Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Monday 8 September 2008

K'jaan Selangor: Jangan Politik Bantuan Mangsa Ribut Di Klang

(Malaysiakini.com) Sep 9, 08 11:15am

Kerajaan negeri Selangor mendapati terdapat bantuan yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat, khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat, tidak sampai ke tangan mangsa ribut di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar semalam, perkara itu diketahui menerusi lawatan yang dibuat ke kawasan terbabit.

"Kejadian ini amat dikesali dan sepatutnya dibincang oleh semua pihak mengapakah perkara seumpama ini boleh terjadi," tambah kenyataan itu lagi.

Namun, katanya, isu penting itu telah diabaikan dan sebaliknya terdapat segelintir pihak yang cuba memainkan isu kehadiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, dengan memutarbelitkan perkara yang dicakapkan beliau dalam soal jawab bersama media selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa pada 6 September lalu.

Abdul Khalid turut diiringi Pengerusi lawatankuasa Tetap Kebajikan, dan Inovasi; ahli Exco yang juga Adun Selat Klang, Dr Halimah Ali; Pegawai Daerah Klang, Bakhtiar Husin dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang, Mislan Tuglu.

"Isu pengurusan penyaluran bantuan bencana alam di DUN Selat Klang sebenarnya sudahpun ditangani sejak hari pertama kejadian lagi oleh Dr Halimah Ali. "Beliau sudah mengerahkan seluruh jentera kawasan memantau, meninjau serta turut membuat bancian terhadap mangsa dan jumlah kerosakan."Penyerahan bantuan dibuat dengan lebih teratur serta adil dalam setiap pembahagian tanpa mengira bangsa, agama mahupun fahaman politik mereka," katanya.

Tolak amalan lapukMenurutnya kenyataan itu lagi, kerajaan negeri Pakatan Rakyat tidak rnahu meneruskan amalan lapuk kerajaan terdahulu yang hanya menguntungkan sesetengah pihak daripada segi "public relation".

"Walaupun sokongan moral itu perlu, namun mangsa bencana sebenarnya lebih memerlukan bantuan, daripada kehadiran pemimpin yang anya datang untuk berjabat tangan dan rnenghulurkan sedikit wang yang bergimikkan politik murahan.

"Amalan politik murahan ini sudah menjadi tradisi pemimpin terdahulu, dan atas dasar itu, menteri besar tidak terkejut erhadap sikap pihak-pihak yang terlibat, termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak, yang ghairah memainkan isu kehadiran beliau di Selat Klang.
"Kenyataan Najib memperlihatkan bahawa beliau sebenarnya masih tidak serik dan tidak mengambil iktibar daripada kejadian bencana tsunami yang melanda kita beberapa tahun yang lepas. "
Laporan audit mengesahkan bahawa bantuan kerajaan pusat kepada mangsa tsunami di Kedah tidak sampai kepada mangsa walaupun dengan kehadiran beberapa orang menteri termasuk Najib.

"Ini jelas menunjukan bahawa kehadiran seseorang pemimpin sebenarnya tidak menjanjikan penyelesaian rnasalah. Hal yang penting adalah pelan tindakan yang betul ataupun terancang yang boleh rnemberi manfaat semua rnangsa," tambah kenyataan itu.

Operasi secara profesionalMenurutnya, kerajaan negeri Pakatan Rakyat beroperasi secara profesional dan menegaskan bahawa ia tidak memerlukan kehadiran menteri besar semata-mata untuk memastikan bantuan sampai kepada mangsa.

"Kerajaan negeri menaruh penuh kepercayaan kepada YB kawasan serta Exco berkaitan bagi memantau jenis bantuan serta kesan bencana alam tersebut. "Menteri besar dengan ini menyeru semua rakyat Selangor agar mula menukar corak pemikiran ataupun perspektif berkaitan isu pengurusan bantuan bencana alam, iaitu perkara utama yang diperlukan ialah bantuan dan bukanlah sekadar kunjungan seorang menteri!

"Kerajaan negeri sedang bekerja keras bagi memastikan semua mangsa bencana menerima bantuan yang setimpal. Yayasan Amal, sebuah badan NGO yang mempunyai pengalaman mengendali bantuan kepada mangsa bencana, juga sudah menggerakkan jenteranya bersama-sama kerajaan negeri menghulurkan bantuan kepada mangsa," kata kenyataan itu lagi.

Manakala lawatan bantuan dari rumah ke rumah, tambahnya, sedang bergerak sekarang dalam usaha rnemastikan semua rnangsa bencana alam di Dun Selat Klang mendapat bantuan yang sewajarnya. "Keadilan yang diberikan kepada semua mangsa bencana alam di Selat Klang juga membuktikan kesungguhan kerajaan negeri dalam usaha memacu pentadbiran Selangor dengan lebih telus sejajar dengan dasar 'merakyatkan ekonomi Selangor'," tambah kenyataan itu.


No comments:

Post a Comment