Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Saturday 27 June 2009

Ketabahan Seorang Mama...Sahabatku NORA


22 Jun yang lepas, damai dinihari sesudah solat Subuh pagi itu aku menerima "sms tamu" daripada seorang rakan seperjuangan..CheGu Bard...mencari tempat perlindungan katanya buat anak seorang teman yang menjadi mangsa kerakusan nafsu "seorang syaiton" yang juga pernah ku gelar dalam lewat puisiku suatu masa lalu sebagai "manusia yang di matanya bersinar api dari mulut naga"....

Namun lantaran hambatan pelbagai kewajipan..hanya kelmarin aku berkesempatan menyusuli sms itu... di samping persoalan yang dikemukakan juga oleh seorang sahabat yang juga aktivis rakyat dan bloggers Ummu Asiah perihal persoalan yang sama.. Berdasarkan jawapan ringkas Bard dan maklumat daripada Kak Narshita maka aku segera melayari blog rakan aktivis kami di nnora75reform.blogspot.com ....

Sungguh aku tergamam seketika...mataku berkaca...nafasku sebegitu beralun perlahan dan berat... Ku amati satu demi satu luahan rasanya di blog itu meski masih penuh berahsia...

Membacanya seolah mengheret aku untuk jauh bertaaruf dengan sahabatku ini yang memang masih banyak yang kami belum mengerti meski pernah berkongsi satu alas tidur yang sama...satu lantai simen yang sama...satu bumbung yang sama...terkurung di satu sangkar besi yang sama....lantaran mendokong satu perjuangan yang sama "Kebangkitan Rakyat" menentang kezaliman Regim Barisan Nasional.... Iya....Penjara Pudu...kami bermukin selama 3 hari 2 malam....

Nah, ku kira Nora selepas ini aku dan kami semua sahabat seperjuanganmu akan lebih mengerti, bahkan akan lebih memahami..hatta insyaAllah akan lebih bersamamu mengharungi "badai dan ranjau kehidupan" yang kita semua masih bertatih untuk belajar...

Buat para pembaca..ku perturunkan desis dan getus hati seorang Mama...Sahabatku NORA..


Kepada Anak Ku,
Mari dekap pelukan ini,
Lupakan sesal dan kesal hidup,
Ingat,
Duka mu adalah duka mama mu juga,
Akan mama dakap biar segala duka itu lemas dalam pelukan mama,
Akan mama dakap biar segala kegelapan itu terhapus dengan cinta mama,
Anak ku,
Sedarlah kelak,
Ada perkasa yang merupa manusia – iblis di dalamnya,
Ada sateria yang bersikap mulia – jijik sebenarnya orangnya,
Anak ku,
Sedarlah, kala ribut itu datang, kala malam itu kelam, kala siang mu membungakan segala derita – percayalah mama masih di sini – menerima
Buat yang tidak orait – kau pikul segala dosa – kerana kau sendiri tidak punya maruah – mungkin hilang sifat bagai manusia.
Anak ku – derita itu derita mama jua.


Hari ini, aku, kak narshita, adik asiah dan Dr. Wardah segera berziarah ke rumah baru Nora yang kini berusaha "menyusun semula kehidupannya yang hilang"..... Rupanya...kata Nora dia tidak punya lain-lain sahabat melainkan kami aktivis perjuangan yang senantiasa bersama TURUN ke jalan raya.... aduhai sahabat...fahamilah..


Bersama Kak Narshita, Adik Asiah, Nora dan 2 Orang Puterinya... InsyaAllah moga Allah memberi aku, Wardah dan Kak Narshita kekuatan dan kelapangan untuk membantunya...



Mendengar kisah lanjut Tragis Nora.




1 comment:

  1. Salam,

    Saya adalah orang kat Masjid India. Saya dok sana lama dah. Saya baca blog Nora baru ini dan ada terlihat link puan tentang Nora. Saya baca dalam apa yang puan cakap mengenai puan tidak kenal sangat dengan Nora.

