Tergempar Parlimen

Salam.

Kelmarin saya difahamkan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah mengadakan perbincangan darihal Penangkapan dan Penahanan Ahli Parlimen Seputeh, Puan Teresa Kok. Konsensus yang juga dibuat adalah penubuhan Kokus Ahli Parlimen Bagi Pembebasan Ahli Parlimen Seputeh.

Petang tadi lebih kurang jam 2.35 petang beberapa orang anggota Kaukus berkenaan telah menghantar sepucuk surat kepada Timbalan Ketua Polis Negara , Tan Sri Ismail Omar di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman.

Surat tersebut adalah bertujuan untuk membuat temujanji dengan Timbalan Ketua Polis Negara bagi membincangkan isu penangkapan dan penahanan Ahli Parlimen Seputeh di bawah Akta ISA.

Tarikh dan masa yang dicadangkan oleh Kaukus ialah esok 19 September 2008, pada jam 3.00 petang bertempat di pejabat Deputi IGP sendiri.

Hari ini saya juga difahamkan bahawa DSAI bersama Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat sudahpun menandatangani sepucuk surat yang akan dihantar kepada PM bagi mendesak agar diadakan SEGERA SIDANG TERGEMPAR PARLIMEN atas usul tidak percaya kepada Kerajaan Barisan Nasional. Sidang Tergempar itu diminta agar diadakan selewat-lewatnya Selasa depan, 23 September 2008 ( secara kebetulan sama dengan tarikh lahir saya ;) .

Well, to me inilah gambaran betapa seriusnya keadaan yang ada. PM sudah dicabar oleh bukan DSAI tetapi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia! Justeru, PM jangan berdolak dalik lagi. Hadapinya dengan segala keberanian yang ada. Lantaran kerana keberanian itu nanti adalah tanggungjawab tertinggi yang PM boleh mainkan bagi menghentikan segala kemelut dan persoalan 16 September itu sendiri.

Nah, kalau kita mahu lihat kebenaran Pelan Peralihan Kuasa Kerajaan sepertimana yang digembar-gemburkan PR pada 16 September yang lepas, sila dengan hormatnya PM sahut CABARAN RASMI KETUA PEMBANGKANG INI!
Jangan takut, rakyat semua di belakang PM!


PAS Tahu Senarai MP Lompat


Jimadie Shah Othman Sep 18, 08 11:31am

copy pasted from malaysiakini

Senarai bilangan ahli Parlimen Barisan Nasional didakwa akan menyertai Pakatan Rakyat telah dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat PAS Ahad lalu.

Berdasarkan senarai tersebut, kebanyakan mereka adalah dari Sabah dan Sarawak itu yang beragama Islam, demikian menurut ahli jawatankuasa PAS, Ahmad Awang (foto).

Perkara itu juga turut disahkan oleh seorang lagi ahli jawatankuasa PAS, Hashim Jasin yang juga pesuruhjaya PAS Perlis. Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak, berkata agenda itu dibawa daripada perbincangan Lajnah Politik parti itu sehari sebelumnya.

Bagaimanapun, katanya, senarai ahli Parlimen yang dikatakan akan melompat parti itu, menurut Ahmad, tidak lengkap.“Kita hanya umum nama-nama penting sahaja,” katanya kepada Malaysiakini.

Senarai itu, katanya, turut dibentangkan lebih awal dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung sebelum itu.

Terdapat wakil MCA,MIC

Ekoran itu, tegasnya, kepimpinan PAS yang menghadiri mesyuarat jawatankuasa pusat tersebut merasa ‘selesa’ dan yakin dengan pelan 16 September.Dalam senarai itu juga, kata Ahmad, terdapat wakil rakyat dari MCA dan MIC yang akan menyertai Pakatan.

“Sebab itu kita tengok MCA (contohnya) ada hentam penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Itu bunga-bunganya (tanda-tanda hendak keluar daripada BN),” katanya. Ahmad menegaskan, perancangan Pakatan untuk mengambil alih kerajaan paling lama selepas perhimpunan agung Umno.

"Walaupun mereka kata kita (buat) gimik, sebenarnya mereka panik. Perletakan jawatan (bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Zaid Ibrahim dan pergolakan dalaman Umno menjelang pemilihan parti itu, memberi kelebihan kepada Pakatan,” katanya.

Diminta mengulas beberapa kenyataan pemimpin PAS yang menunjukkan pendirian tidak yakin dengan peralihan kuasa yang diusahakan Anwar, beliau berkata:“Suara yang tidak percaya adalah dari satu hala, (mereka) agak konservatif.

Kita terus dengan keputusan muktamar agung dan dalam masa yang sama berwaspada. Kita mahu mendokong kerajaan yang (pemimpin) Islam dominan. Islam sebagai pasak,” katanya.

