Pada 18-20 Julai 2008 lepas, saya bersama dengan seorang sahabat telah berkunjung ke Kota Bharu, Kelantan untuk menjayakan satu misi dakwah menjejaki anak-anak Islam Borneo yang menuntut ilmu di bumi Serambi Makkah.
AlhamduliLlah..misi kami berjaya. Saya tidak punya kesempatan lagi untuk mencoretkan jejak dakwah itu secara panjang lebar di sini buat masa ini.
Namun, saya mahu kongsikan sebuah potret yang bagi saya wajar menjadi tatapan para pengunjung blog ini.
Saya sejujurnya tidak begitu gemar "melayan" kehadiran "para pembesar negara mahupun negeri" bila bertemu atau terserempak di mana-mana.
Tapi kehadiran individu ini dengan penampilannya yang cukup "tawadhuk" (rendah diri) mencuit rasa sebak di dada. Air mata terharu gembira bergenang di kelopak mata nan kuyu.
Justeru saya rakamkan ini buat tatapan semua. Saya juga sempat menghampirinya yang sudah tersipu-sipu malu bila mengetahui saya merakamkan gambarnya. Sempat saya katakan kepadanya : "Tahniah YB, kerana sudi dan sabar beratur bersama bahkan di barisan paling belakang bersama rakyat jelata."
Mesra tetapi agak pemalu orangnya....itulah dia....Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga ADUN Peranti, YB. Mohamad Fairus Khairuddin.
Syabas dan tahniah buat YB. Lim Guan Eng...ana doakan kalian semua diberi kekuatan untuk merealisasikan pemerintahan Umar Abdel 'Aziz di Pulau Mutiara...tmpat di mana saya menuntut ilmu suatu ketika dahulu....
mari kita sama2 berlatih beratur, di SANA nanti lagi ramai lagi panjang lagi lama dan lagi penat. tak dpt nak dibayangkan. sesiapa pun tak de akses (VIP).
ReplyDelete