Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Thursday 18 September 2008

Kokus Ahli Parlimen - ISA - Cabaran Ketua Pembangkang Agar Diadakan SEGERA Sidang Tergempar Parlimen

Salam.

Kelmarin saya difahamkan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat telah mengadakan perbincangan darihal Penangkapan dan Penahanan Ahli Parlimen Seputeh, Puan Teresa Kok. Konsensus yang juga dibuat adalah penubuhan Kokus Ahli Parlimen Bagi Pembebasan Ahli Parlimen Seputeh.

Petang tadi lebih kurang jam 2.35 petang beberapa orang anggota Kaukus berkenaan telah menghantar sepucuk surat kepada Timbalan Ketua Polis Negara , Tan Sri Ismail Omar di Ibu Pejabat Polis, Bukit Aman.

Surat tersebut adalah bertujuan untuk membuat temujanji dengan Timbalan Ketua Polis Negara bagi membincangkan isu penangkapan dan penahanan Ahli Parlimen Seputeh di bawah Akta ISA.

Tarikh dan masa yang dicadangkan oleh Kaukus ialah esok 19 September 2008, pada jam 3.00 petang bertempat di pejabat Deputi IGP sendiri.

Hari ini saya juga difahamkan bahawa DSAI bersama Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat sudahpun menandatangani sepucuk surat yang akan dihantar kepada PM bagi mendesak agar diadakan SEGERA SIDANG TERGEMPAR PARLIMEN atas usul tidak percaya kepada Kerajaan Barisan Nasional. Sidang Tergempar itu diminta agar diadakan selewat-lewatnya Selasa depan, 23 September 2008 ( secara kebetulan sama dengan tarikh lahir saya ;) .

Well, to me inilah gambaran betapa seriusnya keadaan yang ada. PM sudah dicabar oleh bukan DSAI tetapi Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia! Justeru, PM jangan berdolak dalik lagi. Hadapinya dengan segala keberanian yang ada. Lantaran kerana keberanian itu nanti adalah tanggungjawab tertinggi yang PM boleh mainkan bagi menghentikan segala kemelut dan persoalan 16 September itu sendiri.

Nah, kalau kita mahu lihat kebenaran Pelan Peralihan Kuasa Kerajaan sepertimana yang digembar-gemburkan PR pada 16 September yang lepas, sila dengan hormatnya PM sahut CABARAN RASMI KETUA PEMBANGKANG INI!
Jangan takut, rakyat semua di belakang PM!


No comments:

Post a Comment