Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Template and Design Editing By:
@ Serikandisufi Design @

Powered by Blogger

Monday 22 September 2008

Masih Di Mata Saya Keadaan Rumah Mereka....

Dari kejauhan dia melambai tangan....menggamit hadhir kami ke muka pintu rumahnya yang terlalu usang.....panas terik hari itu sudah tidak terasa oleh kami bila melihat realiti kehidupan rakyat miskin di Daarul UMNO - Pontian, Johor..
Sepi...sunyi...tergamam melihat keadaan rumah yang tinggal tunggu masa ranap menyembah bumi..... Ya ALlah, pinjamkan kami kekuatan untuk membantu mereka yang dilupakan pemerintah dzalim....

Rumah ini berada di atas paya bakau. Di belakangnya sungai besar yang kapan sahaja mengganas dengan segala isinya bila hujan turun....



Boleh masuk ke?.... Hati-hati takut mendatangkan masalah kepada penghuni....kata seorang AJK DMPP, Puan Hjh. Kintan. Saya kata tak pe, saya kena masuk dan nak masuk lihat. Mak cik tua tuan punya rumah iaitu seorang ibu tunggal terus mempelawa saya melihat "dalam perut" rumahnya....langkah sahaja lantai pintu depan rumah jerlus ke dalam air.....
Ini sebahagian gambaran lantai rumah. Kami lihat lantainya "berombak" sekejap masuk lumpur, sekejap masuk air.....
Rumah ini tidak punya sebuah bilik pun. Atapnya atap nipah, dan sedikit peninggalan atap zink yang sudah buruk berkarat. Krew Singgah Ifthar benar-benar terkesima melihat suasana di dalam...jelas tiada bekalan air mahupun bekalan elektrik....Ya ALlah...kami sudah tidak mampu menahan sebak..air mata tumpah juga...

Dinding rumahnya nya berlubang di sana sini.....


Ini dia sebahagian rupa lantai rumahnya,jerlus ke dalam air sungai yang mengalir pasang....

Nah, berhampiran lantai yang jerlus tadi, dibuat pelantar kecil. Di situ ada bekas-bekas air yang jelas di dalamnya ada air yang sama mengalir di bawah rumah.... Rupanya di situ mereka mandi, membasuh dan mengambil air keperluan harian.............


Pak Lah, ini rumah rakyat selepas 50 tahun merdeka....tiada kah rasa berdosa? Kekayaan negara tidak diurus untuk membangunkan rakyat tetapi lebih diguna untuk apa????


Aduhai para pembaca...saya bertekad untuk membantu mereka. Bantulah kami untuk membantu mereka. Nun di sana ialah tandas rumah ini...sedang di sebelah tadi mereka mengaut air untuk kegunaan harian.....


4 comments:

  1. kata saudari,
    "Ya ALlah, pinjamkan kami kekuatan untuk membantu mereka yang dilupakan pemerintah dzalim...."

    kenapa saudari letak 'kesalahan' itu kepada yang zalim..

    tidak sesuaikah kesalahan itu diletak kepada yang tak zalim seperti saudari..

    yang zalim dah tentu zalim jadi yang tak zalim lah yang bertanggung jawab.

    saudari,
    tolonglah, sudahlah, cukuplah...

    penuhkan blog ini dengan perkataan dan ayat yang boleh membawa ummat ini kepada pertolongan dan bantuan Maha Berkuasa..

    bezakan lah pena saudari dengan pena yang lain..

    'penemuan' saudari itu memberi pengajaran buat saya supaya kerap memandang kebawah.. yakni
    1. memikirkan banyak lagi tugas dan tanggungjawab yang dipikul
    2. bersyukur diatas kenikmatan yang telah diterima
    3. simpati dengan mereka yang lebih payah.

    tidakkah bila saudari menyalahkan 'pemerintah yang zalim', seperti saudari melepaskan diri dari kelemahan saudari sebagai sebangsa/ seislam dan seummat.

    atau legalah saudari kerna ada orang lain boleh dipersalahkan.

    semoga siibu tunggal mendapat bantuan dan pertolongan selayaknya..

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Buat Melayu-Kampong :

    Name jer Melayu-Kampong... tak kampong pun...

    Lu ape hal? Lu memang tak faham bahase eh?

    Tp hairan plak yang lu pandai bace ek?

    Berape dah BN tawarkan untuk lu ni? Hm? hehehe! alah ngaku je lah...

    Sayangnya lu pade Kerajaan gua tu macam cinta sehidup semati tau... pergh!!!

    Meh! Meh! jemput ke laman gua, asyik mengacau kat laman "saudari athirah" je lu nih, kat laman lain TAK BERANI KER...??? Hik! Hik! Hik!

    ReplyDelete
  3. laxmana dan saudari athirah,

    "
    Berape dah BN tawarkan untuk lu ni? Hm? hehehe! alah ngaku je lah...
    "

    tiada 'bukti' untuk saya tunjukkan bagi menolak/ menerima 'kenyataan laxmana itu.

    yang saya ada hanya 'hati'
    [tak boleh dijadikan bukti/ zahir] dan
    buku catatan amal [buruk/ baik] yang akan dibentangkan dimahsyar [tak dapat dibentangkan disini].

    1000 orang melihat 1 peristiwa melahirkan 1000 pandangan.

    [dari saya], tidak salah saudara membuat 'pandanngan/ telahan' itu [terhadap saya].

    saya terima sebagai 'hadiah/ peringatan' supaya saya lebih berhati-dalam penulisan.

    terima kaseh laxmana.

    saudari athirah,

    tidak ada sebesar zarah pun hasrat untuk 'mengacau' melainkan cuba untuk bersama memperingati dan menasihati - salah satu jalinan ukhwah.

    harapan saya semoga kerja baik itu maQbul disisiNYA dan dihadiahkanNYA 'perubahan' yang dihajati.

    .. dalam israk & mikraj ..

    .. kelihatan kain buruk yang naik dan keputusan buruk yang turun ..

    nak raya dah:
    buat dodol? kena rajin 'kacau' dan jaga api.. tapi jangan sampai api makan pengacau dan jangan pulak pengacau tu dari plastik.

    maafkan saya: mustaffa ali ibrahim

    ReplyDelete
  4. no plat sebesar sirip2 kayu itu boleh membuat membuat berbiji-biji rumah !!

    ReplyDelete