Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Wednesday 17 September 2008

Peralihan Kuasa Pak Lah Ke Kementerian Pertahanan - Bersiap Hadapi Kemungkinan Darurat & MAGERAN???


Salam.

Terbaru Pak Lah umumkan satu "Peralihan Kuasa", berkuatkuasa serta merta. Kementerian Kewangan diserahkan kepada Timbalannya iaitu Pak Jib, manakala Pak Lah "take over" Kementerian Pertahanan.

Analisa dan pemerhatian saya ialah :
  1. Pak Lah (dan kumpulan think tank dan sarafnya) tahu bahawa suasana mood rakyat, negara dan dunia la ni adalah suasana "perubahan" dan "peralihan". Justeru bagi memastikan Pak Lah untuk dianggap dan dilihat sebagai relevan dalam senario semasa dan massa maka "peralihan kuasa" itu mesti dibuat meski sekadar untuk dua kementerian.

  2. Tindakan Pak Lah itu adalah sebagai satu cara "memuaskan hati" beberapa pihak yang walau apa pun keadaan tetap mahu melihat peralihan kuasa.

  3. Untuk melemahkan pengaruh Pak Jib yang sudah semakin "berjangkar" di Kementerian Pertahanan dan yang sudah menguasai serta mempunyai pengaruh kuat terhadap panglima-panglima pertahanan negara sehingga panglima-panglima itu kononnya lebih setia dan bersedia untuk membantu Pak Jib andainya berlaku apa-apa?

  4. Peralihan kuasa di dua kementerian itu juga sebenarnya adalah untuk "mengenakan" Pak Jib. Justeru timbul penegasan Pak Lah melalui "bayangan kemungkinan" yang disuarakannya dalam sidang media peralihan tersebut petang ini bahawa : kemungkinan peralihan kuasa sebagai PM dan Presiden UMNO akan dibuat lebih awal berbanding 2010 dan itu SANGAT BERGANTUNG KEPADA PRESTASI PAK JIB! Faham dak, Peralihan Bergantung Kepada Prestasi Pak Jib!!!

  5. Persiapan Pak Lah untuk berhadapan kemungkinan pengisytiharan Darurat Dan MAGERAN!!! Sebab itu Pak Lah mesti pegang and in charge Kementerian Pertahanan?

Nah, banyak lagi analisa dan penelitian saya....cuma sekadar berpada-pada. ISA kan la ni sedang MENGAMUK!


1 comment:

  1. Salam...

    Pergh!!!

    Orang politik memang orang politik kan?

    Pandangan ini harus disebarkan.

    Mohon meng-copy-nya dan paste di my laman k...

    Pandangan yang agak menyeluruh...

    ReplyDelete