Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Tuesday 9 September 2008

Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Pensiangan

sandakanorigin.blogspot.com

Tuesday, September 9, 2008


Sekiranya tiada rayuan dibuat ke Mahkamah Pilihanraya selepas 14 hari dari keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa keputusan Pilihanraya P.182 Pensiangan sebagai batal maka SPR haruslah menetapkan satu tarikh bagi Pilihanraya Kecil bagi parlimen tersebut. Apapun keputusan mahkamah, jentera Pakatan Rakyat haruslah digerakkan bagi mempastikan 'urang sabah tidak kasi malu sama Pakatan'.

Parlimen Pensiangan terletak di kawasan Pedalaman Bawah Sabah dan hanya kira-kira 20 kilometer dari sempadan Indonesia ( Pengundi hantu ?) . 2 DUN yang terletak di bawah Parlimen ini iaitu N.37 Nabawan dan N.38 Sook. Pensiangan merupakan kawasan baru selepas persempadan semula tahun 1999 dan sebelumnya hanya merupakan sebuah DUN.

Bersempadan dengan daerah Keningau di bahagian Utara dan bersebelahan dengan daerah Kalabakan di bahagian bawahnya. Boleh dihubungi melalui sistem jalanraya samada dari Keningau ataupun Tawau. Kawasan piggir laut terhampir dari Pensiangan adalah 155km.

Jika dilihat dari segi komposisi kaum di daerah ini, kaum bumiputera bukan Islam merupakan kaum teramai di Parlimen ini dengan kira 85% dari jumlah keseluruhan penduduk, majoritinya dari suku kaum Murut dan Dusun. Selebihnya terdiri dari Bumiputera Islam 12%, Cina 1.9% dan lain-lain 0.1%. Majoriti penduduk kawasan ini bergantung hidup kepada ekonomi pertanian tradisional dan perniagaan kecil-kecilan.

Jangkauan media elektronik hanyalah RTM 1 dan 2. Itupun kalau tak hujan, kalau hujan kita bolehlah menonton "rintik-rintik hujan" tu kat tv. Suratkhabar tempatan biasanya boleh dibaca pada hari yang sama, dan suratkhabar utama seperti berita harian dan utusan boleh dibaca selepas 2 hari peristiwa tu berlaku. Maksudnya kalau banjir kat kedah berlaku hari rabu, hari jumaat baru penduduk pensiangan dapat tengok berita tu. Tapi jangan tak tahu, penduduk Pensiangan sebenarnya mempunyai acces kepada media yang paling terbuka di Malaysia!! kenapa, tak percaya?? Ini kerana mereka boleh membeli parabola dari negara jiran dengan harga yang murah.Astro apa barang??kat sini nak tengok channel venezuela pun selamber je.

Dari sudut politik, sebelum Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, tiada sesiapa yang boleh berbangga yang Pensiangan adalah kubu kuat mereka. Ini kerana sejarah mencatatkan bahawa pertandingan di kawasan ini biasanya sengit dan hanya dimenangi oleh seseorang calon dengan majoriti yang kecil.

Pada tahun 1976, ketika pensiangan masih merupakan sebuah DUN, calon parti Berjaya, memenangi pilihanraya dengan majoriti 605 undi. Pada tahun 1986, calon PBS Adut Sigoh memenangi kawasan Dun Pensiangan dengan majoriti 1603 undi menewaskan calon Usno dan Bebas. Pada tahun 1999, Ulin Pamiang dari PBS memenangi kawasan tersebut dengan jumlah majoriti undi sebayak 1279. Selepas persempadan semula tahun 1999, Pensiangan diletakkan sebagai Kawasan Parlimen yang meliputi Dun Nabawan dan Sook. Pada piliharaya tahun 2004, calon PBRS-BN Bernard Maarat @ Ben memenangi kawasan ini dengan majoriti tipis 608 undi.

Pola pengundian ini menunjukkan bahawa pengundi di Parlimen Pensiangan tidak memilih calon berdasarkan parti kerana dalam piliharaya-piliharaya yang lepas beberapa calon dari parti yang berbeza telah berjaya memenangi kawasan ini. Ini memberikan peluang kepada calon dari mana-mana parti politik untuk memenangi kawasan ini dalam pilihanraya kecil yang akan datang termasuklah calon dari Pakatan Rakyat (PR).

Perlu difahami bahawa pengundi-pengundi dari kawasan Parlimen ini mempunyai pertalian saudara antara satu sama lain dan terikat dengan adat-adat suku kaum Murut yang ketat. Oleh itu bagi mempastikan calon yang dipilih itu diterima oleh pengundi, faktor keluarga dan keturunan memainkan peranan yang besar. Begitu juga dengan faktor suku kaum dan agama.

Isu-isu yang boleh menarik perhatian pengundi seperti ekonomi, permasalahan milikan tanah, kemudahan infrastruktur dan utiliti harus ditangani dengan penuh bijaksana oleh parti yang bertanding.