    Saya kenal dan saya tengok ramai yang tak tahu hal Nora. Saya rasa sudah sampai masa puan dari PAS membuka mata mengenai Nora. Dia bagi saya amat murni orang nya. Dia ahli Pas yang agak berbeza tapi saya percaya kadang-kadang dia lagi baik dari orang lain yang ada dalam Pas. Dia orang yang bangga dalam Pas tapi kadang-kadang saya tegur dia kerana Pas sendiri tak tengok dia. Saya cakap, Nora jangan lah agung Pas itu, dia tak fikir pun hal ko kerana ko nampak tak macam wanita Muslimah. Nora hanya senyum dan kata, itu tak jadi masalah lah. Saya buat ikhlas.

    Saya ingat satu masa dulu, dia yang bertungkus-lumus walau tak de duit buat kenduri arwah Pak Mat dan hari yang Pak Mat meninggal sempat dia belanja makan ayam yang di idamkan oleh Pak Mat walau dia sendiri tak dapat makan. Tanya Syed kat Masjid India, bahkan tanya sesiapa saja kat Masjid India. Semua kawan dengan Nora, baik orang sihat otak atau orang sakit mental. Semua dia kawan. Kalau nak kepastian boleh tanya artis yang dah sedikit mental – Ben Nathan. Dalam keadaan Nora kesempitan hidup pun Ben ini sering kali lalu depan tong Nora dan Nora akan bagi duit untuk dia makan. Semua orang sakit mental pun dia layan ini pula orang yang sihat mental. Dia tak prejudice dalam tolong orang. Orang penagih pun dia tolong. Mungkin sekarang ini Ben Nathan kesepian kerana Nora dah tak de kat Masjid India. Kat sana selebriti Masjid India adalah Nora dan kalau orang tengok tak sangka dia berdepan dengan masalah yang amat besar. Dia memang pandai simpan dan tak pernah cakap buruk. Tapi membaca blog Nora saya turut simpati tetapi tidak terkejut dengan perbuatan suaminya.

    Nora hidup kais pagi makan pagi tetapi dia tetap berusaha untuk berniaga untuk sara bukan saja anak dia tapi suaminya yang minum kopi dengan kawan-kawan tetapi suruh Nora bayar. Saya amat rasa sedih dengan tulisan tragis buat Nora tapi saya percaya Nora akan dapat kehidupan yang lebih baik tanpa dukung biawak hidup. Oh ya ada lagi yang akan membuat kita sedih menjelang bulan puasa nanti. Selalu Nora akan tempah restoran kat Palace hotel untuk bebudak kecil dan orang yang melarat hidup untuk berbuka secara percuma. Kata Nora pada saya, menjelang bulan puasa selalu dia dapat rezeki lebih dan dia selalu kata rezeki ini perlu diagihkan kepada mereka yang lebih buruk nasib dari Nora. Saya juga masa tulis ini rasa amat sedih dan kalau upaya tentu saya dah bantu. Maaf tulis banyak sangat tetapi untuk Nora ini saya fikir kita kalau ramai-ramai tahu, dia bukan orang yang kita sangkakan. Kita yang tak kenal mungkin tak tahu tapi dia betul-betul pemurah dan suka bersedekah. Dia mudah menangis bila orang dalam kesusahan tetapi jarang menangis bila dia susah. Sekarang Nora tak de kat Masjid India tetapi sekali-sekali dia datang dia terus ceria dan ramai yang ceria dengan kehadiran dia. Saya rasa korang datang ke Masjid India dan tanya mengenai Nora. Saya minta Allah bantu Nora agar dia dapat kehidupan yang baik kerana dia baik dengan orang. Bagi Nora, saya ucapkan terima kasih kerana dia pun pernah membantu saya.Ini Nora kalau semua nak tahu

    Salam kepada semua.

    ReplyDelete