Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Tuesday 5 August 2008

Pemuda, Muslimat Sokongan Tindakan Pelawa Ahli Umno Sertai PAS


Written by Nuha Rahim
Friday, 01 August 2008


KUALA LUMPUR, 1 Ogos - Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS menyokong saranan Naib Presiden PAS Pusat, Mohamad Sabu yang mempelawa pemimpin-pemimpin utama Umno menyertai parti itu.


"Memang menjadi sebahagian daripada hasrat dalam misi dakwah parti mengajak sesiapa sahaja termasuk pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno menyertai kita bagi memartabatkan Islam," kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub ketika dihubungi oleh Harakahdaily hari ini.


Sekiranya Umno benar-benar ikhlas, tegasnya, mereka perlu bersedia untuk berkongsi dengan PAS.


Sementara itu, menurut Setiausaha Dewan Muslimat, Aiman Athirah Al-Jundi pula, dalam beberapa ceramah misalnya, seringkali kita menawarkan kepada Wanita Umno untuk menyertai dewan itu beserta syarat penerimaan dasar Islam sebagai satu cara hidup.


"Kita melihat bahawa BN bukanlah wadah terbaik dalam memartabatkan wanita. Walaupun Pakatan Rakyat masih baru, namun beberapa usaha Pakatan Rakyat dilihat mampu memartabatkan wanita seperti perlantikan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri di Perak dan Selangor," jelasnya.


Beliau turut menegaskan bahawa PAS tidak sekali-kali menjanjikan jawatan kepada pemimpin mahupun ahli Umno yang bercadang untuk menyertai parti tersebut.


"Sekiranya ada di kalangan mereka dari Umno masih sayangkan rakyat dan mahu menyumbang bakti lagi, maka PAS adalah pilihannya. Dan apa yang kita mahu dan terima adalah mereka yang benar-benar ikhlas," katanya.


Athirah berkeyakinan bahawa orang-orang Umno kini sudah hilang kepercayaan akan kemampuan parti berusia lebih separuh abad itu mempertahankan isu Islam dan Melayu lantaran masalah-masalah yang timbul.


"Sejarah membuktikan bahawa betapa Umno menzalimi rakyatnya sendiri. Bayangkan ISA yang kini mencecah usia 48 tahun masih terus-terusan dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu," jelasnya.


Beliau turut mempersoalkan tentang nasib isteri mangsa-mangsa tahanan ISA yang tidak terbela.


"Umno jangan sekali-kali ingat rakyat mudah lupa akan hal ini. Tidak sekali-kali. Dan kenapa masih tiada kesediaan pihak kerajaan untuk turun padang menyelami sendiri keadaan tahanan seterusnya ahli keluarga tahanan?" tanya beliau lagi.


Hal ini, katanya, menggambarkan Umno bagai sudah tidak relevan dalam memperjuangkan kepentingan Islam dan nasib orang-orang Melayu.


Sementara itu, Dewan Muslimat juga mengucapkan setinggi-tinggi syabas kepada seluruh kepimpinan parti kerana membuat keputusan yang matang dengan menolak kerjasama dengan BN seterusnya menetapkan pendirian untuk terus memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat.

No comments:

Post a Comment