Beliau juga menyifatkan teguran keras Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap kenyataan pengarah pilihanraya Pusat parti itu, Mustafa Ali yang berkata 16 September tidak akan berlaku, sebagai pandangan peribadi yang “berlebih-lebihan”.


Strategi politik

Manakala Hashim yang turut hadir dalam mesyuarat itu Ahad lalu mengesahkan wujudnya senarai tersebut.Bagaimanapun, katanya, mesyuarat hanya dimaklumkan mengenai bilangannya sahaja mengikut pecahan negeri.

“(Contohnya) mesyuarat sebut Sabah berapa bilangan, Sarawak berapa bilangan, macam itulah,” katanya kelmarin telah diisytiharkan sebagai wakil rakyat Sanglang, Perlis . Bagaimanapun, katanya, tidak ada sebarang keputusan muktamad dibuat dalam perbincangan mengenai senarai itu.

Hashim berkata, beliau tidak tahu sama ada senarai penuh diketahui oleh pemimpin-pemimpin tertentu PAS dan tidak diumumkannya atas alasan strategi politik.“(Presiden PAS, Datuk Seri) Abdul Hadi Awang pun bukan semua dia boleh bagi tahu kita,” katanya.

Wednesday 17 September 2008

Solidarity Vigil Untuk Kickdefella Esok, 18 September 2008

Kepada semua aktivis dan reformis Malaysia Baru, esok Khamis, 18 September 2008 ; satu program Solidarity Vigil For Kickdefella akan diadakan pada jam 8.30 malam infront Commercial Crime, KL. DATANG JANGAN TAK DATANG!
Salute!

ISA Untuk Anwar? Sah Pak Lah Dan BN Takut!

Salam.

Tidak terkecuali hari ini Pak Lah juga tanpa berselindung mengungkapkan bahawa Anwar kini merupakan ancaman terhadap ekonomi dan keselamatan negara. Setelah gagal menundukkan Anwar dengan komplot "Liwat Saiful" yang memalukan Anwar dan keturunannya, kini al Imam al Hadhari ini maju selangkah dengan menggambarkan kemungkinan ISA bakal dipasungkan pula ke tengkuk Ketua Pembangkang Malaysia ini.

Hujjahnya jelas : Anwar kononnya telah mewujudkan satu pola politik negara yang tidak selamat dan huru hara dan impaknya kepada prestasi ekonomi negara. Semudah itu Pak Lah cuba lari daripada tanggungjawabnya terhadap kegagalannya sendiri sepanjang mengepalai Kementerian Kewangan khususnya & Kerajaan Malaysia amnya.

Bagi saya, semakin Pak Lah mahu memperbaiki keadaan, sebenarnya semakin dia merosakkan segalanya. Pepatah Melayu kata "ibarat tupai membaiki labu"!

Saranan semua pihak agar Pak Lah berundur sahaja seolah-olah tidak penting. Semua orang percaya bahawa Pak Lah WAJAR BERUNDUR. Namun, hanya Pak Lah & teamnya yang berpendapat bahawa dengan mengekalkan jawatan itu lebih bertanggungjawab. Kasihan sungguh...

Sejujurnya, saya tidak pernah melihat pemimpin politik yang begitu bangkrap dengan kebijaksanaan dan kemanusiaannya! Semua itu saya hanya lihat bilamana saya melihat dan mengikuti perkembangan politik Pak Lah.

Sejujurnya juga berani saya katakan bahawa Pak Lah benar-benar sudah rosak! Saya doakan agar Pak Lah sedar Lah sebelum segalanya sangat terlewat kerana apa pun saya tidak mahu generasi muda negara bakal mengenang Pak Lah sebagai PM yang bangkrap dan korup!

ISA untuk Anwar bukanlah langkah bijak. Sudah "terang lagi bersuluh" tindakan itu sangat memperlihatkan ketakutan Pak dan BN terhadap kemaraan Anwar atau lebih tepat KEMARAAN & KEMARAHAN RAKYAT.

Barangkali semua orang lupa dan of coz Pak Lah juga alpa, bahawa Anwar hanyalah sebagai satu lambang dalam plot besar kebangkitan kuasa rakyat! Tsunami kebangkitan baru kuasa rakyat ini sebenarnya muncul daripada setiap rumah rakyat Malaysia yang rindukan pembaharuan dan kesejahteraan.

Justeru, tidak cukup menangkap Anwar seorang. Tangkap juga seluruh rakyat Malaysia yang telah menolak BN dalam PRU-12 yang lepas. Tangkap juga semua pengundi yang mengundi Pakatan Rakyat di Permatang Pauh! Nah, tangkap sahajalah semuanya yang tidak menyokong BN kerana mereka itu semua adalah "ancaman kepada keselamatan negara"! Kami sudah faham... "ancaman keselamatan negara" = "ancaman keselamatan Pak Lah, keselamatan Pak Jib, keselamatan kuasa BN"!!!


Kasihan rakyat... Kasihan juga negara ini.