Satu lagi faktor penting dalam menarik undi di parlimen ini adalah faktor agama. Seingat saya dan melalui pengalaman beberapa bulan duduk di daerah Nabawan mendedahkan saya betapa kuatnya pegangan pnduduk di sini kepada agama Kristian sebagai agama utama disamping kpercayaan nenek moyang. Calon yang dilihat mempunyai latar belakang agama yang kuat dan rapat dengan budaya tempatan mempunyai [peluang yang cerah untuk memenangi hati pengundi.

Salah satu ancaman yang perlu diawasi oleh calon PR adalah pengundi hantu. Dekatnya kawasan ini dengan sempadan Indonesia membolehkan pengundi hantu mengundi tanpa dapat dikesan. Agak sukar untuk membezakan penduduk tempatan dan negara jiran kerana mereka terdiri dari suku kaum yang sama.

Seperti mana kawasan pedalaman yang lain, penduduk di kawasan ini meletakkan persoalan pembangunan dan ekonomi sebagai keutamaan dalam memilih calon mewakili mereka di Parlimen. Sesungguhnya umum mengetahui kepakaran BN dalam soal mambawa 'pembangunan mee segera' dalam pilihanraya.

namun dalam suasana ini, saya yakin dan percaya bahawa penduduk Pensiangan dan Sabah amnya bijak untuk memilih pemimpin yang benar-benar mampu untuk mengangkat dan membela nasib mereka yang selama ini terpinggir. Sekiranya PR berkerja keras dalam pilihanraya kecil yang mungkin berlaku, peluang untuk memenangi kerusi Parlimen Pensiangan adalah cukup cerah.

2 comments:

  1. assalamualaikum...
    salam pembuka ukhwah terjalin, maaf mencela tanpa izin,kalau saya tersilap pandangan,, maaf ku pinta sesama insan....

    hebat pena perjuangan anda dalam meneliti keadaan persekitaran...
    bukan nak mengkritik atau memperkecilkan pandangan anda, tapi itulah hakikat kelemahan manusia..

    jika pola pengundi menjadi ukuran, pengundi hantu pula menjadi kerisauan, jangan yakin pada fakta azali, sebab kawasan sabah hanya percaya pada pembangunan yang nampak berbanding kata-kata manis yang tersimpul rapi.

    kalau dulu pesaing BN adalah PBS, tapi kini kekukuhan BN bertambah dengan kemasukan PBS... bukan aku hendak perkecilkan PKR, cuma bagi rakyat parti yang tidak releven tidak layak untuk dipilih. sama seperti perjuangan PAS yang berkubur di TAWAU.. yang kini hanya jadi tabika usang dibeberapa buah kampung..

    aku berkata bukan sesedap rasa, tapi itulah realiti semasa, calon BN kuat pengaruhnya.... harapan menang adalah besar...

    faktor kemenangan BN akan bertambah lagi jika peristiwa 16 september yang digembar-gemburkan oleh ANWAR tidak berlaku... ingat rakyat tidak suka pada penipu..

    satu lagi yang perlu diingat, hanya 1 kerusi parlimen ja yang lepas kat PR berbanding persaingan sengit antara BN dan PBS ketika PBS belum menyertai BN..

    benar apa yang anda perkatakan,
    tentang soal kemunduran di kawasan itu....
    tapi jangan lupa bahawa, kalau kerajaan BN sekarang pun blh buat sedikit demi sedikt, belum tentu lagi PR akan mampu lakukan..
    janji BN pada rakyat sabah umpama mee segara, "kalau menang rakyat dapat, tapi kalau tidak menang hangus"....

    apa sangat la yang PR boleh lakukan, sebab terlalu hebat la rakyat terengganu yang sebelum ini memuja PR berubah hati dan semakin sedar... yang PR tak boleh buat apa2 utk memajukan negeri itu...

    jangan yakin dengan kemenangan 5 negeri, sebab cakap2 rakyat kat warung kopi sering berbunyi " nak cuba sejauhmana keberkesanan kerajaan PR"... kalau tempoh percubaan ini tidak meyakinkan, maka kerajaan PR akan lingkup....

    BENAR ATAU TIDAK..terpulang pada takdir dak waktu yang bakal menentukan segalanya...

    ~QaMaR~

    ReplyDelete
  2. Salam.
    Ramadhan kareem.
    Apa saya kira saya boleh memanggil saudara/i dengan nama pendekar laut? atau qamar?

    AlhamduliLlah..syukran atas respon ini. Buah fikir yang saya kira agak cemerlang dan wajar disambut perbincangan ini oleh segala generasi sabahans..

    Ayuh! Saya seru kepada semua yang komited dan prihatin terhadap masa depan Sabah dan rakyatnya agar kita terus memperkatakannya.

    Khilaf di sudut pandangan tidak mengapa kerana akhirnya nanti kita bakal menemukan satu rumusan yang lebih kukuh dan bertanggungjawab.

    Sila...

    ReplyDelete