Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Thursday 28 August 2008

Character Assassination - Merugikan PAS! Presiden Kena Ambil Tindakan


Kehadiran blog "antihusam" saya ketahui sejak seminggu yang lalu. Pun begitu, saya percaya tiada apa yang perlu diberikan perhatian ke atas blog-blog yang berbaur "Character Assassination" itu.

Namun bilamana ia menjadi "fitna" kepada perjalanan PAS yang sudahpun wajar melangkah dengan penuh kematangan dalam persada politik Malaysia, dan isu-isu yang dicoret di dalam blog itu sudahpun dan pastinya akan terus digunakan sebagai bedil buat menghentam PAS kembali, maka saya teruja untuk menziarahinya.

Pada saya, semangat demokrasi yang subur tidak menghalang untuk mana-mana pihak membuat teguran. Apatah lagi teguran daripada mereka yang "jundiyyah" kepada soff "qiadah" adalah lambang cinta dan kasihnya "jundiyyah" kepada para pimpinan di atas. Seterusnya cinta dan kasihnya kita kepada perjuangan PAS.

Bukan Husam sahaja menjadi mangsa blog antihusam. Lebih 50% kepimpinan tertinggi PAS Pusat sudah dipalit dengan sindrom Character Assassination . Berani saya katakan : budaya ini suatu yang tidak sihat buat PAS!

Namun, sebagai anggota gerakan yang tentunya sudah melalui proses tarbiyah, ruang untuk menegur itu ada adabnya. Masakan keperluan itu cicir daripada dada pengamatan penulis blog antihusam? Saya tidak anti kepada penulis blog itu, jadi tidak perlu nantinya saya pula dilibatkan.

Cuma, saya setuju dengan cabaran Husam kepada penulis blog, tampilkan diri kiranya benar. Lebih molek, majukan laporan dan rungutan itu direct to the right person tanpa selindung.

Hemat saya selaku ahli yang lemah, Presiden PAS, YB. Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, ayahanda Presiden yang kita kasihi wajar untuk segera membuat teguran dan nasihat kepada penulis blog antihusam. Dan kiranya teguran dan nasihat itu tidak diendah maka apa bezanya penulis dengan golongan desperado lain dalam lanskap politik kita.... Jika realitinya nanti begitu, saya pasti penulis blog sah merupakan agen pemecahbelah PAS!

Padi dilurut jerami ditebang
Permatang hijau sawah dibajak
Jangan diturut resmi kiambang
Sungguhpun hijau akar tak jejak

Gertak-gertak Perahu Cina
Singgah Bermalam Di Tanjung Jati
Panah Gajah – Gagak Yang Kena
Bila Dilihat - Pelanduk Yang Mati!

Fikir-fikirkanlah....

2 comments:

  1. Salam...

    "character assassination"... istilah paling tepat yang sebenarnya sangat patut ditujukan dan dilabelkan kepada 'mereka'...

    akhir2 ini 'mereka' sangat sinis dan ketara...

    dan apa yang paling penting di sini, bukan soal kewujudan atau soal membangunkan laman 'antihusam.blogspot' tersebut, yang penting adalah :-

    1. kewujudan sentimen anti-husam
    2. bagaimana para pimpinan menyelidik sebab kepada kewujudan sentimen anti-husam tersebut
    3. bagaimana pula cara menyampaikan maklumat serta nasihat kepada ahli dan bukan ahli
    4. penyelesaian peringkat dalaman parti PAS sendiri

    jelasnya, tidak perlu ambil kisah sangat kalau setakat dengan kewujudan blog antihusam tersebut, tapi amat perlu diambil kisah apabila wujudnya SENTIMEN, saya ulang, SENTIMEN anti-husam itu sendiri di dalam parti...

    p/s : sis, kalau bukan ada sokongan padu drpd mereka yg berpengaruh dalam saf kepimpinan PAS itu sendiri, sentimen anti-husam ini takkan mungkin bercambah, dan kalau bukan dengan kewujudan sentimen anti-husam ini, mau saja kita berpegang kepada pendapat bahawa antihusam.blogspot itu diusahakan oleh UMNO...tapi, sentimen itu wujud dan amat sukar untuk mempercayai bhw itu kerja UMNO...

    note : tlg bg tau husam, x payah mencabar lagi penulis blog antihusam.blogspot itu, coz x mungkin penulisnya berani keluar, kalau dia berani menonjolkan muka dan mengkritik scara terang2an, dia x kan berselindung dr mula, at the 1st place...

    ReplyDelete
  2. Walaupun sukar utk mengakuinya, kita kena akur bahawa pandangan yg dibawa oleh antihusam dikongsi oleh sebahagian dari pimpinan dan ahli.

    walaubagaimanapun cara dan kaedah yg digunakan adalah tidak beradab dan jelas punyai motif yg jahat kepada pimpinan. walaupun kita tidak pernah sama sekali menolak prinsip kebebasan mengkritik dan menegur kepimpinan, namun sebagai ahli gerakan Islam, kita punyai kaedah dan ruang untuk menyuarakannya. kenapa perlu mengkritik hingga membuka pekung di dada? siapa yang untung dan terkesan dengan tindakan itu?

    saya juga pada asalnya mempunyai keraguan dalam terhadap pendirian dan pendekatan PAS dalam menanggapi isu kedudukan PAS dalam PR dan muzakarah dengan umno. walaubagaimanapun pimpinan telahpun memberikan penjelasan yg jelasa dalam muktamar dan ruang yg diberikan kepada perwakilan juga dibuka seluas-luasnya. bila keputusan dan pendirian telah dipertegaskan kenapa perlu ad lagi suara2 sumbang yang menggonggong bukit'?

    haris
    ipoh, perak

    ReplyDelete