Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Thursday 11 September 2008

Dr. Siti Mariah Dakwa Isu Perkauman "Permainan Politik UMNO"

Abdul Rahim Sabri Sep 11, 08 4:43pm

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud mendakwa, isu perkauman yang ditimbulkan sejak akhir-akhir ini adalah "permainan politik Umno kerana kehilangan sokongan daripada rakyat bukan Melayu".

"Sekarang mereka berusaha untuk mendapatkan balik sokongan Melayu Islam, kononnya dengan memperjuangkan Islam," kata Dr Siti Mariah yang juga ahli Parlimen Kota Raja di Selangor.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis terhadap Datuk Seri Khir Toyo yang mendakwa ada usaha untuk menghalang laungan azan di Selangor. Dr Siti Mariah membuat laporan tersebut di ibu pejabat polis Dang Wangi pada jam 11.30 pagi tadi.

Turut bersama beliau adalah Setiausaha Dewan Muslimat PAS, Aiman Athirah Al-Jundi.

Dr Siti Mariah menjelaskan, sebagai ahli PAS, beliau terus komited bersama-sama dengan PKR dan DAP untuk menjaga perpaduan di Malaysia, terutama di negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Semak hansard

"Kami tidak sekali-kali membenarkan pihak-pihak begini, untuk membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat Malaysia," kata Dr Mariah.

Sehubungan itu beliau menyarankan, jika timbul perkara-perkara yang tidak menyenangkan agama lain, maka ia boleh dibawa berbincang di kalangan pemimpin pakatan terutama di negeri-negeri yang diperintahnya.

Beliau menafikan isu azan telah dibahaskan oleh (Ahli Dewan Undangan Sri Serdang), Datuk Satim Diman dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

"Pagi ini saya telah terima satu hansard dari Speaker - muka surat 44 hingga 49 iaitu catatan perbahasan Datuk Satim - tidak ada langsung timbul mengenai laungan azan, sedangkan dalam kenyataan Dr Khir, beliau mengatakan PKR dan PAS tidak berbuat apa-apa bila perkara itu timbul," katanya.

Katanya, beliau menyemak hansard tersebut berikutan tulisan blog pembelamelayu. com yang mendakwa Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, menyokong petisyen penduduk membantah azan di Puchong yang diserahkan kepada Satim Diman dan dibawa ke sidang DUN.

Bagaimanapun, katanya, beliau mendapati tidak ada petisyen yang dibawa ke dalam sidang DUN.
Pertahan status quo
Dalam sidang media yang sama, Dr Siti Mariah juga mendakwa, sebelum pakatan memerintah, terdapat juga surau-surau di Selangor yang tidak dibenarkan mengadakan siri-siri tazkirah.

"Sedangkan di Selangor, di bawah Datuk Seri Khir Toyo, surau-surau ada yang tidak berfungsi, (ada yang) dikunci," katanya sambil menambah surau-surau tersebut berfungsi semula di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Beliau juga menjelaskan, sebelum Pakatan memerintah, penceramah agama Islam tidak bebas berceramah di Selangor, Perak dan Kedah. Ekoran itu, Dr Siti Mariah menafikan bahawa pemimpin DAP di Selangor menghalang atau menganggu hal ehwal agama Islam di negeri itu.

Sementara itu, Aiman Athirah pula menyeru pemimpin dan ahli Umno supaya bertenang kerana menurutnya, Pakatan akan mempertahankan status quo yang sedia ada sekiranya mengambil alih pentadbiran negara.

"Status quo pada Islamnya, status quo pada Melayunya, yang dipersetujui oleh kepimpinan politik antara kaum terdahulu, kita akan pertahankan status quo itu," kata Aiman.

5 comments:

  1. Salam. Tahniah Dr Mariah dan Sdri Aiman. Satu usaha ke arah menegakkan kebenaran dan membenteras fitnah, ketidakstabilan dan kebencian bukan Islam pada agama kita. Teruskan usaha.

    ReplyDelete
  2. semoga Saudari Aiman, Dr. Halimah, Puan Fauziah Salleh, Dr. Siti Mariah keluarga dan keturunan dalam rahmat dan diberi kejayaan dunia dan akhirat.

