Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Tuesday 5 August 2008

UMNO VS UMNO ! Lagi Kes Politik Rasuah Diterima BPR

06-08-2008 05:45:38 AM

PETALING JAYA: Veteran Umno, Datuk Mazlan Harun hari ini membuat laporan di Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap pucuk pimpinan tertinggi Umno yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti manakala Setiausaha Agung pula mengakui telah menerima banyak laporan mengenai pergaduhan dan politik wang dari seluruh negara.

Laporan hari ini dibuat berdasarkan dakwaan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim dalam sepucuk suratnya kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor selaku Setiausaha Agung Umno, yang mendakwa bahawa pucuk pimpinan parti telah melakukan rasuah politik, kata Mazlan ketika ditemui di pejabat BPR Wilayah Persekutuan di sini selepas membuat laporan itu.

Kata Mazlan, berkata laporan itu dibuat bertujuan memastikan proses pemilihan Umno di semua peringkat dijalankan tanpa sebarang penyalahgunaan kuasa.Ditanya sama ada apa-apa bukti dikemukakan kepada BPR, beliau berkata semua dokumen berkaitan dakwaan tersebut telah diserahkan kepada BPR.

No comments:

Post a Comment