Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Monday, 18 August 2008

Usul Keselamatan Negara Dapat Sokongan Perwakilan


Nuha Rahim Sun Aug 17, 08 3:14:20 pm MYT

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Majoriti perwakilan Muktamar Tahunan PAS ke-54 yang diadakan di Stadium Indera Mulia di sini bersetuju untuk menerima usul keselamatan negara dengan pindaan yang dibawa oleh perwakilan Tenggara, Sha'ari Pahmin.


Menurutnya, antara faktor yang mempengaruhi usul ini dicadangkan termasuklah kebanjiran pendatang tanpa izin sehingga melebihi 2.5 juta orang di seluruh negara.

Pendatang asing tanpa izin (Pati) dari negara-negara jiran serantau seperti Indonesia, Bangladesh, India, Nepal, Filipina, China, Kemboja Myammar dan Pakistan ketika ini ternyata mendominasi bandar-bandar utama di Malaysia.

"Dahulu, Pati hanya dapat dilihat di Felda dan kawasan pedalaman, dan bekerja di ladang-ladang. Sebaliknya sekarang, Pati bukan sahaja mudah dilihat di Ipoh, Georgetown, Johor Bahru, KLCC bahkan di bandar-bandar besar pantai barat Semenanjung Malaysia yang lain.

"Bagai satu pertandingan seperti berlumba-lumba para pendatang asing menumpang tuah bumi Malaysia," jelasnya.

Beliau tidak menafikan sumbangan pendatang asing dalam membangunkan negara memandangkan anak muda sekarang lebih gemar mencari pekerjaan yang lebih selesa.

Namun katanya, kehadiran mereka yang semakin mendadak menjejaskan keselamatan negara dan menggugat kepentingan rakyat.

Sementara itu, Sha'ari juga mengutarakan tentang terdapatnya kes Pati yang telah didaftar sebagai warga negara untuk menjadi pengundi hantu dalam pilihan raya seperti yang berlaku di Sabah.

Hal ini, tegasnya, mengakibatkan hak rakyat dalam menentukan masa depan negara terjejas.
Perwakilan dari Jeli, Mohd Apandi Mohamad menyokong dan bersetuju dengan usul tersebut dengan menyatakan bahawa Pati adalah senjata ampuh yang sentiasa digunakan oleh Barisan Nasional dalam meraih undi setiap kali pilihan raya berlangsung.

Perwakilan dari Dewan Muslimat, Aiman Athirah Al-Jundi turut menyokong usul itu dengan menegaskan bahawa pengurusan Pati melibatkan kos penghantaran yang tinggi, apatah lagi dengan suasana inflasi semasa yang mendadak naik.

"Hakikatnya, wang negara banyak dibazirkan untuk menutup segala kelemahan Barisan Nasional mengurus tadbir negara dalam isu Pati ini," katanya.

Beliau menyifatkan bahawa kerajaan BN masih gagal menguruskan negara menyebabkan masalah ini masih belum selesai.

Namun, Athirah menggesa untuk membuat sedikit pindaan terhadap perkara ketiga dalam usul tersebut.

Beliau berpendapat bahawa perkara ketiga itu yang mendesak pihak berwajib perlu memastikan semua bentuk pendaftaran Pati sama ada sebagai warga negara ataupun sebagai pengundi dihapuskan bakal mengundang bencana pada rakyat Sabah khususnya.

"Masih ramai anak Sabah yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Apabila dirujuk kepda Jabatan Pendaftaran Negeri Sabah, mereka meminta untuk merujuk kepada Putrajaya.

Namun, setelah dirujuk kepada Putrajaya, Putrajaya kata tunggu respons Sabah," ujarnya.
Justeru tegasnya, perlu sedikit pindaan dalam usul kedua ini dengan mengambil kira kedudukan dan keadaan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak. - mns_

No comments:

Post a Comment