Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Saturday, 30 August 2008

Singgah Ifthar - Musim Kedua, Muslimat PAS Alu-Alukan Bantuan


Dewan Muslimat PAS Pusat menerusi Sekretariat Dewan Muslimat PAS Pusat akan meneruskan program "Singgah Ifthar" untuk musim kedua bersempena kedatangan Ramadan dengan tema "Amal Disemai, Pahala Dituai".
Iklan

Menurut Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi, program yang telah dimulakan pada bulan Ramadan yang lalu mendapat sambutan yang sangat baik daripada semua pihak.

Jelasnya, program tersebut membawa kepimpinan Dewan Muslimat PAS di semua peringkat dan lokasi yang terlibat ke dalam kehidupan sebenar masyarakat yang menjadi sasaran kepada program ini.

Katanya, berdasarkan pengalaman dalam program yang lepas, terdapat pihak luar yang juga merupakan penyumbang dan penderma kepada program ini telah turut mengambil peluang bersama-sama menjayakan Singgah Ifthar itu.

"Selari dengan falsafah awal program ini iaitu menyelami kehidupan masyarakat miskin dan memerlukan, acara ini akan terus bersifat ziarah dari rumah ke rumah dan dari satu tempat ke satu tempat bagi menyampaikan sumbangan.

"Sumbangan kepada setiap keluarga adalah dalam bentuk pakej untuk keperluan harian. Acara kemudiannya berakhir dengan majlis berbuka puasa bersama golongan sasaran,"katanya dalam kenyataannya kepada Harakahdaily.

Katanya, entiti masyarakat yang menjadi keprihatinan Dewan Muslimat dalam program 'Singgah Ifthar' ini mencakupi golongan ibu tunggal dan ibu tinggal, keluarga miskin, anak-anak yatim dan para penuntut institut pengajian tinggi dari luar negara termasuklah pelajar tahun pertama dari Sabah dan Sarawak.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada seluruh warga Malaysia yang prihatin agar mengambil ruang dan peluang melalui program Singgah Ifthar Musim kedua ini untuk memberikan sumbangan masing-masing.

Sebarang pertanyaan mahupun maklum balas, bolehlah menghubungi Sekretariat Dewan Muslimat di talian 03-2692 5000 sambungan 302/ 303 atau di talian 016-926 4830 .

6 comments:

  1. Assalamualaikum, better diletak sama no akaun bank utk memudahkan bantuan khususnya disalurkan....

    ReplyDelete
  2. Salam.
    No akaun tidak dapat dipamerkan bagi tujuan keselamatan. Apa pun tuan puan yang mahu menghulurukan sumbangan bolehlah menghubungi pihak Sekretariat DMPP menerusi nombor perhubungan yang dimaklumkan.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  3. aduuhh!! terliur melihat kurma tuu!!
    salam ranadhan kak athirah...
    marlah kita hindari dari menjadi OKUb- orang kurang upaya berfikir..

    ReplyDelete
  4. Salam,
    Tahinah dan saya ingin bertanya mengenai singgah Ifthar. Adakah akan di adakan perjumpaan dengan pelajar2 Sabah @ Sarawak dalam masa Ramadhan atau Syawal. Sekiranya ya, saya ingin turut serta dalam program tersebut. Semoga perjuangan antum dan PAS, MARSIS akan terus istiqamah.

    Sekian.

    ReplyDelete
  5. Iya...ada satu majlis ifthar bersama MARSIS on 13 sept...
    Semua warga MARSIS dijemput

    ReplyDelete