    Semoga dikurniakan nikmat Laila-tul-Qadar.

    kenapa dr. pulak yang membuat aduan tentang isu azan itu..

    alasan 'perkauman dan pergeseran' walaupun ada, kecil sangat sumbanganya [jika orang Melayu/ Islam yang jadi pengadu].

    tidakkah 'tindakan' dr. itu lebih besar akibatnya kepada 'pergeseran' sesama kaum.

    tidakkah 'tindakan' itu melahirkan syak dikalangan sesama kaum.

    tidakkah 'tindakan' itu menampakkan dr. diperalatkan.

    kak..
    kebaikan seorang 'pengangkat tong najis' tahun enam puluhan dulu .. dihargai kerana mententeramkam alam sekitar.

    penyapu sampah pun begitu.

    pencuci bangunan pun begitu. tentunya pesakit yang datang berjumpa dr. dulu juga membuat kebaikan kerana membantu dr. terus aktif sehingga hari ini, walaupun tak semua pesakit sembuh selepas dirawat oleh dr.

    kak.. anak-anak kak semua sayangkan kak, walaupun mereka kencing malam, nak itu-ini, banyak guna duit namun mereka tetap anak kak dan kak tentu sayangkan mereka juga.. kerana mereka anak-anak kak.

    kak pernah bersedeqah kan..
    kenapa bersedeqah?
    dia tidak wajib.

    kenapa kadang-kadang kak rasa tak patut bersedeqah pada seseorang sedangkan selalunya kak suka bersedeqah..

    perkara kebaikan dibuat dengan peraturan, bukan ikut suka..

    kak fuziah salleh nak ke taiwan - dengan siapa dia pergi tu .. kak tak nak report ke pejabat kadhi ke..

    saya tidak berniat selain dari sayang pada orang islam.

    tolong kak fikirkan siapa yang lebih untung dengan 'tindakan' kak yang tersiar diMalaysia kini tu..

    mahkota ibu/ wanita pada rahimnya..

    dicipta khas untuk bangunkan manusia.

    apakah 'mahkota' itu dijagai pattern asalnya.

    apakah 'mahkota' itu berfungsi lagi.

    maafkan saya..

    mustaffa ali ibrahim.
    [tidak mewakili mana parti politik]
    saudara islam.
    saudara@atometal.com

    ReplyDelete
  3. Salam saudaraku Mustaffa...
    Ramadhan kareem.
    AlhamduliLlah dan terima kasih atas luahan saudara. Saya dapat menghidu keluh kesah itu...
    Namun, sebagai muslim biarlah kita mengajar rakyat kita kepada kebenaran; baik yang tersurat apath lagi yang tersirat.
    Sebelum mengambil keputusan untuk ke IPD Dang Wangi,pihak kami sudahpun meneliti,mengkaji dan menyemak hal-hal yang berkaitan.
    Dan apa yang jelas kami temui adalah wujud ketidakbenaran dalam dakwaan saudara kita Dr. Mohd. Khir Toyo.
    Tidak mengapa..saya tidak gemar menjadikan ruangan ini guna untuk berbahas...sebab itu saya kerap membiarkannya begitu...kosong...
    Saya juga di antara ummat Islam yang kecewa dengan "dakwaan" itu sekiranya benar dan atas sebab itu Teresa telah dihubungi. Dan alhamduliLlah atas perbincangan pihak kami dengan pihak beliau,kita sarankan agar beliau memberi jawapan atau penjelasan kepada umum. Dan ternyata beliau telah mengambil tindakan SEGERA kerana keprihatinannya atas ketidakbenaran laporan di dada media.
    Saudara, sesuatu yang benar itu kita kena terima sekalipun pahit. Tidak bermakna hanya kerana seseorang itu sebangsa dan seagama dengan kita maka kita harus pertahankan sekalipun salah atau silap.
    Apa pun, laporan polis itu bukanlah hukuman atau pun satu keputusan. Kerana biarlah pihak polis menjalankan tugas mereka pula untuk mengenalpasti kebenaran.
    Laporan itu sekadar usaha kerdil kita untuk survival perpaduan negara.
    Esok insyaAllah saya akan berusaha memaparkan lebih maklumat berhubung dengan persoalan yang timbul.
    Doa yang semulusnya dan setulusnya juga buat saudara.
    Ramadhan kareem.

