Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Tuesday 5 August 2008

Timbalan Ketua Menteri Jelas Isu Ke London



Farid Wajdi Aug 4, 08 6:29pm


Berhubung dengan kenyataan artikel yang bertajuk 'Saya tidak guna wang negeri ke London' (22 Julai), saya mewakili YB Mohammad Fairus Khairuddin, timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang ingin membetulkan fakta bahawa artikel tersebut telah mengatakan bahawa YB Fairus pergi dengan "rombongan" sedangkan beliau hanya pergi ke London menemani timbalan ketua menteri 2 iaitu YB P Ramasamy yang dijemput membentangkan kertas kerja dalam satu seminar yang turut dihadiri oleh beberapa pemimpin dunia.

Segala perbelanjaan beliau (YB Fairus) ditanggung sendiri olehnya.Diharap pihak editor Malaysiakini dapat membetulkan kenyataan ini kerana, jika tidak, ia akan menjejaskan kredibiliti YB Fairus.

Isu ini turut ditanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini dan telah dijawab sendiri oleh YB P Ramasamy. Sekian terima kasih. Farid Wajdi merupakan pembantu khas merangkap setiausaha akhbar kepada timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang.


No comments:

Post a Comment