    ReplyDelete
  4. Salam saudaraku Mustaffa...
    Ramadhan kareem.
    AlhamduliLlah dan terima kasih atas luahan saudara. Saya dapat menghidu keluh kesah itu...
    Namun, sebagai muslim biarlah kita mengajar rakyat kita kepada kebenaran; baik yang tersurat apath lagi yang tersirat.
    Sebelum mengambil keputusan untuk ke IPD Dang Wangi,pihak kami sudahpun meneliti,mengkaji dan menyemak hal-hal yang berkaitan.
    Dan apa yang jelas kami temui adalah wujud ketidakbenaran dalam dakwaan saudara kita Dr. Mohd. Khir Toyo.
    Tidak mengapa..saya tidak gemar menjadikan ruangan ini guna untuk berbahas...sebab itu saya kerap membiarkannya begitu...kosong...
    Saya juga di antara ummat Islam yang kecewa dengan "dakwaan" itu sekiranya benar dan atas sebab itu Teresa telah dihubungi. Dan alhamduliLlah atas perbincangan pihak kami dengan pihak beliau,kita sarankan agar beliau memberi jawapan atau penjelasan kepada umum. Dan ternyata beliau telah mengambil tindakan SEGERA kerana keprihatinannya atas ketidakbenaran laporan di dada media.
    Saudara, sesuatu yang benar itu kita kena terima sekalipun pahit. Tidak bermakna hanya kerana seseorang itu sebangsa dan seagama dengan kita maka kita harus pertahankan sekalipun salah atau silap.
    Apa pun, laporan polis itu bukanlah hukuman atau pun satu keputusan. Kerana biarlah pihak polis menjalankan tugas mereka pula untuk mengenalpasti kebenaran.
    Laporan itu sekadar usaha kerdil kita untuk survival perpaduan negara.
    Esok insyaAllah saya akan berusaha memaparkan lebih maklumat berhubung dengan persoalan yang timbul.
    Doa yang semulusnya dan setulusnya juga buat saudara.
    Ramadhan kareem.

    ReplyDelete
  5. saudari yang dimuliakan.
    semoga datuk, nenek, ibu, bapa, ahli keluarga dan keturunan dikurniakan mahkota yang disulam dengan 'Nur' dan bertatahkan 'yakut','zabarjad','delima' dan lain-lain permata syorga serta diwangikan dengan za'faran, kasturi, ambar dan lain-lain haruman syorga.

    semoga dikurniakan taman syurga yang jauhnya 500 tahun terbang malaikat jibrail a.s. yang mengalir didalamnya sungai susu, madu, arak [halal].

    semoga terkulai layulah si iblis/ syaitan yang cuba mendekati.

    semoga tersesatlah si Nafsu[buruk] yang cuba mengkhayalkan.

    sedikit catatan..

    [nota: tiada niat menduakan ummat ini apatah lagi meniga/ empat dan seterusnya - tidak membezakan kaum/ bangsa - tidak mengamalkan assabiah - kasih sayang asal oleh Penghulu Nabi serta Kekasih Pencipta - sayang dan kasih pada ummatnya]

    kebaikan datang dari/ dengan kebaikan.

    kejahatan [kegelapan] hilang/ lenyap oleh/ melalui kebaikan [cahaya].

    untuk menerangkan bilik yang gelap cukup dengan gunakan nyalaan lilin dari meggunakan sebilah kapak.

    maQbul - penerimaan disisi Pencipta atas segala amal/ perbuatan/ tindakan menjadi asas dan landasan sesuatu perancangan dan aktiviti.

    biar sejengkal/ sehasta/ selangkah/ sedepa..
    biar sebiji tamar/ setangkai padi/ gandum/ sesisipan susu..
    biar mangalih batu, kayu, kemuncut, semalu..
    biar sekali pilu kemiskinan..
    biar sekali dahaga air..
    biar satu selawat untuk Ashraful Makhluqat..
    biar satu pujian untuk Pencipta..

    Namun:
    jika MaQbul disisi Pencipta terlerailah segala gundah gulana, kekusutuan, kesempitan, kesakitan, kegelapan, kekalahan..

    Menjelama:
    Ketenangan, kebahagiaan, kelapangan, kesejahteraan, cahaya, kemengan..

    Pendakian menuju maQbul sesuatu yang amat payah..
    selain dari iblis, syaitan; yahudi, nasoro [ymn] yang dari dulu bertekad dan berusaha menyesatkan sehingga Qiamat..

    Kerasnya hati manusia lebih dari batu..

    Namun setelah datangnya cahaya melalui akhlaq Ashraful Makhluqat [Nabi s.a.w.] , hati yang keras itu lembut dan melalui perngorbanan dan susah payah yang maQbul disisi Pencipta didatangkan hidayah.
    Berbondonglah, berbarislah dan berduyun ummat datang kepada Pencipta -
    kami dengar dan kami taat..
    janji tidak mungkir..
    diberi amanah tidak pecah..
    bercakap tidak bohong/ fitnah/ mengumpat..


    jika dizinkan bersambung lagi..

    pernah jumpa iklan ini:
    menyebarkan salam - satu salam sepuluh sen..

    ReplyDelete